View: 7496|Reply: 13
|
[Tempatan]
"Aboh rehat okay, dunia terlalu kejam buatmu' - Anak lelaki OKU yang dibelasah di pasar tani
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – “Aboh rehat okay, kita semua sayang aboh,” demikian luahan anak kepada lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental yang cedera dibelasah di Padang Astaka, Chukai, Terengganu, kelmarin.
Menerusi hantaran TikTok Aty, wanita tersebut turut berkongsi gambarnya bersama bapa semasa majlis nikah berserta luahan tersebut.
“Semoga Allah permudah segala urusan kita sekeluarga. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Rehatlah abah, dunia terlalu kejam buatmu,” katanya.
Dia turut menjawab pertanyaan orang ramai yang bertanyakan hal berkaitan bapanya.
“Ya (aboh) masih di sana (Hospital Sultanah Nur Zahirah) dalam rawatan. Doktor tak bagi lagi melawat, apa-apa nanti saya ‘update’ (kemas kini),” katanya.
Seorang lagi anak kepada lelaki OKU tersebut menerusi TikTok Hana turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhan bapanya.
“Terima kasih yang mana mendoakan kesihatan ayah saya dan ingin menolong keluarga kami. Kami sekeluarga hargai sangat-sangat, ayah kami berada di hospital tengah menerima rawatan. Sekali lagi terima kasih,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen pula, selain ramai yang mendoakan kesihatan lelaki tersebut, ada juga berkongsi pengalaman menjaga keluarga mereka yang OKU kategori mental.
“Ayah saya juga OKU mental, tiap-tiap bulan perlu dapatkan rawatan doktor. Kami bangga dengan ayah kami, saya faham sangat-sangat. Tapi orang takkan faham, mereka menghakimi OKU ni normal juga pemikiran,” kata seorang pengguna TikTok.
“Saya ada adik OKU mental macam ni, tapi jujur saya cakap hati saya makin cepat tersentuh. Saya sedih sangat bila isu macam ni dijadikan satu contoh depan anak muda,” komen individu lain.
“Ayah dia sakit macam ayah aku. Aku tahu macam mana bila orang sakit mental OKU ni dia nampak normal, tapi bila datang sakit, dia tak boleh nak kawal ikut perasaan dia. Datang sihat, dia sihat,” kata seorang lain pengguna TikTok.
Kelmarin Kosmo! melaporkan, gara-gara menunggang motosikal di tapak pasar tani sehingga terlanggar sebuah gerai dan menyebabkan makanan jualan terjatuh, seorang lelaki OKU kategori mental cedera dibelasah di Padang Astaka, Chukai.
Dalam insiden pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun dikatakan dipukul dan diterajang oleh beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan pasar tani terbabit.
Susulan itu, tiga lelaki termasuk seorang peniaga berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan polis pada pukul 8 malam hari yang sama bagi membantu siasatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar dilaporkan berkata, mereka ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Masa untuk mencapub sementara isu tengah trending.
Wartawan cari sila buka 3 thread ya. Guna nick lain2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau google nama pakcik ni thn lps dia ada kes belasah bini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm.teruk jugak dia kena balun.tapi aku malas nak husnuzon sebab pernah ade kes pukul binik.aku rasa penduduk dekat situ mcm berdendam dekat jantan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Caption anaknya pun mengundang betul.
"Rehatlah abah, dunia terlalu kejam buatmu"
Aku ingatkan dah arwah pokcik ni bila baca caption anaknya. Kot ye pun tulis la "semoga Allah beri kesembuhan kepada aboh". |
|
|
|
|
|
|
|
tambat je lah bapak kau kat rumah... dasarrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tengah cari video yg org cakap aboh dia bawak motor dkt traffic light mcm lampu traffic tu aboh dia yg punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 19-1-2025 01:45 PM
Caption anaknya pun mengundang betul.
"Rehatlah abah, dunia terlalu kejam buatmu"
Iols pun ingatkan dah arwah..
Plus, tajuk umpama anak laki yg kena blasah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau OKU kenapa dibiarkan bawak kenderaan. Bahaya utk orang ramai ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 ubat utk pesakit mental ni kena bagi depa hisap ganja, gam, heroin, etc...sebab kepala otak mereka kacau |
|
|
|
|
|
|
|
Yg memukul mmg patut dihukum. Kesian. Moga pakcik cpt sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Yg mak kena belasah dgn aboh apa cer |
|
|
|
|
|
|
|
dedua patut dihukum.
yg belasah dgn yg bawak motor mcm dunia dia yg punya, sbb guna kad bole claim mental, lepas nanti buat hal trigger lagi org lain pastu kena pukul netizen pun beramai pakat sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah ade jiran ad kad oku mental..time die mengamuk pernah baling pasu, sikit lg nak kene kepala aku, aku time tu kat luar rumah..adoiii
Lepas tu selamba je ckp, kalau die trmbak org, xkene ape sbb ade kad oku..samseng tuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|