Keadaan lori mangsa yang remuk selepas terbabit dalam nahas dengan sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Kluang - Batu Pahat, di sini pagi tadi. - NSTP/Ihsan Bomba
Beria Harian
Essa Abu Yamin
[email protected]
BATU PAHAT: Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lori dan treler di Jalan Kluang - Batu Pahat dekat sini, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kemalangan jam 6.28 pagi itu, mangsa yang juga pemandu lori membawa muatan peralatan bengkel, Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
"Dua kelindannya, Deli Mustapha, 59, dan Sadam Hussin Hamidon, 30, turut terbunuh akibat cedera parah di anggota badan kerana tersepit di bawah lori.
"Manakala pemandu treler, Saiful Nizam Mansor, 39, yang membawa muatan simen berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati tiga mangsa tersepit dalam remukan lori 3 tan yang dinaiki, menyebabkan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas mengeluarkan mangsa yang tersepit sambil dibantu sebuah kren.
"Ketiga-tiga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya.
"Seramai 18 anggota dan dua jentera FRT serta satu jenteraEMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dan BBP Kluang dihantar ke tempat kejadian.
"Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 8.43 pagi, katanya. |