View: 16604|Reply: 14
|
[Tempatan]
Ibu muda hilang lepas keluar dengan bayi usia 2 bulan
[Copy link]
|
|
TAMPIN – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sebaik keluar dari rumahnya di Felda Sungai Kelamah, di sini dengan membawa bayi perempuannya yang berusia dua bulan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, laporan polis mengenai kehilangan Nurul Asmiera Kardi, 22 dibuat pengadu iaitu ibu wanita itu pada pukul 5.48 pagi, semalam.
Menurutnya, wanita itu dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 3.07 pagi dan pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anaknya dan bayi berkenaan.
“Bagaimanapun, punca dia keluar dari rumah masih belum diketahui. Ciri-ciri fizikal Nurul Asmiera, dia berketinggian lebih kurang 155 sentimeter, memakai tudung dan berkulit sawo matang.
“Ketika keluar dari rumah, Nurul Asmiera dipercayai memakai baju kurung hitam jalur putih. Ibu muda ini juga turut membawa barang-barang kelengkapan bayinya semasa keluar,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Amiruddien lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan Nurul Asmiera diminta untuk menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes ASP Mohd Rodzi Md Saad ditalian 07-9481221.
” Boleh juga menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin ditalian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sian Akak Ni
Edited by tumpanglalu74 at 11-1-2025 11:21 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Muda sangat kalau zaman now...
Semoga baik-baik sahaja...
Kesian emak awak... |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 11-1-2025 03:44 PM
https://www.facebook.com/share/r/193v6DjBwk/
Dia yang berbaju hijau itukah? |
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 11-1-2025 11:51 PM
Dia yang berbaju hijau itukah?
Ye.. raye taon lepas hepi2 je menyanyi. |
|
|
|
|
|
|
|
Berisi badannya...
Mantoppp.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yang baju pink pun macam dia...
Adik beradik kah?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baju hitam ni pun macam dia juga...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baju merah ni emak dia kah?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rumah pun lawa...
Tapi ini siapa pulak?
Hehehe.... banyak.pulak watak dalam video ni...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 11-1-2025 11:59 PM
Rumah pun lawa...
Tapi ini siapa pulak?
Adek-beradek dia la kot.. Kat info Facebook tu ade status married since 2023 katenyeh. Akaun somi pon ade.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo... Ok...
Kira family pun ok...
Rumah cantik...
Apalah masalah...
Semoga baik-baik sahajalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Post partum depression kah?
Lakinya mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|