View: 3590|Reply: 2
|
Selamat Tinggal Xin Xing - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Xin Xing
Beijing: Xin Xing, panda tertua di dunia dilaporkan mati pada usia 38 tahun di Zoo Chongqing di barat China.
Portal New York Post melaporkan panda itu adalah nenek dan moyang kepada puluhan spesies panda dan digelar ibu pahlawan.
Dilaporkan, usianya itu dianggarkan menyamai seperti manusia yang berusia kira-kira 130 tahun.
Pengumuman berita kematian haiwan itu dibuat Isnin lalu melalui akaun WeChat zoo berkenaan selepas dua minggu haiwan itu dilaporkan mati.
Panda yang namanya bermaksud 'bintang baru' dilaporkan mempunyai 36 anak yang kebanyakannya tinggal di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.
Xin Xing dilahirkan ketika musim panas pada 1982 di tempat perlindungan panda di Baoxing, Sichuan.
Ia dibawa ke Zoo Chongqing sebelum usianya belum setahun.
Awal tahun ini, Xin Xing menyambut ulang tahunnya yang ke-38 pada Ogos dengan dihidangkan kek diperbuat daripada makanan kegemarannya, termasuk rebung dan buah.
Pada masa itu, penjaganya, Zhang Naicheng, 56, berkata, panda itu seperti ahli keluarga kerana mereka sering menghabiskan masa bersama-sama. "Saya (sebenarnya) ingin terus menjaga dan membantunya untuk hidup sekurang-kurangnya 40 tahun.
"Kami tua bersama dan menjadikannya panda paling lama hidup," kata Zhang kepada iPandaNews.com tahun lalu.
Sebelum ini, seekor panda lain diberi nama Jia Jia dilaporkan mati pada 2016 juga pada usia 38 tahun.
Xin Xing dikesan sering lesu dan hilang selera makan pada Oktober lalu, sebelum sukar bernafas dan mengalami ketidakseimbangan dan bengkak perut.
Pakar perubatan cuba merawat haiwan itu namun tidak berjaya.
Hasil bedah siasat mendedahkan haiwan itu mati kerana kegagalan beberapa organ kerana faktor usia.
Dianggarkan, terdapat kurang daripada 1,900 panda gergasi yang masih hidup di dunia, yang kebanyakan tinggal di hutan di barat daya China. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|