CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1527|Reply: 0

GP Malaysia 2021 Bergantung Situasi Semasa COVID-19

[Copy link]
Post time 15-1-2021 10:10 AM | Show all posts |Read mode

Azhan berharap PKP berakhir secepat mungkin bagi bolehkan aktiviti sukan permotoran disambung.


Berita Harian

Sukhairi Thani
[email protected]

KUALA LUMPUR: Sama ada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2021 dapat dilangsungkan mengikut jadual ataupun sebaliknya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung Oktober depan bergantung kepada situasi semasa pandemik COVID-19.

Perlumbaan musim lalu terpaksa dibatalkan susulan penularan virus berkenaan dan kemungkinan bakal berdepan keputusan sama seandainya situasi semasa pada ketika itu masih berada dalam keadaan membimbangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata pihaknya mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum memuktamadkan perlumbaan.

"Sekarang ini, katakan (sebagai contoh) dalam Oktober atau November kes (COVID-19) meningkat dan kita bergerak ke arah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi kita kena ikut kepada SOP (Prosedur Operasi Standard) ketika itu.

"Katakan juga sekiranya kita berada dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ataupun PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), mungkin kita akan berbincang lebih lanjut (dengan pihak berwajib) untuk meneruskan GP Malaysia ataupun sebaliknya," katanya dalam sidang video hari ini.

Baru-baru ini, pihak penganjur MotoGP, Dorna Sports, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan Persatuan Pasukan Perlumbaan Antarabangsa (IRTA) mengumumkan pembatalan Ujian rasmi musim sejuk Kejuaraan MotoGP Dunia 2021 dan ujian percubaan dari 12 hingga 21 Februari di SIC susulan keadaan semasa COVID-19 di Malaysia. Dalam pada itu, Azhan Shafriman atau lebih selesa dipanggil Shaf berkata, pihak SIC sebenarnya sudah mempunyai langkah keselamatan yang bakal diguna pakai untuk ujian berkenaan dan bagi penganjuran perlumbaan yang lain.

"Lokasi (SIC) strategik. Siapa yang datang dari luar negara, tiba di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan kita boleh bekerjasama dengan pihak hotel seperti Sama-Sama dan peserta akan hanya bergerak dari hotel ke litar saja.

"Itu adalah perancangan kita untuk ujian musim sejuk MotoGP tetapi malangnya dengan keadaan semasa, kita tak boleh teruskan. Kita juga sudah ada beberapa perancangan untuk tahun ini bermula dengan gelembung sukan bagi penganjuran antarabangsa mahupun tempatan.

"Harapan kita adalah untuk dapat keluar daripada PKP ini secepat mungkin dan bila berada dalam PKPB ataupun PKPP, kita boleh terus melangsungkan SOP untuk sukan permotoran. Harap tahun ini, sebab perancangan yang kita lakukan ini adalah untuk dilangsungkan dalam keadaan biasa.

"Namun, memandangkan sekarang ini PKP, kita tak boleh buat apa-apa dan kena tunggu sehingga keadaan bertambah baik. Kita berharap kes dapat diturunkan dan kembali menyambung sukan permotoran di Malaysia," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list