View: 10168|Reply: 7
|
[Tempatan]
Percutian dengan 6 kawan jadi tragedi, remaja mati terjatuh dari tingkat 14
[Copy link]
|
|
Percutian enam remaja bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu pada tengah hari Khamis.
Mangsa, Muhammad Irham Tarmizi Rusaini, 17, dari Machang, Kelantan, ditemukan dalam keadaan terlentang di tingkat enam oleh seorang pekerja pembersihan pangsapuri berkenaan.
Kematian remaja itu adalah disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.
Difahamkan, mangsa bersama lima rakannya datang ke Kuala Terengganu untuk bercuti dan menyewa sebuah unit di pangsapuri itu sejak Rabu.
Mereka dijadualkan keluar dari penginapan tersebut pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 12.30 tengah hari.
"Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Kami juga sudah menghubungi keluarga mangsa untuk urusan tuntutan jenazah," katanya pada Khamis.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
acaner la boleh TERjatuh...
lantai licin ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bolehkah bawah 18 tahun bercuti tanpa ada orang dewasa, sama ada guru atau ahli keluarga? |
|
|
|
|
|
|
|
Kena bunuh ke? Siasat habis2an yang lain tu. Sus sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
awalnya cuti. minggu dpn baru nk cuti skolah.
ponteng ke |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pak x risau ke anak2 bawah umur bercuti sesama.. ke mak pak x tau anak xde kt umah..menjawab la mak pak bila dh jd kes |
|
|
|
|
|
|
|
Dah habis SPM kot eh? Tu plan dgn kwn2 g bercuti kot. Iols dulu pun mcmtu, habis je SPM plan dgn kwn2 sama jantino nk g dok hotel, tapi biasaler Ade je yg jenis spoil, janji tinggal janji. Last2 keluaq outing jah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|