CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11245|Reply: 58

KARI KAKI AYAM KAYA DENGAN GELATIN RAWAT SAKIT SENDI...

[Copy link]
Post time 12-4-2020 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rohayatimat at 12-4-2020 01:38 AM


Sebut saja kaki ayam, rasanya ramai yang tak berminat dengannya apatah lagi yang telah siap dimasak seperti kari kaki ayam ini.

Malah ada sesetengah suri rumah apabila membeli ayam segar, awal-awal lagi beritahu sipenjual, kaki tak mahu yaaaa.

Sebenarnya lebih 20 peratus kaki ayam ini mengandungi kolagen semulajadi. Apabila dimasak melebihi suhu 60 hingga 65 darjah selsius ianya akan akan terhidrolisis membentuk gelatin yang kaya dengan protin.

Kebiasaannya setiap kali kita memasak suhu tahap didih ialah lebih 100 darjah selsius, maka sudah tentulah kolagen dalam kaki ayam tadi akan bertukar menjadi gelatin.


Kajian saintifik membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku serta merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.

Sebab itulah masyarakat cina gemar masak sup kaki ayam yang dicampur dengan pelbagai ramuan herba tradisional mereka.

Mereka percaya lendir kaki ayam yang bercampur dengan sup berkenaan mampu m
enghasilkan cecair pelincir yang berfungsi untuk menguatkan sendi.


Masyarakat melayu pula kebiasaanya menggunanya ketika masak kari ayam, itupun kalau tak diberi kepada penjual. Memandangkan banyak kaki ayam tersimpan dalam peti di rumah, kami menggunanya untuk masak kari.

Seperti biasa ibu sambal digunakan sebagai bahan asas  bersama bahan sampingan lain untuk masak kari kaki ayam ini.

Cara memasak kari kaki ayam ini cukup mudah, tumis bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga hindi dan hirisan halia. Masukkan 2 sudu besar ibu sambal diikuti dengan serbuk kari dan tambah sedikit air.

Kemudian masukkan kaki ayam, bila dah separuh masak barulah dimasukkan santan. Kacau sehingga mendidih. Garam dan gula secukup rasa.

Selamat mencuba.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2020 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap..sy suke kaki ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka sgt kaki ayam....buat sup, sup soto,kari ka
Bila beli ayam mesti mintak nak beli kaki ayam,tp kat tmpt dok p beli ayam tu tokey dia bg free , sbb tu semua kaki ayam yg org tkmau
Sekali bagi 2-3 kg...peti sejuk besaq tkpa la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2020 08:24 AM | Show all posts

Memang sedap...tapi ramai yang tak suka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2020 08:29 AM | Show all posts
raihaneem replied at 12-4-2020 07:17 AM
Suka sgt kaki ayam....buat sup, sup soto,kari ka
Bila beli ayam mesti mintak nak beli kaki ayam,tp  ...

Betul tu sis sesetengah tempat penjual bagi free saja...ramai yang tak nak ambil...ntah laaaaaa sebab apa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk buat sendiri mmg meols geli.. Tp normally mamak2 or melayu jual roti canai suka buat kuah pakai ni..

So indirectly kegelian meols pudar sbb xtau. Utk hisap hirup sup kaki ayam lagilaaaaa gels. ahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ladybird910 replied at 12-4-2020 12:05 PM
Utk buat sendiri mmg meols geli.. Tp normally mamak2 or melayu jual roti canai suka buat kuah pakai  ...

Teringat sorg kwn, dia study kat jepun,dia kat sana beli ayam kaki n organ mmg dah siap buang, depa tak mkn.

Pastu dah grad, dia nak kawin , kami rewang la utk knduri,kaki ayam buat sup

Dia siap ckp geli geli, eii ayam jln tak pakai kasut.
Mak dia bebel suruh try...lepas try tu teruih dia bersila punya dok ratah kaki ayam
Pastu mak ,abg kakak dia ejek balik dia...hihi


Teringat zmn muda2 pulak


Kaki ayam org cina mmg suka, kami mmg dok mkn sbb depa la bgtau baguih utk sendi dan tinggi kolagen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2020 12:15 PM | Show all posts
Ladybird910 replied at 12-4-2020 12:05 PM
Utk buat sendiri mmg meols geli.. Tp normally mamak2 or melayu jual roti canai suka buat kuah pakai  ...

Bila tak tahu tu hirup juga yaaaaaa...sekarang hirup lagi tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2020 12:22 PM | Show all posts
raihaneem replied at 12-4-2020 12:13 PM
Teringat sorg kwn, dia study kat jepun,dia kat sana beli ayam kaki n organ mmg dah siap buang, dep ...

cerita ni lagi menarik...sampai duduk bersilaaaaa...mula mula tu no no no...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
rohayatimat replied at 12-4-2020 12:15 PM
Bila tak tahu tu hirup juga yaaaaaa...sekarang hirup lagi tak?

Terhirup blh lg. Tp klu nmpk depan mata..mmg xselera. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 12-4-2020 12:13 PM
Teringat sorg kwn, dia study kat jepun,dia kat sana beli ayam kaki n organ mmg dah siap buang, dep ...

Itulaaa... Meols pon geli sbb ayam jalan merata. Terkuis kuis cari cacing.. So collagen meols beli minuman supplement ja. Settle prob.  Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 04:52 PM | Show all posts
share resepi kari kaki ayam rupanya
collagen dlm badan perlu dibentuk semula utk menguatkan sendi
terutama warga emas
jadi makan saja makanan yg kaya dgn protein
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2020 06:13 PM | Show all posts
Ladybird910 replied at 12-4-2020 12:36 PM
Itulaaa... Meols pon geli sbb ayam jalan merata. Terkuis kuis cari cacing.. So collagen meols beli ...

Hahaha...situ pulanyaaaa...jauh sangat imaginasi Meols niiiii...sbenarnya kaki ayam yang akak bawa balik tu...sipenjual dah siap buang kulit bahagaian luar kaki tuuuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2020 06:18 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 12-4-2020 04:52 PM
share resepi kari kaki ayam rupanya
collagen dlm badan perlu dibentuk semula utk menguatkan sendi
...

Memang tepat sekali kena makan makanan yang banyak protin...sebenarnya kolagen adalah sejenis protin semulajadi...banyak terdapat pada haiwan bertulang belakang termasuk manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kaki ayam..dulu tak boleh telan..lepas makan kaki ayam grg tepung beli kat pasar malam terus suka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2020 08:22 PM | Show all posts
nowhite replied at 12-4-2020 07:21 PM
Sedapnya kaki ayam..dulu tak boleh telan..lepas makan kaki ayam grg tepung beli kat pasar malam teru ...

memang sedap sis...betulkan sis...sekali kena nak lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rohayatimat replied at 12-4-2020 08:22 PM
memang sedap sis...betulkan sis...sekali kena nak lagi...

Betul sangat..sup kaki ayam pun sedapppp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2020 10:50 PM | Show all posts
nowhite replied at 12-4-2020 09:24 PM
Betul sangat..sup kaki ayam pun sedapppp


Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 12-4-2020 12:13 PM
Teringat sorg kwn, dia study kat jepun,dia kat sana beli ayam kaki n organ mmg dah siap buang, dep ...

Mcm akk le haneem....dulu akk memang tak mkn kaki ayam.....mula mkn bila gi rumah babysitter....dia hidangkn....rasa cuak jugak...bila mkn, punya le sedap.....sejak tu klu gi pasar, memang akk beli kaki ayam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2020 11:04 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 15-4-2020 05:00 PM
Mcm akk le haneem....dulu akk memang tak mkn kaki ayam.....mula mkn bila gi rumah babysitter....di ...

Ramai yang fobia bila pertama kali tengok...maklumlah kaki yang tak pernah pakai selipar jalan sana-sini...  
Tapi bila cuba sekali baru tahun penangannya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071183 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list