View: 13080|Reply: 55
|
Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan
[Copy link]
|
|
INFO
Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan
Tarikh lahir: 18 Jun 1938
Asal: Kampung Serendah, Pasir Mas, Kelantan
Isteri: Puan Sri Rosnah Ahmad
Anak : Enam orang
Cucu: 20 orang
Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Kuala Lumpur
- Kolej Sultan Ismail Kota Bharu
- Kursus Khas Polis di Washington DC & Fort Bragg (1968)
- Royal College Of Defense Studies, London (1988)
- Commercial Crime & Money Laundering, University Of Cambridge (1990)
Kerjaya:
-Menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Kadet ASP (Jun tahun 1962)
- Ketua Polis Daerah Batu Gajah; Grik; Klang dan Georgetown (1964-1972)
- Ketua Trafik Kuala Lumpur (1972-1973)
- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1973)
- Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor (1975-1978)
- Ketua Polis Negeri Sembilan (1978-1980)
- Ketua Polis Pulau Pinang (1981-1983)
- Ketua Polis Kuala Lumpur (1983-Julai 1986)
- Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam Bukit Aman (Ogos 1986-1989)
- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (1989-1993)
- Ketua Pengarah Jabatan Penjara (1994-1997)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 08:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by sharlenetexas at 3-12-2020 08:29 PM
Kes pernah dikendalikan:
- Penawanan Menara AIA oleh Tentera Merah Jepun pada tahun 1975
- Penangkapan ketua perompak, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin yang akhirnya mati di tali gantung Penjara Pudu (1976)
- Rompakan di Bank of Tokyo membabitkan kumpulan Geng M-16 (1985)
- Doktor dan juruteknik makmal dijadikan tebusan oleh banduan di Penjara Pudu (1986)
- Pembunuhan kejam, perompak dan pengedar dadah paling dikehendaki, Kalimuthu Pakirisamy atau Bentong Kali, ditembak mati di Medan Damansara (1993)
- Pembunuhan ADUN Batu Talam, Pahang, Datuk Mohd Mazlan Idris oleh pasangan bomoh Mona Fandey, suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu, Juraimi Husin (1993)
- Ketika masih memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, nama Zaman Khan mengetuai misi penyiasatan kes tragedi runtuhan kondominium Highlands Tower di Taman Hillview, Hulu Klang pada 11 Disember 1993 apabila dia antara pegawai kanan polis paling awal tiba di lokasi kejadian.
Sumber: https://www.bharian.com.my/amp/b ... an-kesan-zaman-khan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 08:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 08:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
- Penawanan Menara AIA oleh Tentera Merah Jepun pada tahun 1975
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor
Pernah baca novel Legasi Pejuang oleh Arman Jazee. Permulaan cerita tentang rompakan bank yang dilakukan oleh satu kumpulan penjenayah. Tak pasti sama ada penulis dapat inspirasi dari kisah ini.
- Penangkapan ketua perompak, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin yang akhirnya mati di tali gantung Penjara Pudu (1976)
Ketua Polis KL
- Rompakan di Bank of Tokyo membabitkan kumpulan Geng M-16 (1985)
Ketua Polis KL
- Doktor dan juruteknik makmal dijadikan tebusan oleh banduan di Penjara Pudu (1986)
Ketua Polis KL
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 08:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Gambar Tan Sri Zaman Khan masa muda skit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 09:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Masa zaman sekolah macam pernah dengar makcik pakcik bergosip TS Zaman Khan ada ilmu. Tiap kali anak buah tak leh setel kes, sekali beliau turun padang terus setel. Mungkin beliau ni ada intuisi yang tinggi dan pengalaman yang banyak berpuluh2 tahun jadi polis.
Macam iols dulu tengah tunggu appointment jumpa doktor ortopaedik. Ada pesakit kat sebelah duk borak2 dia kata doktor ni memang magic. Mata macam X-ray. Boleh tahu kat mana ada masalah. Dah namanya pakar ortopaedik puluh2 tahun dia ada pengalaman. Sekali dia goyang2 kaki patient, gerak2 lutut boleh tahu apa simptomnya. Tulang patah ke, ligamen koyak ke, urat putus ke. Lepas tu sahkan melalui X-ray atau MRI atau seumpama dengannya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Masuk jadi ASP 2 tahun terus jadi ketua polis daerah..mmg hebat la. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 09:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sumber: https://www.bharian.com.my/amp/b ... an-kesan-zaman-khan
Kes Mona Fendy paling tinggalkan kesan: Zaman Khan
Oleh Zubir Mohd Yunus
[email protected]
March 11, 2015 @ 12:01am
KETIKA dalam perkhidmatan dan mengendalikan pelbagai kes terutama yang berprofil tinggi termasuk kes Mona Fandey, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan, 76, berdepan pelbagai peristiwa pelik dan misteri.
Namun, yang lebih menarik ialah kisah keris yang tiba-tiba hilang dalam simpanan di laci rumahnya dan kemudian muncul semula di tempat sama, tetapi ada kesan tanah.
"Ramai mendakwa, saya ada pakai tangkal ketika menjalankan tugas. Beginilah... ini kali pertama saya bercerita mengenai perkara ini. Dulu, saya ada kenalan seorang Jawa. Suatu hari, dia panggil saya ke rumahnya dan berikan saya sebilah keris kecil, pendek. Sarungnya pula ada ukiran, tapi bukan ayat. Hampir 15 tahun kemudian, saya bertemu seseorang yang berasal dari Indonesia.
Dia memberitahu ada hajat dan tahu, saya pernah menerima (hadiah) keris suatu ketika dulu. Saya terkejut, macam mana dia tahu dan membawa 'pasangan' keris yang saya terima dulu. Dia beri saya sebilah keris berbalut kain kuning. Dia kata, keris yang pertama boleh dibawa ke mana-mana jika saya ada hajat. Sebaliknya jika nak pergi tempat berbahaya, boleh bawa keris berbalut kain kuning ini (yang kedua).
"Cuma ada syarat, saya perlu puja keris itu. Tapi saya tidak buat kerana boleh membawa kepada syirik. Saya pun simpan kedua-dua keris itu dalam laci. Sebulan dua kemudian, keris itu hilang, hingga saya berkelahi dengan isteri...saya tanya, siapa ambil 'barang' saya? Anak-anak masih kecil," katanya.
Beberapa bulan kemudian, keris itu 'kembali' ke dalam laci, tapi dalam keadaan kotor dengan kesan tanah. Sehingga hari ini saya masih simpan dua bilah keris ini, namun saya tak buat apa-apa kepadanya. Saya takut syirik.
Dah lebih 30 tahun, dua bilah keris itu dalam simpanan saya. Malah, ada yang kata, saya bertapa di tokong Siam menuntut ilmu (hitam), bagi menyelesaikan satu-satu kes jenayah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 09:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kes Mona Fandey
Dalam banyak kes yang saya kendali, paling banyak meninggalkan kesan dalam hidup saya ialah kes Mona Fandey hingga terbayang-bayang tengkorak Allahyarham Mazlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris).
Misteri kehilangan Mazlan akhirnya terbongkar apabila ditemui mati dibunuh dan mayatnya dikerat di kawasan kebun tanah rancangan FELDA Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub, Pahang sekitar Julai 1993. Mayat Mazlan dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dengan permukaannya disimen.
Akhirnya pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, 46, dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, serta pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didapati terbabit dan disabitkan kesalahan membunuh Mazlan pada 9 Februari tahun 1995 di Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Sejak penangkapan itu, pelbagai cerita timbul termasuklah Mona Fandey dikatakan mengamalkan ilmu hitam di Penjara Wanita Kajang untuk membolehkannya menghilangkan diri. Ketika itu, Zaman pegang jawatan Ketua Pengarah Penjara.
Ketika saya melawat kawasan pembunuhan di Ulu Dong, tiba-tiba urat kaki membengkak dan ada yang kata, saya terlangkah `sesuatu' di lokasi kejadian. Apabila saya menghadiri mesyuarat pegawai kanan polis di Siberia, saya demam, kaki bengkak lagi. Isteri saya telefon, minta orang kampung buat doa selamat, kononnya kaki saya membengkak gara-gara perbuatan Mona.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 09:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jumpa pakar perubatan
Begitu juga dengan bekas pemandu saya, dia selalu sakit, demam. Pergi jumpa doktor, selepas pemeriksaan, tak sakit apa-apa. Lalu, dia berjumpa seorang pakar perubatan tradisional dan diberitahu, kononnya dia juga terlangkah `sesuatu' di lokasi pembunuhan Mazlan. Dia dikatakan terlangkah satu lubang, di bawahnya pula ada tengkorak seorang pelacur yang dibunuh, tulangnya diambil Mona untuk tujuan pemujaan.
Saya akhirnya perlu menjalani pembedahan, tak tahan, sakit sangat kaki saya. Akhirnya selepas pemeriksaan lanjut, rupa-rupanya kaki yang bengkak tu ada jangkitan kuman, bukannya disihir Mona. Saya juga tidak pakai `pendinding' seperti dakwaan sesetengah pihak kononnya ia perlu ketika berdepan Mona dalam menyelesaikan kes pembunuhan Mazlan.
Sebenarnya, apabila kami (polis) menemui kepala arwah Mazlan, saya masih terbayang-bayang, tapi tidaklah sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dulu, banyak kes pembunuhan, mangsa dicampakkan ke dalam sungai, tasik atau lombong. Apabila kita menemui mayat, keadaannya sangat mengerikan. Itu juga membuatkan saya sering terbayang-bayang.
Isteri selalu mengingatkan saya, apabila dia tahu saya pulang ke rumah selepas siasatan kes bunuh... dia mesti suruh saya mandi dulu sebelum jumpa atau pegang anak-anak. Anak-anak pula masih kecil. Bagi saya, petua tu betul.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 10:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah jampi
Satu hari ketika bertugas di Perak dulu dan menghadiri satu perbicaraan, seorang majistret sempat menasihati saya supaya masuk mahkamah ikut pintu belakang. Dia kata, kawasan tangga di depan mahkamah, ada orang sudah jampi untuk `mengenakan' diri saya. Bagi saya, nasihat yang baik, saya turuti saja.
Bagaimanapun, saya percaya, jika kita tak berdosa, Tuhan tak makbulkan doa untuk menjahanamkan orang lain. Bagi saya, dalam menyelesaikan apa kes sekali pun, saya berpegang kepada prinsip supaya kita yakin, berdoa dan tawakal, insya-Allah Tuhan akan mengiringi kejayaan kita.
Saya masih ingat, sebuah van keselamatan disamun di Tapah, Perak. Salah seorang suspek dilihat berada di Kelantan. Dia membawa satu guni putih bersamanya dan dilihat masuk ke sebuah kebun getah. Tapi apabila dia keluar, guni tu dah tak ada. Saya berpendapat, mungkin dia tanam guni itu di dalam kebun getah.
Saya arahkan anggota di Tanah Merah pergi cari guni tu, tapi tak jumpa. Saya tak yakin, mesti ada. Keesokannya saya bersama satu platun masuk kebun getah yang dibahagikan kepada beberapa kawasan atau petak kecil. Setiap anggota ditugaskan mencari di setiap bahagian. Tetapi di tempat saya berdiri dan belum ada orang lain di situ, saya pun minta anggota mencarinya di petak itu.
Cari-cari, buang daun, akhirnya anggota saya menemui tanah yang seperti baru digali. Gali-gali, akhirnya jumpa guni tu yang ditanam bersama duit. Anggota saya melawak... saya dah tahu ada duit di situ, mengapa kerah mereka cari satu kebun? Itu baru satu contoh, kononnya orang kata saya ada ilmu.
Yang kedua, kes Bentong Kali. (pembunuh kejam, perompak serta pengedar dadah paling dikehendaki atau nama sebenarnya Kalimuthu Pakirisamy. Bentong Kali ditembak di Medan Damansara pada tahun 1993). Bentong Kali pergi ke satu kedai kopi di Rawang. Ada pergaduhan pada tengah malam itu dan dua orang mati.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih tt..sambung lagi ye..info
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 10:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lengkong replied at 3-12-2020 10:28 PM
Terima kasih tt..sambung lagi ye..info
Sama2 sis. Nak gi makan sekejap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 10:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 3-12-2020 09:43 PM
Masuk jadi ASP 2 tahun terus jadi ketua polis daerah..mmg hebat la.
Mungkin sebab beliau memang berkelayakan dan masa tu tak ramai anak watan yang menjawat jawatan ASP.
Kalau tengok filem Hantu Rimau keluaran tahun 1960, S. Roomai Nor memegang watak ASP Latiff Ismail. Boleh dikatakan sebagai satu penghormatan kerana tak ramai anak Melayu yang menjawat jawatan pegawai Polis Singapura.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 3-12-2020 10:34 PM
Mungkin sebab beliau memang berkelayakan dan masa tu tak ramai anak watan yang menjawat jawatan AS ...
Dia settle kes mmg besar2..dulu ingat dia jadi KPN.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 11:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kesan tembak
Saya dapat maklumat, kematian itu bukan saja disebabkan tetakan, sebaliknya ada kejadian tembak menembak. Saya tanya anggota polis, ada ke kejadian tembak...mereka kata, tak ada. Tak mengapalah, mungkin ada kesilapan. Saya suruh cari kelongsong peluru, tak jumpa. Akhirnya selepas bedah siasat ada kesan tembakan di kepala mangsa.
Anggota saya takut kena marah, dah tengah malam baru beritahu, memang ada kejadian tembak. Cari-cari kelongsong, tak jumpa. Esoknya saya minta anggota tunggu di tempat kejadian, saya sendiri nak pergi. Kebetulan pagi tu saya akan terbang ke Manila untuk satu persidangan. Saya pun pergi, siap baju kot. Sekali lagi di tempat kejadian, saya minta anggota buat bahagian kecil atau petak, cari kelongsong.
Mereka pun cari, tak jumpa. Sekali lagi, akhirnya tempat saya berdiri, anggota saya jumpa kelongsong. Dah ada dua contoh... mereka kata saya memang dah tahu kelongsong tu berada di mana.
Satu lagi kejadian di sebuah kedai pajak gadai di Kota Tinggi. Berlaku juga kejadian tembak di situ membabitkan seorang anggota yang mati ditembak selepas melakukan siasatan di kedai berkenaan. Ketika itu saya berada mesyuarat di Singapura. Sekali lagi kelongsong peluru tak jumpa. Saya kata mesti ada jika senjata yang digunakan (jenis) automatik. Saya kata cari dulu, jangan cakap tak ada.
Saya minta anggota cari di bawah almari, cari-cari jumpa kelongsong di situ. Sekali lagi anggota saya beritahu, kenapa menyusahkan mereka, sedangkan saya dah tahu di mana kelongsong itu. Jadi, selepas insiden demi insiden, orang kata saya ni ada `membela', ada hantu. Tak betul! Sebenarnya sebagai pegawai penyiasat, kita perlu tahu fakta kes dan motif. Elemen bernasib baik ini, kecil saja, satu peratus, sebaliknya 99 peratus adalah kerja keras.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 3-12-2020 11:24 PM
Kesan tembak
Dia boleh agak lokasi berdasarkan pengalaman. Bila dah selalu handle kes, lama2 jadi biasa, tengok je pun dah tau. Mcm apa-apa technical skill pun, bila dah biasa buat, biasa troubleshoot, lama2 kita tengok saja pun dah tau apa masalah ka, apa punca ka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 3-12-2020 02:34 PM
Mungkin sebab beliau memang berkelayakan dan masa tu tak ramai anak watan yang menjawat jawatan AS ...
Masa nak masuk polis siap kena cerca dgn ketua balai tu kan suruh he & kawan ddia balik. Result sekolah dieorg elok sgt membazir masuk polis. Tapi he tak mapu masum UM join jgk la polis tu. Sekolah pun VI kot, mmg bijak pandai la |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2020 11:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Antara kes yang menarik ni penawanan Menara AIA oleh Tentera Merah Jepun (JRA) - 1975.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh i pon igt bliau ni kpn msa i kecik2 dlu. Bkn upanya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|