CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 4

COVID-19: Bagaimana virus berjangkit, kepentingan jarak sosial

[Copy link]
Post time 24-3-2020 03:10 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668716/covid-19-bagaimana-virus-berjangkit-kepentingan-jarak-sosial

KUALA LUMPUR: Virus COVID-19 disebarkan melalui titisan cecair atau 'droplet' yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk dan bukannya secara bawaan udara atau 'airborne'.

Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jinjang Kepong, Dr Siti Khamsiah Abd Shukor, berkata 'air droplet' bersifat agak berat dan tidak akan berterbangan bagi jarak lebih satu meter.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai perlu memastikan mematuhi penjarakan sosial supaya terhindar daripada risiko dijangkiti virus itu.

"Kalau anda terlalu dekat dengan pesakit COVID-19, khususnya ketika mereka bercakap atau batuk dan ‘droplet’ itu terkena pada mata atau mulut, itu yang boleh merisikokan untuk dijangkiti.

“'Airborne' lebih kepada petugas kesihatan kerana mereka perlu melakukan proses intubasi dengan prosedur untuk menyelamatkan pernafasan pesakit. Itu mungkin menghasilkan keadaan 'airborne'," katanya.

Ditanya sama ada disinfektan berasaskan garam boleh membunuh virus COVID-19, beliau menegaskan, tiada kajian klinikal yang membuktikan perkara berkenaan.

“Hanya penggunaan disinfektan berasaskan alkohol dengan kepekatan 70 peratus yang terbukti secara klinikal dapat membunuh virus, selain sabun.

"Bagaimanapun, bahan mengandungi 'sodium hypoclorite' (agen peluntur) boleh digunakan untuk kerja menyahjangkit kawasan rumah atau pejabat," katanya menerusi siaran langsung khas ‘Kenali COVID-19’ di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini..

Sementara itu, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Rawang, Dr Koh Wen Ming menjelaskan, demam dengan batuk kering atau sakit tekak adalah gejala awal jangkitan COVID-19, namun pesakit juga mungkin sesak nafas jika jangkitan berada pada tahap lebih berbahaya.

"Golongan perokok juga bukan penyebar virus ini, sebaliknya mereka atau individu yang mempunyai masalah pernafasan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan lain, jika disahkan positif COVID-19.

"Mereka mungkin memerlukan bantuan pernafasan atau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Justeru, saya sarankan supaya perokok ambil peluang ini untuk berhenti daripada tabiat berkenaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 08:52 AM | Show all posts
nice sharing TT...#socialdistancing#flattenthecurve
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 30-3-2020 08:52 AM
nice sharing TT...#socialdistancing#flattenthecurve

Tengkiu for the mungee
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 03:44 PM | Show all posts

hahaa..molly mmg suka baca pasal covid ni lagi-lagi kalau bm version...byk info dlm english...bca ni lebih jelas psl airborne vs droplet...tp kan ad possibilities yg frontliner ni kena tanpa sebab yg jelas due to airborne...kalau mcm kita rakyat biasa ni,tahap droplet je la kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 2-4-2020 03:44 PM
hahaa..molly mmg suka baca pasal covid ni lagi-lagi kalau bm version...byk info dlm english.. ...

Sbnrnya ada cara nak buat risk assessment utk tau samada kena pakai droplet atopon airborne precautions.
Kalau org biase2 takde kena amik sampel ke, kena cucuh2 tekak org covid ke,.. sume tu droplet precaution je. Sbb pemahamannya ialah, org covid batuk, titisan jatuh dlm 1m. Kalau ikut stail hong kong, depa amik jarak 2m. So tgk tmpt la.
Kalau keje frontliner dok cucuh tekak org utk amik sampel, depa kena pakai airborne precaution.

Org2 yg mudah kena, sbb buat risk assessment silap, cth amik droplet precaution ttp xtvt yg dibuat perlukan airborne precaution. Atopon tak amik precautions langsung sbb tak sedar kepentingannya, atopon tak mampu nak amik precautions.

Kena pandai buat risk assessment. Kita2 ni rakyat marhaen je, pakai je la droplet precaution masa kat luar, mcm kat hong kong, taiwan, korea.. giteww..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.065596 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list