CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 0

Polis perketat pemantauan SOP, individu ingkar dikompaun serta merta

[Copy link]
Post time 10-10-2020 09:05 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan terutama bagi majlis sosial dan rasmi yang melibatkan perhimpunan orang ramai.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar (gambar)  berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dipengerusikan Datuk Amar Douglas Uggah telah mengarahkan pihak polis memperketatkan pemantauan pematuhan ini.

Dengan mandat yang diberikan JPBNS ini katanya, polis akan menguatkuasakan arahan yang diberikan dengan lebih tegas dengan  mengeluarkan kompaun di lapangan tanpa perlu ke balai.

“Walaupun polis dapati tahap pematuhan di Sarawak adalah tinggi namun terdapat juga mereka yang tidak endahkan SOP khususnya dari segi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka di tempat sesak.

“Kita dapati ketidakpatuhan ini berlaku di luar bandar di mana terdapat orang ramai didapati tidak memakai pelitup muka terutama majlis keramaian.

“Lepas hari ini dengan mandat yang diberikan JPBNS, polis akan menguatkuasakan arahan dengan lebih tegas dan kita harap masyarakat Sarawak patuhi SOP penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka,” katanya pada sidang media JPBNS yang dipengerusikan Uggah di sini, hari ini.

Sementara itu Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata pematauan yang lebih ketat perlu dibuat oleh polis berikutan perkembangan kes COVID-19 di Sarawak yang merunsingkan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) katanya akan menjalankan tugas untuk mengesan kontak rapat manakala polis akan mengambil tindakan jika ada masyarakat yang tidak patuh kerana ini mungkin boleh menyebabkan COVID-19 merebak.

“Kelmarin saya melawat Lubok Antu, Engkilili dan dapati ada tiga kes di Lubok Antu yang mana tidak disangka.

“Jadi keadaan ini adalah tidak menentu dan penting untuk semua bekerjasama, berjaga-jaga.

“Kita telah berjaya melandaikan keluk sebelum ini dan kalau ada sikap yang sama, kerjasama, jangan leka, patuhi SOP, saya yakin kita dapat landaikan semula keluk,” kata Uggah.

oleh Agnes Tugong

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040139 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list