Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan tindakan pempengaruh itu yang memuat naik video tersebut hingga boleh mengundang fitnah orang ramai.
"Demi mengejar followers. Banyak-banyak binatang, kenapa binatang tu yang dia pilih. Walaupun dia tak pegang."
"Everything was okay, but why feed babi do"
"Rasanya selagi boleh elak, tak perlu pun untuk susukan babi tu. Sebab tu saya faham kalau ada orang yang cakap kamu membuka orang untuk fitnah kamu. Apa maksud kamu, memberi susu kepada babi adalah satu pengalaman yang indah? Faham makhluk Allah , tapi masing-masing berakal kan."
Susulan daripada pertikaian ramai, Imran sempat menjelaskan bahawa itu merupakan kali pertama dia menyusukan anak babi selain menyifatkan itu adalah satu pengalaman indah buat dirinya.
Imran juga berpendapat bahawa memberikan susu kepada haiwan tersebut bukanlah satu kesalahan selagi tidak bersentuhan.
Sumber: Instagram Imran Bard, Oh Bulan