View: 9710|Reply: 4
|
[Tempatan]
Mufti Perlis, Dr Maza berkata, sebelum Trump kononnya ingin membakar Timur Tengah pada 20 Januari ini, ‘neraka’ menjenguk dan menyambar bandar Amerika Syarikat (AS) itu terlebih dahulu.
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 12-1-2025 10:32 PM
https://fb.watch/x3yYITTHuk/
SHAH ALAM – Kenyataan bongkak Presiden Amerika Syarikat dipilih, Donald Trump yang mahu menjadikan Timur Tengah sebagai ‘neraka’ jika Hamas tidak membebaskan tawanan Israel memakan diri apabila hutan di Los Angeles, California dilaporkan terbakar.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebelum Trump kononnya ingin membakar Timur Tengah pada 20 Januari ini, ‘neraka’ menjenguk dan menyambar bandar Amerika Syarikat (AS) itu terlebih dahulu.
Beliau berpandangan, ia berkat kekuasaan ALLAH SWT yang menyebabkan Los Angeles hancur sekelip mata sebaik Trump mengeluarkan kenyataan tersebut.
“ALLAH SWT melakukan apa sahaja dikehendaki-Nya. Dua hari Los Angeles disambar api yang mana Gaza, Palestin memerlukan setahun enam bulan, (kejadian di Los Angeles) persis sepertimana disebutkan dalam surah Al-Baqarah.
“Katanya, tiada siapa mampu berhadapan dengan keupayaan, kekuatan dan kemajuan (AS). Namun, mereka tewas tidak berdaya hanya dengan angin yang meniupkan api lalu menerjah segala harta dan hiburan.
“Sekarang bukan sahaja Los Angeles, tetapi New York juga mula merasa akibatnya. Ya ALLAH! Musnahkanlah golongan yang zalim,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Sinar Ahad melaporkan, setakat ini sekurang-kurangnya 16 orang disahkan terbunuh akibat kebakaran yang melanda bandar itu hingga menyebabkan struktur bangunan serta kediaman hangus sekali gus mencetuskan kegelisahan jutaan penduduk California.
Difahamkan, pasukan bomba dan penyelamat sedang bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran hutan besar-besaran di sekitar Los Angeles yang kini dilaporkan merebak ke beberapa kawasan baharu.
Pelakon, pemuzik dan beberapa selebriti popular lain antara yang tersenarai dalam puluhan ribu penduduk terjejas akibat kebakaran hutan tersebut. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Moga pemimpin2 penjilat Israel yg membunuh org2 Palestine di bakar masa kat dunia lagi...amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma perlu release hostages..... Hanya small favor... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 12-1-2025 09:35 AM
Mufti pun bodo seperti acik forum tidak tahu real issue
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai la… membongkak sgt.
Biru ke.. merah ke same ol’ … bila technology /berbilion berhabisan pergi ke development utk perang jd polis dunia! |
|
|
|
|
|
|
| |
|