CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1585|Reply: 5

[Sarawak] SOP Aidilfitri: Sambutan dipendekkan tiga hari

[Copy link]
Post time 6-5-2021 08:26 PM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Majlis Islam Sarawak hari ini (5 Mei) memaklumkan mengenai memendekkan tempoh sambutan atau ziarah Hari Raya Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Garis Panduan sambutan Aidilfitri yang dikeluarkan ia sebelum ini iaitu pada Selasa (4 Mei) membenarkan umat Islam menyambut atau ziarah selama tujuh hari - 1 hingga 7 Syawal.
Bagaimanapun menerusi kenyataan yang dimuatnaik menerusi laman sesawang rasminya, tempoh sambutan itu dipendekkan kepada tiga hari - 1 hingga 3 Syawal.
Garis Panduan lain tiada perubahan. Majlis Islam Sarawak masih mengekalkan had sambutan atau ziarah hanya untuk ahli keluarga terdekat.
Antara lain yang dibenarkan ialah solat sunat Aidilfitri di semua masjid, surau, musala dan premis yang mendapat kebenaran Majlis Islam Sarawak sahaja dan bilangan jemaah dibolehkan adalah berdasarkan had kapasiti ruang keluasan masjid atau surau dengan penjarakan fizikal satu meter.

"Majlis Islam Sarawak mengambil maklum bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan dan disambut oleh seluruh umat Islam setelah berakhirnya Ramadan.
"Bagaimanapun dalam suasana wabak COVID-19 masih menular, Majlis Islam Sarawak menyeru seluruh umat Islam di Sarawak agar mematuhi arahan Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia dan perkara-perkara yang diputuskan oleh Majlis Islam Sarawak," kata kenyataan itu.

kredit : utusan borneo 05/05/2021

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2021 08:45 PM | Show all posts
Hanya ziarah dibenarkan, tiada rumah terbuka



ASAJAYA: Hanya aktiviti ziarah ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan pada Hari Raya Aidilfitri dan bukan aktiviti rumah terbuka, tegas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Adun Asajaya itu berkata, beliau sedia maklum akan perkara tersebut yang menjadi perbincangan masyarakat di media sosial selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) mengeluarkan garis panduan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan aktiviti menziarah kubur.

“Aktiviti rumah terbuka tidak dibenarkan, tetapi menziarahi atau berkunjung ke rumah ibu bapa serta ahli keluarga terdekat dibenarkan pada tempoh yang ditetapkan itu.

“Ini bagi memberi peluang kepada mereka berkunjung atau berziarah ke rumah ibu bapa pada Hari Raya Aidilfitri, tetapi bukan rumah terbuka,” katanya.

Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mei 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 08:47 PM | Show all posts
org sibuk dengan hari raya.....tiada pula ttg pesta keamatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2021 08:50 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 6-5-2021 12:47 PM
org sibuk dengan hari raya.....tiada pula ttg pesta keamatan

lepas raya nanti ada lah tu sop pesta keamatan dan gawai dayak
harap lepas ni kes menurun tapi tengok dlm 2 minggu ni mcm naik jer

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:15 AM | Show all posts
Apalah beza nya ...

menziarahi atau berkunjung ke rumah ibu bapa serta ahli keluarga terdekat dibenarkan pada tempoh yang ditetapkan itu.
Covid tu tau ka beza nya  ... mana kengkawan ..mana keluarga terdekat ...
lawat keluarga adik abang akak A ... pastu pergi ke adik abang akak B pula ... dan seterus nya ...


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:17 AM | Show all posts
Vellfire replied at 6-5-2021 08:50 PM
lepas raya nanti ada lah tu sop pesta keamatan dan gawai dayak
harap lepas ni kes menurun tapi te ...
Jika raya boleh 3 hari ...
mesti yang lain2 nak menyambut Gawai nanti akan mintak 3 hari juga ...



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.175614 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list