Edited by trunks at 11-6-2020 06:11 PM
iPhone dan sistem operasi iOS sudah wujud hampir dua belas tahun. Ia adalah sistem operasi dengan sekitar 13% pasaran peranti dunia. Android masih mempunyai dominasi yang besar dengan pegangan 86% pasaran. Kelebihan Android terletak pada kemampuan melakukan pelbagai kustomasi antaramuka serta platform yang lebih terbuka. Boleh juga dikatakan Android lebih mudah digunakan kerana terdapat banyak fungsi yang tidak wujud pada iOS.
Sejak dilancarkan pada 29 Jun 2007, iOS tidak pernah menyertakan talam aplikasi yang membolehkan aplikasi ikon disimpan dengan lebih teratur. Sebaliknya kesemua aplikasi dipaparkan pada skrin hadapan mengikut turutan ia dimuat turun oleh pengguna. Ini memerlukan anda menghafal lokasi setiap ikon. Proses menghafal lokasi aplikasi menjadi semakin susah apabila mendapati secara purata pengguna iPhone memuat turun di antara 60-90 aplikasi. Antara cara mudah mencari aplikasi ialah menyusunnya mengikut turutan abjad. Tidak seperti pada Android yang menyertakan fungsi ini pada talam aplikasi, proses melakukan perkara yang sama pada iOS adalah sedikit tersorok.
Pada iPhone dan iPod
Mari kita mulakan dengan iPhone dan iPod terlebih dahulu. Pertama sekali pergi ke Settings dan kemudian pilih General. Tatal terus ke bawah dan pilih Reset. Anda kemudian akan dapat melihat pilihan Reset Home Screen Layout. Skrin amaran akan terpapar pada bawah skrin. Untuk meneruskan proses penyusunan ikon, tekan Reset Home Screen yang berwarna merah.
Pada iPad
Langkah yang perlu anda lakukan adalah hampir sama seperti pada iPhone dan iPod. Pertama sekali pergi ke Settings dan kemudian pilih General. Tatal terus ke bawah dan pilih Reset. Anda kemudian akan dapat melihat pilihan Reset Home Screen Layout. Skrin amaran akan terpapar pada bawah skrin dalam bentuk pop-keluar. Untuk meneruskan proses menyusun semula ikon aplikasi mengikut abjad tekan butang Reset berwarna merah.
Sekiranya anda mempunyai aplikasi yang disusun di dalam Folder. Folder akan disusun terlebih dahulu mengikut abjad. Selepas Folder disusun barulah aplikasi di luar Folder disusun mengikut abjad.
Spotlight Search
Mungkin ada yang merasakan masih sukar mencari aplikasi walaupun selepas disusun mengikut abjad kerana terlalu banyak terpasang pada peranti. Apakah pilihan lain yang boleh anda lakukan? Kami sarankan anda menggunakan Spotlight Search. Tatal dengan pantas dari atas ke bawah pada bahagian tengah skrin. Sebuah skrin overlay akan terpapar pada skrin dengan ruang carian pada bahagian atas. Masukkan nama aplikasi yang ingin dicari dan ia akan dipaparkan di bawah ruang carian. Kini anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi pada peranti-peranti iOS seperti seorang Bossku sebenar.
------------------------------ saya dah cuba tadi..memang menjadi. bosan betul,sebelum ni nak cari apps betul2 bosan.ni dah buat,lebih teratur
|