CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1071|Reply: 0

Harimau Malaya terima vaksin kedua

[Copy link]
Post time 11-5-2021 01:46 PM | Show all posts |Read mode

KETUA pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd. Razak (tengah) bersama Nazmi Faiz Mansor (kiri) dan Danial Amier (kanan) menerima suntikan dos vaksin kedua Covid-19 semalam.

Harimau Malaya terima vaksin kedua

SKUAD Harimau Malaya kini di-lindungi sepenuhnya bagi menghadapi baki perlawanan pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Jun ini, selepas me-nerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 semalam.

Ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata, barisan pemain yang bakal menggalas cabaran negara akan dihimpunkan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 16 Mei ini.

Katanya, suntikan ini akan membuatkan dirinya dan pemain tenang ketika jumlah kes positif masih mencatat angka yang membimbangkan menje-lang kem latihan pusat, namun beliau optimis barisan pemain akan hadir dalam keadaan kesihatan terbaik.

“Yang penting kita rasa selesa dan tenang dari segi mental sebab kita tengok sekarang kes agak banyak. Sebagai jurulatih saya risau juga kesihatan pemain.

“Sudah tentu selepas selesai terima dos kedua kita akan dapat lebih fokus kepada tugasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas selesai mendapatkan suntikan dos kedua di Dewan Seri Seroja, Persiaran Diplomatik, Putrajaya semalam.

Skuad kebangsaan akan menjalani latihan pusat di Wisma FAM pada hari raya keempat Aidilfitri sebelum terbang ke Dubai pada 19 Mei bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Bahrain dan Kuwait, seterusnya mengharungi baki aksi kelayakan.

Cheng Hoe dan barisan pegawai pasukan kebangsaan termasuk 29 pemain negara hari ini melengkapkan kitaran vaksin Covid-19 dengan suntikan dos kedua selepas menerima dos pertama pada 19 April lalu.

Malaysia akan bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen Kumpulan G menentang Thailand pada 15 Jun.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.358946 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list