View: 1494|Reply: 5
|
[Sarawak]
Covid-19 06/05/2021
[Copy link]
|
|
COVID: 391 kes baharu, lima kematian di Sarawak
KUCHING: Sarawak mencatatkan 391 kes baharu COVID-19 dengan daerah Sibu merekodkan kes tertinggi iaitu 88, diikuti Bintulu (55) dan Miri (50).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kapit pula 33 kes, Kuching (26), Selangau (23), Sri Aman (19), Samarahan (11) dan Kanowit (11).
Manakala lain-lain kes dikesan di Sarikei (10), Mukah (10), Pakan (8), Julau (7), Subis (6), Serian (6), Meradong (5), Tebedu (5), Bau (4), Sebauh (3), Tatau (3), Song (3), Saratok (2), Betong (1), Daro (1) dan Belaga (1) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33,477 kes.
“Daripada 391 kes yang dilaporkan, 256 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 51 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.
“Manakala 48 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan, 35 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan satu kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain dalam Malaysia,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan terdapat lima lagi kematian menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 setakat ini 195 orang. Kes kematian ke-191 katanya melibatkan lelaki berumur 44 tahun yang telah digegaskan ke klinik kesihatan di Bintangor apabila ditemui tidak sedarkan diri di rumah. Lelaki tersebut meninggal dunia pada 2 Mei di klinik berkenaan.
Bagi kes kematian ke-192 ia melibatkan lelaki berumur 79 tahun yang telah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu apabila mengalami sesak nafas. Untuk kes kematian ke-193 melibatkan lelaki berumur 75 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sarikei kerana mengalami sesak nafas. Kes kematian ke-194 melibatkan lelaki berumur 71 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Bintulu kerana mengalami sesak nafas dan juga kurang responsif. Kes kematian ke-194 pula melibatkan perempuan berumur 79 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak hasil saringan kontak rapat kepada kes positif dalam ahli keluarga.
Semua empat kes tersebut meninggal dunia pada 5 Mei. Dalam pada itu terdapat 398 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu dan PKRC di Sibu (155), Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum Sarawak (59), Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri (57), Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei (30), PKRC Serian (27), Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit (23), Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu (22), PKRC Mukah (15), PKRC Betong (5) dan Hospital Sri Aman (5).
Manakala, 396 individu disyaki (PUI) baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
kredit : utusan borneo 06/05/2021
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SOP PKPB lebih ketat mulai 7 Mei
KUCHING: Garis Panduan (SOP) sedia ada bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperketatkan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negeri ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata keputusan ini dibuat selepas penilaian risiko dan mengambilkira trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 semasa.
“Garis panduan SOP tersebut berkuatkuasa mulai esok (7 Mei) mulai jam 12.01 pagi sehingga jam 11.59 malam 17 Mei 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Butiran terperinci SOP boleh dimuat turun dari laman web https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpb-2/.
JPBNS turut memaklumkan penamatan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Rh. Mathew, Lubok Pisang, Genega di Pakan dan Rh. Dangat, Sg Kawi, Bintangor di Meradong.
Keputusan untuk menamatkan tempoh PKPD ini dibuat memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.
Di samping itu juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut.
Sehubungan itu JPBNS mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan penduduk atas kerjasama menjayakan PKPD ini.
Dalam pada itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah-daerah di Negeri Johor, Terengganu dan Perak, JPBNS turut menasihatkan rakyat Sarawak untuk menangguhkan semua perancangan perjalanan ke negeri-negeri dan daerah-daerah tersebut sepanjang tempoh PKP tersebut.
Mengenai laporan notis kompaun, polis telah mengeluarkan sebanyak 16 kompaun di daerah Kuching (7), Bintulu (4), Serian (3) dan Padawan (2) kerana telah melanggar SOP.
Manakala, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 19 kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Matu dan Daro (7), Majlis Daerah Dalat dan Mukah (6), Majlis Daerah Sarikei (2), Majlis Perbandaran Padawan (2), Majlis Perbandaran Sibu (1) dan Majlis Bandaraya Miri (1) atas kesalahan pelanggaran SOP. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Daerah Tanjung Manis kembali Kuning
KUCHING: Daerah Tanjung Manis kembali ke status Kuning daripada Jingga selepas merekodkan hanya 14 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata jumlah daerah berstatus Kuning ini meningkat kepada 12 daerah.
Daerah berstatus Kuning selain Tanjung Manis ialah Simunjan, Kabong, Marudi, Telang Usan, Lawas, Asajaya, Pusa, Dalat, Daro, Lubok Antu dan Limbang.
“Daerah berstatus Jingga menurun kepada empat daerah iaitu Tebedu, Matu, Tatau dan Betong dengan 120 kes tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari di empat daerah ini.
“Manakala 24 daerah kekal berstatus Merah dan tiada daerah berstatus Hijau,” katanya menambah daerah berstatus Merah ialah Bau, Belaga, Sebauh, Sri Aman, Julau, Lundu, Pakan, Song, Bukit Mabong, Kanowit, Selangau, Saratok dan Subis.
Turut kekal berstatus Merah daerah Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.
Mengenai kluter aktif, terdapat sebanyak 76 kluster jangkitan COVID-19 yang masih aktif di sarawak setakat ini dengan 18 kluster merekodkan 69 penambahan kes baharu manakala 58 kluster tidak merekodkan penambahan kes.
Kluster yang merekodkan penambahan kes ialah Kluster Jalan Bambangan, Mukah (2), Kluster Abak Bon, Subis (2), Kluster Kampung Tengah, Betong (1), Kluster Duranda Emas, Serian (3), Kluster Icom, Kuching (1), Kluster Jalan Roban Lama, Saratok (1) dan Kluster Rayang, Serian (2).
Turut merekodkan penambahan kes ialah Kluster Sungai Ngungun, Kanowit (2), Kluster Melugu, Sri Aman (19), Kluster Taman Pelita, Kuching (6), Kluster Sains Bakam, Miri (4), Kluster Jalan Agama, Miri (1), Kluster Sungai Ranan, Kanowit (3), Kluster Sungai Tengah, Bau (9), Kluster Tanjong Kibong, Sibu (2) dan Kluster Jalan Sawit, Sarikei (1). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
COVID-19: Peniaga kecil di Sarawak digesa beralih kepada digital
KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menggesa usahawan kecil di Sarawak agar beralih kepada digital bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka susulan penularan COVID-19.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata berdasarkan perkembangan semasa dengan peningkatan kes serta pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa kawasan, sukar untuk dijangka bila keadaan akan kembali pulih. “Saya tahu ramai pengeluar produk khusus Sarawak seperti kek lapis, menghadapi masa sukar sekarang kerana ketiadaan pelancong dari luar. Justeru, mereka perlu beralih kepada pemasaran dalam talian bagi menjangkau pelanggan berpotensi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. “Beralih kepada pemasaran secara digital merupakan norma baharu perniagaan, dan pada masa ini terdapat banyak platform pasaran dalam talian termasuk yang baru dilancarkan WarongKu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Junaidi berkata berdasarkan pemerhatian MEDAC dan agensinya, perniagaan yang beralih kepada digital bukan sahaja dapat bertahan tetapi juga merekodkan pertumbuhan jualan bulanan yang signifikan hingga ada yang mencapai 200 peratus.
Bagaimanapun katanya bagi memastikan proses peralihan itu berjaya, usahawan perlu menghadiri latihan serta program peningkatan kemahiran. “Beralih kepada digital tidak bermakna anda hanya letak barang dan perkhidmatan di pasaran dalam talian. Anda perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah seperti fotografi bagi memastikan produk anda dapat menarik perhatian pelanggan. “MEDAC dan agensinya boleh membantu anda dalam soal ini kerana kami menyediakan bantuan bimbingan untuk usahawan. Kami ada TEKUN untuk membantu dari segi pembiayaan mikro dan INSKEN bagi latihan. Mereka yang berminat diseru datang dan berbincang dengan agensi-agensi ini,” katanya. - Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Langkah lebih drastik di Sibu jika kes COVID-19 kekal tinggi
SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu menimbang untuk memperkenalkan langkah yang lebih drastik sekiranya kes COVID-19 di bahagian itu masih tidak menunjukkan penurunan pada minggu ini.
Penyelaras jawatankuasa itu Dr Annuar Rapaee (gambar) berkata di sebalik pelaksanaan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tiga bulan lepas, jumlah kes COVID-19 di Sibu kekal tinggi.
“Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu ini. Yang pertama kaedah pelaksanaan, kedua faktor manusia yang merupakan faktor paling sukar untuk dikawal dan yang ketiga, penguatkuasaan,” katanya dalam sesi libat urus bersama masyarakat melalui penstriman langsung Facebook hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa itu bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta parti politik di sini bagi mendapatkan input untuk tindakan seterusnya dalam usaha mengekang penularan pandemik tersebut yang setakat semalam merekodkan 311 kes positif.
Dr Annuar yang juga Menteri Muda kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, turut mengalu-alukan cadangan orang awam.
Terdahulu, beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga seorang jururawat yang meninggal dunia akibat penyakit itu beberapa hari lepas. - BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perjuangan menentang COVID-19 belum berakhir
TINJAU: Tiong semasa melakukan operasi pemeriksaan di pusat perniagaan bersama pihak berkuasa di Bintulu baru-baru ini.
BINTULU: Semua lapisan masyarakat digesa bekerjasama memerangi pandemik COVID-19 di bahagian Bintulu terutama ketika menyambut perayaan yang bakal menjelang.
Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, masyarakat tidak harus memandang ringan sekali gus berpendapat perjuangan menentang wabak itu telah sampai ke penghujung setelah mendapati jumlah kes positif dalam tempoh dua hari berturut-turut berkurangan.
Katanya, keadaan yang berlaku sebelum ini harus dijadikan sebagai iktibar kerana sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga, wabak ini bila-bila masa akan mewujudkan gelombang seterusnya sehingga mengancam kesihatan dan nyawa semua orang termasuk menjejaskan ekonomi kita.
“Saya telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua kaum dari kawasan Jepak, Kemena, Tanjung Batu dan Samalaju beberapa hari lalu untuk berbincang mengenai pengekangan wabak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang,” ujarnya dalam kenyataan semalam.
Dalam pertemuan itu katanya, beliau merayu kepada ketua-ketua kaum terlibat agar bekerjasama dalam memerangi wabak ini bagi memastikan perayaan Aidilfitri yang akan datang tidak menggagalkan usaha pencegahan wabak.
“Saya meminta ketua-ketua masyarakat menyampaikan mesej kepada komuniti Melayu untuk tidak berkumpul atau mengunjungi sanak-saudara dan rakan-rakan semasa perayaan ini,” katanya.
Pada masa sama katanya, ketua-ketua kaum turut menyokong nasihatnya agar mereka yang berada di luar zon atau luar daerah Bintulu tidak balik ke kampung masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
“Kita perlu bersabar dulu dan jangan ke sana ke sini menziarahi keluarga atau rakan-rakan semasa perayaan,” katanya.
Meskipun lekuk wabak kini sedikit terkawal katanya, kita tidak seharusnya mengambil ringan dan perlu terus bekerja keras supaya usaha seluruh masyarakat Bintulu untuk menurunkan jangkitan wabak selama ini tidak disia-siakan.
“Saya turut mengingatkan orang ramai bahawa statistik data kes yang disahkan di Bintulu dalam satu atau dua hari yang lalu adalah hasil usaha bersama dan pengorbanan semua pihak dan masyarakat.
“Kita kena ingat untuk terus mematuhi SOP dan tidak keluar rumah jika tidak ada hal mustahak,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|