CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 0

Nah Kau Resepi Sambal balado

[Copy link]
Post time 23-4-2021 05:07 AM | Show all posts |Read mode
Sambal balado Seberang. Confirm tak cari resepi lain dah


Siapa peminat sambal wajib cuba resipi yang dikongsikan Mazliana Mazlan ini. Resipi sambal balado yang diperoleh dari sahabat yang berasal dari Indonesia ini dikatakan antara yang terbaik pernah dinikmati.

Rasanya sangat padu dan boleh dipelbagaikan dalam masakan.

“Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia. Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado.

Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.


“Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.

“Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.

Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau! Resepi sambal balado ala Indonesia (Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)”

Bahan :



1 biji Bawang besar

1 biji tomato

3 ulas bawang putih

3 biji cili merah

3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)

2 inci belacan

2 sudu besar gula

Garam secukup rasa

Minyak



Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil.

Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.


Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini.

Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye.

Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.


Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.

Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.



Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.

Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.

Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.

Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.




Sumber:https://mykmu.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.134453 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list