CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4398|Reply: 7

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

[Copy link]
Post time 8-3-2021 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Di zaman lebih maju kini, nak isi petrol di stesen minyak pun boleh guna telefon je. Ya, melalui aplikasi Setel, korang boleh isi minyak tanpa pergi ke kaunter. Lebih cepat dan lebih mudah. Ikuti cara menggunakannya disini.

Dengan adanya aplikasi ini untuk isi minyak petrol di petronas, kini anda boleh bayar melalui 3 kaedah iaitu buat bayaran terus ke kaunter, bayaran menggunakan kad debit/kredit di pum minyak atau bayar melalui aplikasi Setel hanya di dalam kereta sahaja. Rasanya buat masa ini, hanya di Petronas sahaja boleh digunakan. Tiada lagi di Shell ke Petron, Caltex atau dimana-mana.

Selain daripada memudahkan urusan pembayaran, aplikasi ini juga boleh disambungkan dengan Kad Mesra bagi mengumpul Mesra point untuk tebus pelbagai hadiah seperti baucer petrol, makanan, servis, kesihatan, tempat menarik dan sebagainya.

Jadi jika anda memang pengguna stesen Petronas, mungkin anda boleh ubah cara pembayaran selepas ini iaitu dengan menggunakan aplikasi Setel. Sini aku tunjukkan cara nak guna. Mudah, senang dan easy je weh! Dah Tahun 2021 kan.

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Minyak Di Petronas
Sebelum itu, anda perlu download terlebih dahulu aplikasi Setel di Google Play Store, Huawei App Gallery atau Apple App Store sebelum menggunakannya. Kemudian anda perlu daftar dengan KLIK SINI dan ikut arahan yang ditetapkan. Jangan lupa masukkan kod yqtb6 untuk dapatkan RM5 percuma

Langkah 1) Jika sudah selesai daftar, pergi pada "Payments" terlebih dahulu untuk topup duit masuk ke dalam aplikasi Setel.


Langkah 2) Klik "Top-up" > masukkan jumlah yang anda nak masukkan dan kemudian pilih bayar guna kad atau guna online banking (maybank, CIMB, Amband, RHB dan banyak lagi). Ikut arahan pembayaran seterusnya.


Untuk Mula Pam Minyak
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda wajib berada di mana-mana stesen minyak Petronas. Baru pembayaran akan diaktifkan. Kesemua langkah ini, anda buat dalam kereta sahaja, tak perlu keluarkan telefon daripada kereta. Lebih selamat.

Langkah 1)  Jika sudah sampai di petrol pump, akan terpapar "Purchase Fuel". Barulah anda boleh mula bayar dan isi minyak. Jika sudah, klik pada butang tersebut dan klik "Got It"


Langkah 2) Pilih "nombor pump" dimana kereta anda berada. Ada terpapar pada pam minyak tersebut. Kemudian pilih jumlah bayaran yang anad ingin buat berdasarkan RM atau LITER atau FULL TANK. Jika sudah, klik "PAY"


Langkah 3)  Masukkan nombor pin yang anda telah tetapkan sebelum ini
Langkah 4) Jika sudah keluar "Start Refuelling Now", boleh keluar kereta dan start pam minyak ke kereta anda sehingga selesai. Tak perlu ke kaunter.


Langkah 5)  Jika sudah selesai, letak semula nozzle pump dan masuk ke dalam kereta dan selesai!



Dari sini, anda boleh dapatkan resit penuh dengan cara download PDF pada link yang disediakan. Dalam masa sama juga, anda dapat Mesra Point

Sumber : www.aimanabdullah.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 08:39 PM | Show all posts
memang mudah...takpayah nak keluar kete.....AHAHHAHHAA...

lepas tu dpt digital receipt...dpt points...xpayah cucuk2 kad petronas dekat mesin

setakat ni xde masalah lagi guna
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you so much!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 03:17 PM | Show all posts
sejak guna setel ni mmg tak melangkah ke kaunter langsung...mmg convenient ah app ni, malas nk pergi stations lain dh, gi petronas je senang
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 03:23 PM | Show all posts
gaokopi replied at 23-4-2021 03:17 PM
sejak guna setel ni mmg tak melangkah ke kaunter langsung...mmg convenient ah app ni, malas nk pergi ...

tula, lagi2 musim covid ni better bayar dkt petrol pump tu je...takyah gi counter dah. baru2 ni aku download app tu, baru aku tahu kalau link dgn mesra card dpt 10x points, perks dia mmg berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 01:32 PM | Show all posts
abnegation replied at 23-4-2021 03:23 PM
tula, lagi2 musim covid ni better bayar dkt petrol pump tu je...takyah gi counter dah. baru2 ni ak ...

mcm mana nk claim points tu? boleh guna mesra card lama ke kalau dh ada?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2021 01:45 PM | Show all posts
sabunkk replied at 26-4-2021 01:32 PM
mcm mana nk claim points tu? boleh guna mesra card lama ke kalau dh ada?

kau kena download app tu dulu, guna code c-tenx ..ya, kau boleh guna card mesra kau yg lama tu je. nnti next time kau bayar minyak ke, beli apa2 kat kedai mesra, beli setel top up atau beli Delivery2go kau guna app Setel tu kau akan dpt 10 kali ganda points utk setiap RM1 pembelian   better kau download cpt2 ah sbb tempoh reward ni sampai 30 june je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 01:49 PM | Show all posts
abnegation replied at 26-4-2021 01:45 PM
kau kena download app tu dulu, guna code c-tenx ..ya, kau boleh guna card mesra kau yg lama tu je. ...

yekeee aihh berbaloi gak tu...rugi je aku bayar kat counter cam biasa tak dpt la 10x points. oklah nnti aku try, thanks for the info!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.357929 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list