Tak Suka Bau Pisang, Ini 10 Bau Paling Dibenci Kucing
Tahukah anda, ada beberapa bau yang paling dibenci kucing sebenarnya? Kucing antara haiwan yang mempunyai deria bau yang sangat kuat, jadi bahagian hidung mereka adalah sangat sensitif. Oleh sebab itu lah, kucing tidak menerima bau dengan cara yang sama dengan manusia. Kucing sangat tidak suka dengan bau pisang dan ini mungkin disebabkan oleh potassium di dalam pisang. Ini dapat meniru bau ubat yang dibuat dengan potassium chloride. Cuba gosokkan kulit pisang pada perabot yang sering dicakar oleh kucing anda. KreditSelain pisang, buah sitrus juga adalah bau buah yang dibenci oleh kucing. Sebenarnya, salah satu cara untuk menjauhkan kucing dari tempat tertentu adalah dengan menyemburkan semburan sitrus di sekitar kawasan tersebut untuk mengelakkan kehadiran mereka.
Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tidak mempunyai bau yang kuat bagi manusia, kucing mempunyai pendapat yang berbeza. Beberapa jenis sayur seperti tomato dan bawang boleh menyebabkan sistem bauan mereka terganggu.
Jangan cuba memberi kucing anda makan ikan yang telah busuk. Dia tidak akan menyukainya dan walaupun anda berjaya membuatnya memakannya, ia mungkin akan membuatnya sakit. KreditWalaupun mereka tidak kisah dengan bau kucing yang mereka kenal tetapi bau kucing baru di dalam rumah dapat membuatkan mereka berasa gementar dan risau. Kucing yang menyedut bau ini boleh jadi sangat menjengkelkan pada hidung mereka. Pudina juga boleh menjadi toksik kepada kucing jika dimakan dalam jumlah yang banyak. Kucing tidak menyukai bau dari bahan kimia pembersih rumah termasuk sabun dan penyegar udara. Bahan kimia dalam pembersih ini terlalu ‘kuat’ untuk hidung sensitif kucing anda dan dia akan mengelakkan kawasan di mana mereka telah disembur.
KreditDeria bau kucing yang sensitif terganggu oleh banyak aroma bunga. Lavender, walaupun wangi untuk manusia tetapi ianya tidak bagi kucing. Anda boleh menggunakannya sebagai pencegah tetapi berhati-hati kerana terlalu banyak lavender boleh menjadi toksik bagi kucing. Kucing bukan penggemar makanan pedas dan aromanya tidak akan menggembirakan kucing anda. Walaupun ada kucing yang boleh makan lada yang lebih manis seperti paprika. Mungkin salah satu bau yang paling dibenci kucing adalah litter box yang kotor. Sekiranya pasir mereka sudah lama tidak dibersihkan, kucing anda mungkin memberontak dan mula menggunakan tandas di tempat lain yang kurang sesuai.
|