View: 2920|Reply: 3
|
5 Makanan Jepun Sedap Perlu Anda Cuba (Rugi Tak Try)
[Copy link]
|
|
5 Makanan Jepun Sedap Perlu Anda Cuba (Rugi Tak Try)
Sushi bukan satu – satunya hidangan Jepun yang popular. Banyak lagi makanan Jepun yang boleh anda nikmati jika mengembara ke negara matahari terbit ini. Malah, ia mempunyai banyak makanan yang unik serta segar dan boleh dimakan mentah.
Bagi anda yang ingin mengembara ke Jepun, marilah lihat senarai makanan yang boleh anda cuba jika melancong ke Jepun. Sekiranya anda memang berani makan hidangan mentah, Jepunlah tempat yang terbaik untuk anda cuba.
#1. Sushi
Sushi merupakan hidangan yang paling bercirikan Jepun. Ia merupakan gabungan nasi, cuka, garam dan gula serta pelbagai ramuan segar bermusim yang terdiri daripada makanan laut, sayur-sayuran, cendawan, telur dan daging.
\
Sushi secara tradisinya diperbuat daripada beras putih dan bukannya beras perang mahupun beras pendek. Sushi hendaklah dimakan menggunakan tangan. Pada suatu tika dahulu, sushi merupakan sejenis makanan yang mahal dan melampaui kemampuan rakyat biasa.
#2. Takoyaki
Takoyaki merupakan makanan ringan atau snek Jepun yang berbentuk bulat. Ia diperbuat daripada adunan tepung gandum serta diisi dengan sotong kurita cincang, bawang besar dan halia jeruk yang dimasak menggunakan kuali khas.
Biasanya ia dihidangkan bersama sos takoyaki yang seakan sos Worcestershire dan mayonis. Ia turut ditaburkan dengan aonori dan bonito kering. Di Malaysia, terdapat juga takoyaki yang diisi dengan ayam dan udang.
#3. Mochi
Mochi merupakan kuih Jepun yang diperbuat daripada mochigome iaitu sejenis beras pulut japonica pendek. Ia kemudiannya ditumbuk sehingga lembut dan meleket. Ia kemudiannya dibentuk menjadi bulat.
Di Jepun, ia dibuat secara tradisional dan sering dimakan semasa perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun . Walaubagaimanapun, kuih ini turut dijual di kedai – kedai kuih di sepanjang tahun.
#4. Masuzushi
Masu Zushi adalah hidangan rakyat tempatan di wilayah Toyama. Ia diperbuat daripada ikan trout masin yang ditekan bersama nasi dan dibaluti dengan daun buluh. Proses ini memberikan rasa serta tekstur yang berbeza berbanding sushi biasa.
Sedikit cuka ditambah pada nasi yang akan dijadikan masuzushi. Setelah kesemua bahan dicampurkan dan dibaluti daun buluh, sushi ini akan ditekan sehingga menjadi bentuk kek. Kemudian, ia dipotong dalam bentuk segi tiga yang menjadikan ia kelihatan seperti pai sushi kecil.
Masuzushi ini boleh dinikmati di restoran sushi atau kedai bento di Toyama.
#5. Oyaki
Oyaki merupakan sejenis makanan tradisional Jepun yang berasaskan tepung soba, sayur-sayuran, kicap dan sos miso kemudian dibakar menggunakan arang.
Oyaki merupakan sejenis dumpling yang seakan Gyoza. Bandar Nagano menjadi pengeluar utama makanan ini.
Sumber:https://saji.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I suuuuuuuka takoyaki. Waktu dulu makan dekat susiking baru rm3.50 satu bowl ada 5 biji. Now harga dia boleh buat I yang sopan ini terasa nak memaki. |
|
|
|
|
|
|
|
i loike okonomiyaki |
|
|
|
|
|
|
| |
|