thepatriots.asia Asal-Usul Sebenar Mi Segera - The Patriots
Oleh Moustapha Abbas
Bila tengok lambakan mi segera yang dijual di pasaran, pasti ramai ada kenangan tersendiri berkenaan makanan ini. Bagi yang sedang belajar, inilah makanan kecemasan bila sudah kehabisan makanan. Atau ini satu-satunya makanan yang boleh diambil bila poket tengah kering. Tetapi tak semua tahu bagaimana makanan ini bermula dan menjadi kegilaan semua tanpa mengira masa atau tempat termasuk Malaysia.
Tidak ramai tahu mi segera sebenarnya berasal dari Jepun dan ia dianggap antara ciptaan Jepun yang paling berjaya sebaris dengan keretapi laju, komputer riba dan karaoke. Walaupun jualan membabitkan makanan ini menurun jika dibandingkan jualan pada tahun 1970-an dan 1980-an dan hanya membentuk 5% daripada jualan di seluruh dunia. Tetapi dari segi pengambilan, warga negara Matahari Terbit itu merupakan pemakan ketiga terbesar di dunia di belakang China dan Indonesia. Lebih 5.5 bilion mi segera dihidangkan kepada para pengguna dalam setahun.
Asal-usul mi segera boleh dijejaki dari bentuk awal mi ramen yang dibawa ke Jepun oleh chef-chef China pada akhir abad ke-19. Mi ramen tradisional pada dasarnya hanyalah mi gandum yang dihidangkan bersama kuah bersup dengan sedikit hirisan daging atau taufu di bahagian atas. Untuk dekad-dekad berikutnya, resepi ringkas ini diubahsuai dan dikembangkan bukan sekali tetapi berkali-kali. Ini turut memberi peluang kepada chef-chef berbakat mengunakan imaginasi mereka untuk menonjolkan bakat mereka seperti menghasilkan kuah yang kompleks, tekstur mi yang sempurna dan hiasan atas yang pelbagai.
Tetapi selepas Perang Dunia Kedua (WWII), semua itu berubah. Kebanyakan wilayah Jepun musnah akibat kempen pengeboman tanpa henti pihak Bersekutu dengan kemuncaknya serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Dan bila Jepun memutuskan untuk menyerah kalah pada pertengahan tahun 1945, populasi yang terselamat merasa lapar akibat krisis makanan yang meruncing. Dan ini membawa kepada kemunculan seorang ahli perniagaan bernama Momofuku Ando. Bukan sekali dua lelaki ini membina dan kehilangan kekayaannya di Taiwan dan Jepun. Semasa WWII, Ando meraih kekayaan dengan menjual kelengkapan dan peralatan industri tetapi jatuh dan pernah satu ketika dipenjarakan akibat kesalahan menipu.
Tapi satu sikap Ando yang patut dicontohi ialah kesungguhannya dalam membina semula reputasi dan kekayaannya. Dan peluang itu terhidang menerusi satu perbualan dengan kenalannya dari Kementerian Pertanian Jepun. Dalam perbualan tersebut, mereka ingin tahu bagaimana hendak menarik rakyat Jepun makan lebih banyak hasil gandum Amerika, salah satu komponen bantuan penting negara Uncle Sam kepada Jepun ketika itu. Tatkala itu, Ando teringat pada akhir perang, beliau melihat orang ramai beratur dan menanti dengan sabar untuk mendapatkan mi ramen yang disediakan penjual ramen ketika itu. Bagi beliau, makanan rakyat kelas pekerja ini boleh saja dimodenkan dan dipercepatkan proses memasaknya. Dan paling penting, ia menggunakan banyak tepung gandum dari Amerika Syarikat.
Jadi pada usia 48 tahun, Ando mengubah dirinya sebagai pencipta makanan dan menghabiskan masanya di pondok kayu di laman belakang kediamannya setiap hari selama setahun. Bila beliau muncul semula, Ando menghasilkan satu produk yang hampir serupa dengan paket mi segera yang kita selalu jumpa di rak-rak pasar raya atau kedai-kedai. Bagi mana-mana individu berminat bagaimana Ando menghasilkan mi segera, senario ini boleh dilihat di tiga muzium mi segera. Salah satu muzium berkenaan dimiliki syarikat Nissin yang turut diasaskan oleh Ando dan terletak di Yokohama.
Satu perkara yang kita perlu faham ialah terdapat banyak produk mi segera yang dijual di pasaran seluruh dunia termasuk Malaysia. Kita sudah masak dengan produk seperti Maggi, Indomie, Mamee dan yang terbaru dari Saji. Bagi membolehkan produk ini terus bertahan, mereka mempelbagaikan perisa mengikut selera pelanggan di kawasan tumpuan mereka. Sesetengah mahukan perisa zaitun, kuah keju atau makanan laut berkrim. Menurut wakil Nissin Kasura Suzuki, mereka melancarkan 300 produk mi segera setahun tetapi hanya 1% saja yang bertahan di pasaran. Bagi membolehkan syarikat mereka terus bersaing dengan syarikat-syarikat lain, mereka perlu kreatif bukan saja dari segi perisa tetapi juga dari segi pembungkusan.
Saji Mi Sup Soto Asli
Di Jepun turut menyaksikan seorang penilai mi segera terkemuka. Ya, saya tak bohong, ada seorang penilai mi segera paling prolifik bernama Toshio Yamamoto atau lebih dikenali sebagai Ton Tan Tin. Yamamoto sudah meminati ramen sejak berumur 10 tahun dan dianggap orang paling berpengalaman dalam penilaian berkenaan mi segera. Sebelum dikenali sebagai penilai ramen, beliau pernah bekerja sebagai seorang jurutera. Tetapi selepas penilaiannya berkenaan ramen menjadi popular, Yamamoto memutuskan untuk meletakkan jawatan dan memfokuskan usahanya kepada penilaian mi segera.
Beliau menilai produk yang bukan saja dihantar syarikat tetapi juga peminat di mana sesetengah mi datang dari luar negara. Dalam setiap videonya, penonton akan melihat bagaimana sesebuah mi disediakan dan berapa bintang yang boleh diberi kepada produk tersebut. Setakat ini, Yamamoto sudah menilai lebih 6,200 produk mi segera dan masih belum menemui satu produk yang selayaknya diberi taraf lima bintang. Menurut beliau, bagi mendapat penarafan sedemikian, supnya perlu berkualiti sementara perisanya juga bersifat seimbang.
Di China pula, ia menjadi tumpuan ramai kerana itulah makanan yang sesuai dimakan semasa bekerja dan bermusafir. Walaupun ada sesetengahnya menganggap ia makanan sampah dan tidak berkhasiat, ia tetap menjadi pilihan kerana mudah disediakan. Mi segera menjadi pilihan para pekerja yang menetap di asrama dan mereka secara tidak langsung menjadi tulang belakang kejayaan ekonomi China. Buktinya, pertumbuhan ekonomi China mencatatkan 9.5% setahun untuk tiga dekad, satu pertumbuhan yang dianggap memeranjatkan oleh Bank Dunia sebagai pertumbuhan ekonomi paling pantas di dunia. Dan ini hasil sumbangan dan pengorbanan gaya hidup yang dibuat mereka untuk menjayakan semua ini.
Tetapi gaya hidup berasaskan mi segera dilihat hanyalah satu sejarah masa lalu. Walaupun pada satu ketika, rakyat China menikmati 50 bilion mi segera pada tahun 2010, statistik tersebut semakin menurun dengan tahun lepas saja menyaksikan penurunan sebanyak 16%. Menurut Profesor Meng Suhe, keadaan ini berlaku disebabkan pekerja-pekerja China yang bermusafir lebih mendambakan air tangan keluarga terutama ibu bapa mereka dan lebih meminati makanan yang bukan diproses. Bagaimanapun, bagi generasi alaf baru, ini merupakan sasaran terbaru syarikat-syarikat pengeluar mi segera kerana mereka masih bergantung kepada makanan yang diproses terutama yang dihantar ke rumah.
Di Amerika Syarikat pula, jangan terkejut jika anda melihat ada bungkusan mi segera dalam sel penjara banduan. Ini kerana selain sebagai tambahan makanan, ia juga berperanan sebagai mata wang pasaran gelap di penjara. Dahulu, banduan berurusan menggunakan rokok sebagai kaeda transaksi tetapi kini bertukar kepada mi segera atas satu sebab: DUIT! Dengan belanjawan penjara dipotong dan kualiti makanan yang dihidangkan tidak berkualiti, banduan terpaksa beralih arah kepada mi segera semata-mata untuk hidup.
Bagi bekas banduan Chandra Bozelko, mi segera menjadi medium transaksi penjara kerana ia mudah disimpan dan tidak mudah rosak. Transaksi sebegini bukan saja untuk urusan jual beli dan pinjaman tetapi juga untuk urusan lain seperti pelacuran. Sekiranya banduan gagal membayar nilai mi segera bagi transaksi yang dipersetujui, ia boleh bertukar menjadi ganas di mana ada sesetengah banduan dikelar atau ditikam. Bagi banduan yang makan mi segera tetapi mahu mengubah selera, mereka menjadi lebih kreatif dengan menukar mi menjadi asas tortila atau pizza.
Dengan keinginan pengguna mahu menjalani kehidupan sihat, syarikat-syarikat pengeluar mi segera di China dan Jepun mula mendapat permintaan pelanggan mereka yang mahukan mi segera dikurangkan kandungan garamnya dan ditambah kandungan nutrien. Rasa pelik tetapi tidak mustahil boleh berlaku. Kerana jika kita mengikut peribahasa Melayu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, tiada yang mustahil.
Post time 28-10-2020 02:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
boleh caya ke penilaian mi segera yamamoto tu? ke takat syok sendiri jah? macam kat sini dulu viral mi korea spicy samyang ada cheese segala tu tapi bila sendiri cuba rasa hauk jah? yang iols hengat forumer chazey kata nongshim tu lagi sedap
Post time 24-8-2021 07:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dr seorang pembekal jentera & peralatan industri kpd mencipta sendiri Mee segera mmg genius. Sbb dua perkara yg sgt jauh beza alatan jentera industri dgn Mee segera tu.
Btw Saya suka Maggi ayam. Sedap buat goreng. Xperlu tambah perencah lain. Just nice.
Post time 30-8-2021 06:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebab yang tersohor tu jenama maggi
Macam ridset ada ramai yg panggil ridset untuk racun serangga jenama lain pun
Mak mak nanti cakap seman ko pegi kedai beli ridset
Tak kesah la jenama apa semua ridset
Milo pun sama asal air coklat tu milo tapi dah besar panjang tau dah beza milo dengan jenama nokharom yang tak sedap
Apa lagi ?
Ajinomoto
Lagi tak boleh recall tapi ada banyak
Post time 19-9-2021 01:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Trivia sejarah mi segera Maggi di Malaysia.
- Pada 1971 dgn perisa kari & ayam.
- Jenama mi segera pertama di negara ini
- Samuel Senn, General Manager Nestle Malaysia & Singapore yg berbangsa Swiss yg bertanggungjawab membawa produk ini ke negara kita setelah meminjam idea dari Jepun.
- Kilang pertama mi segera Maggi terletak di Batu Tiga Shah Alam.
Post time 19-9-2021 04:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Samuel Senn, general manager of Nestle Malaysia & Singapore yg membawa masuk Maggi mee ke pasaran negara.
Ia mengambil masa 6-8 tahun utk Mi Maggi menjadi household name.
Pengalaman Leong Ming Chee, mantan pengarah komunikasi Nestle Malaysia & Singapore, pd tahun 1974. Menaiki van VW Combi dan memasuki setiap kedai, setiap jalan. Juga menelefon retailers utk memasarkan produk ini. Ketika ini Maggi mee baru 3 tahun di pasaran.
Pekedai akan bertanya, apabenda ni? Dan pihaknya akan menerangkan juga cara memasaknya. Pekedai xberapa yakin org ramai akan menikmatinya. Jadi selalunya pekedai akan ambil 6peket kari, 6 peket ayam. Sehinggalah lama kelamaan order dr pekedai meningkat pd kotak2 yg mengandungi 30 unit.
Post time 21-9-2021 10:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Timeline mee segera Nissin 1958 - 1989.
1958 - Pengasas Nissin Momofuku Ando berjaya mencipta mee segera pertama iaitu Chicken Ramen.
1970- Nissin Foods (USA) Co Inc ditubuhkan di Los Angeles. Overseas venture pertama syarikat ini. Mee segera dipasarkan atas jenama Top Ramen.
1971 - Cup Noodle iaitu mee segera dalam cawan pertama diperkenalkan.
- Penjualan berskala penuh dilakukan di Isetan cawangan Shinjuku, Tokyo.
- Sampling event diadakan di zon pejalan kaki Ginza, Tokyo pada November 1971 dimana sehingga 20 ribu sample dihidangkan setiap hari.
1973- Cup Noodle dipasarkan di USA dibawah jenama Cup O Noodles dengan 3 perisa.
1975 - Tertubuhnya Nissin-Ajinomoto Alimentos di Sao Paulo Brazil. Kilang ini mengeluarkan 2 jenis mee segera jenis beg dgn kapasiti 60 ribu peket sehari.
1980 - Tertubuhnya Nissin Food Asia Pte Ltd di Singapore. Syarikat ini menjadi supply base untuk pasaran Singapore, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia.
1984 - Tertubuhnya Nissin Foods Hong Kong Pte Ltd utk mengeluarkan produk bagi pasaran Eropah dan sebagai base untuk pasaran luar negara Jepun.
1988 - Indo Nissin Food telah ditubuhkan di India. Merupakan jv dengan Brooke Bond, syarikat teh terbesar di UK.
Post time 21-9-2021 11:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Timeline mee segera Nissin 1990 - 1999.
1991 - Nissin Food B.V. ditubuhkan di Amsterdam, Belanda pada bulan Jun. Nissin Food adalah Syarikat Mee Segera Jepun pertama memasuki pasaran Eropah.
1992 - PT NISSINMAS telah ditubuhkan di Indonesia.
1993 - Nissin Foods GmbH ditubuhkan di Frankfurt, Jerman.
- Jun 93. Episod The Synthetoceras and Moa episodes dari siri iklan The Hungry menang Grand Prix di Cannes Lions International Advertising Festival.
1994 - Januari. Nissin Foods (Thailand) Co Ltd telah ditubuhkan.
- November. Guangdong Shunde Nissin Foods Co., Ltd. telah ditubuhkan di Guandong, China.
1995 - Januari. Jualan Cup Noodles mencecah 10 billion di Jepun.
- Mac. Penubuhan Shanghai Nissin Foods Co., Ltd. di Shanghai
- Ogos Nissin U.F.O dikilangkan.
1996 - Penubuhan Nissin Universal Robina Corporation di Manila, Philippines. Upacara dedikasi perasmian dijalankan dengan kehadiran Presiden Fidel Ramos.
April - Iklan gergasi Cup Noodles di Times Square, New York. Di paparkan di facade sebuah bangunan di 42nd Street.
1997 - Sidang Ramen Dunia pada 4 & 5 mac 1997 di Tokyo telah bersepakat menubuhkan IRMA (International Ramen Manufacturers Association). Sebanyak 10 pengeluar utama dari 9 negara turut serta. Momofuku Ando dari Nissin Foods telah dipilih sebagai pengerusi IRMA yang pertama.
1999 - Pembukaan Momofuku Ando Instant Ramen Museum pada 21 November 1999 di Ikeda City, Osaka. Ikeda City juga merupakan tempat lahirnya Chicken Ramen pertama dunia.
Post time 21-9-2021 01:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Siri iklan The Hungry . Iklan ini memapatkan Nissin Cup Noodle yg bertemakan zaman pra sejarah dan primitif yang mula disiarkan pada tahun 1992.
Selain episod Moa di posting sebelum nya, episod ini yg dinamakan Synthetoceras juga memenangi Cannes Grand Prix 1993. Ia mengambil masa 2hari penggambaran di kawasan gurun Los Angeles.
Episod Mammoth. Merupakan episod kedua The Hungry.