CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3722|Reply: 3

5 Langkah Latih Si Comel Untuk Guna Litter Box

[Copy link]
Post time 24-2-2021 07:52 PM | Show all posts |Read mode
5 Langkah Latih Si Comel Untuk Guna Litter Box

Kebiasaan bagi mereka yang memelihara kucing, tentunya akan melatih kucing menggunakan litter box atau kotak pasir. Sememangnya merupakan satu cabaran yang besar, lebih-lebih lagi jika berasal dari kucing jalanan.

Justeru itu, kami cuba kongsikan lima perkara yang boleh membantu anda jika si comel enggan menggunakan litter box.

1. Jaga kebersihan persekitaran litter box




Elakkan pasir dan kawasan pasir kotor. Kucing akan berasa tidak selesa jika kotak pasir mereka bersepah, kotor dan busuk. Caranya, pastikan korang bersihkan ‘hasil buangan’ mereka sekali sehari. Selepas itu, lapkan tempat itu dengan sabun dan semburkan wangian yang bersesuaian.

2. Letakkan litter box di lokasi strategik



Cari lokasi strategik untuk meletakkan litter box dan kalau boleh elakkan tempat yang terlalu terasing dan jauh.

3. Jangan di ubah kedudukan litter box



Anda seorang yang suka menghias rumah? Ubah lah apa sahaja anda mahukan asalkan bukan litter box mereka. Ini kerena si bulus tidak suka pada perubahan.

4. Sediakan tambahan litter box jika ada lebih dari seekor kucing




Jika mempunyai lebih dari seekor kucing, pastikan membeli lebih dari satu litter box juga. Ia untuk memastikan keselesaan kucing-kucing korang.

5. Tukar litter box baru




Jika kucing korang terlihat masih membuang merata-rata, tiba masa untuk korang mencari litter box yang baru kerana mengikut fakta, kucing lebih gemar akan tempat yang kering dan lembut.

Bonus – [Tips hilangkan bau busuk]
Psst…Kami juga nak kongsikan tips dekat korang, cara bagaimana hilangkan bau busuk atau hancing kencing kucing di ruangan kediaman, apatah lagi kalau terkena pada sofa, permaidani, tilam mahupun dinding rumah kita.




Cara penyediaan bahan:

7-10 titis cuka makanan (sebab kucing tak suka bau masam)
¼ penutup pelembut kain (tak kisah brand apa)
Air paip (agak dah sampai penuh bekas spray tu dah cukup)
Dalam masa yang sama, ada juga yang menggunakan bahan berasaskan serai atau lada hitam untuk menghilangkan bau dan mengelakkan si comel membuat perangai yang sama di tempat lain.

Selamat mencuba!

Sumber: ASTRO AWANI KELUARGA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 08:20 PM | Show all posts
Dahulu pernah bela kucing, memang kucing tersebut asal nak buang air akan ke toilet, tipsnya ialah diletakkan kucing tersebut di dalam bilik air daripada pukul 12 tgh malam hingga subuh. Jika menjadi kucing tersebut akan menggunakan toilet kita untuk buang air kecil dan besar
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047293 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list