View: 2552|Reply: 0
|
LEMANG, RUPA-RUPANYA BERASAL DARI ORANG ASLI DI KELANTAN
[Copy link]
|
|
LEMANG, RUPA-RUPANYA BERASAL DARI ORANG ASLI DI KELANTAN
Alhamdulillah, tibalah waktu raya yang ditunggu-tunggu. Setelah sebulan melepak di bumi tanpa kehadiran syaitan, kita bertemu jugak dengan bulan Syawal. Korang semua mesti dah tak sabar nak makan makanan kegemaran korang sepuas-puasnyakan? Tapi, korang pernah tahu tak tentang asal usul dan sejarah makanan yang korang makan tu? Hah, biar kami ceritakan.
1. Ketupat, asalnya dari Indonesia tetapi dinikmati nusantara
Ketupat ni bukan sahaja terdapat di Malaysia tetapi ianya turut dinikmati di beberapa negara Asia Tenggara yang lain seperti di Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Sejarah asal usul ketupat itu sendiri sebenarnya dikatakan bermula di Jawa, Indonesia yang mana ketupat pertama kali diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga kepada masyarakat Jawa setelah kedatangan islam ke Tanah Jawa. #doneclaim
Di Malaysia, sejarah paling awal yang boleh dikaitkan dengan ketupat adalah apabila makanan itu telah disebut dalam Hikayat Inderaputera yang mana hikayat tersebut telah ditulis pada tahun 1700. Namun demikian, maklumat secara lisan berkaitan ketupat dipercayai bermula lebih awal dari itu dan berdasarkan catatan pendeta Buddha ketika zaman Srivijaya sudah memperlihatkan keutamaan ketupat dalam majlis-majlis penting seperti ketika berbuka puasa.
Bukan itu sahaja tau, ketupat juga merupakan makanan yang dianggap mulia kerana ianya dinobat setingginya dalam upacara Hindu di alam melayu. Sehingga kini, terdapat ritual “Perang Ketupat” atau juga dikenali sebagai “Aci Rah Pengangon” yang merupakan upacara memanjatkan rasa syukur terhadap Sang Hyang Widhi atas hasil tuaian dan berfungsi untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan manusia dilakukan di Bali.
2. Rendang, makanan yang jadi pelengkap raya
Raya korang pasti tak meriah jika tanpa rendang. Makanan yang mempunyai aroma menyelerakan ini dikatakan asalnya telah disediakan oleh orang masyarakat Minangkabau yang berasal dari Indonesia. Di Malaysia, terdapat populasi Minangkabau yang besar di Negeri Sembilan. Oleh disebabkan budaya Minangkabau telah dibawa dan diadaptasi mengikut cara masyarakat setempat, budaya dan masakan masyarakat Malaysia juga sedikit sebanyak telah dipengaruhi.
Rempah ratus yang dicampurkan bersama bahan lain untuk menghasilkan rendang juga berfungsi sebagai antimikrob dan antioksida yang melindungi diri kita daripada penyakit berbahaya. Masakan ini boleh bertahan sehingga tiga bulan tanpa berubah rasa asal dan aroma hidangan. Walaupun disimpan lama, rasa hidangan tersebut akan menjadi semakin enak. Pelik tak?
3. Sate, nampaknya dari Indonesia lagi…
Sate diketahui berasal dari Jawa, Indonesia dan telah dianggap sebagai salah satu masakan nasional Indonesia. Sate juga sangat popular di negara-negara Asia Tenggara lainnya seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand. Kalau korang semua nak tahu, sate juga popular di Belanda yang mana dipengaruhi dengan masakan Indonesia yang dulu merupakan adalah koloninya.
Kata “sate” atau “satai” dipercayai berasal daripada bahasa Tamil. Sate dipercayai telah diciptakan oleh pedagang makanan jalanan di Jawa sekitar awal abad ke-19. Berdasarkan fakta, dipercayai bahawa sate mula popular pada sekitar awal abad ke-19 yang mana pada ketika itu semakin ramai pendatang dari Arab dan pendatang muslim Tamil dan Gujarat dari India ke Indonesia. Hal ini juga pula telah dijadikan sebagai satu sebab popular kerana penggunaan daging kambing dan lembu sebagai bahan sate yang sangat disukai oleh warga keturunan Arab.
4. Lemang, rupa-rupanya berasal dari Kelantan
Sejarah lemang di Malaysia dipercayai berasal daripada orang asli yang terdapat di Malaysia yang menggunakan lemang sebagai makanan utama mereka. Untuk pengetahuan korang, lemang juga telah menjadi salah satu makanan utama di Malaysia sejak daripada tahun 1864 lagi. Kira tahap legend dah ni.
Makanan yang menjadi salah satu simbol tradisi Malaysia ini dikatakan berasal dari orang asli di negeri Kelantan yang lebih dikenali sebagai orang asli Negrito ataupun ianya juga turut dikenali sebagai orang asli Semang. Orang Negrito adalah merupakan penduduk yang terawal di Kepulauan Melayu dan mereka adalah merupakan salah satu kaum orang asli yang terdapat di Malaysia. Sejarah menyatakan bahawa orang Semang telah wujud sejak dari 1000 SM lagi dengan bukti penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Selain di Kelantan, orang Negrito juga terdapat di Borneo, Sarawak.
Kalau korang nak tahu, jumlah tenaga yang terdapat di dalam sebuah lemang dianggarkan sebanyak 3,778 kalori dan tidak mempunyai dietari fiber. Selain itu, dalam sebatang lemang juga turut terdapat vitamin A yang baik untuk pembesaran, kalsium yang memberikan kekuatan kepada tulang dan juga zat besi yang bertindak sebagai bahan yang memproses protein dalam badan kita.
5. Dodol
Untuk pengetahuan korang, kehadiran dodol yang berunsur beras di dalamnya adalah merupakan salah satu simbol kepada budaya agraria masyarakat Betawi pada masa dulu kala. Perkataan “dodol” ada tercatat dalam kamus tahun 1852 yang berjudul “A grammar and dictionary of the Malay language: with a preliminary.”, Jilid 2 oleh John Crawfurd. Menurut kamus tersebut, perkataan “confectionery” membawa maksud “manisan” ataupun “dodol”.
Di samping itu, dodol juga turut terkenal di Singapura, Brunei, Filipina (terutamanya di Luzon dan Mindanao), Sri Lanka dan Myanmar yang mana ianya dipanggil sebagai “mont kalama”. Di Malaysia pula, makanan tradisional ini lebih digemari dan terkenal di beberapa buah negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Muar, Johor. Berbanding dengan negeri-negeri lain, masyarakat di Negeri Sembilan menamakan dodol sebagai “penganan”.
Selain berwarna coklat, kini dodol mempunyai banyak variasi dan perasa yang lain. Yang paling popular ialah dodol perasa durian yang dipanggil lempuk yang mana ianya berwarna kuning dan lebih popular di Thailand, Kelantan dan Terengganu. Selain itu, dodol durian ini juga turut popular di Medan, Indonesia dan bandar-bandar lain di Sumatera.
Raya-raya juga tapi kesihatan korang semua kena jaga juga tau
Lepas ni korang semua bolehlah makan semua makanan di atas dengan bangga sebab korang semua dah tahu sejarah asal usul makanan yang korang makan. Tapi, korang jangan makan sampai lupa dunia tau. Jagalah kesihatan korang semasa perayaan kerana kesihatan yang baik adalah salah satu nikmat Tuhan yang paling besar tau buat kita.
SumbeR:https://orangkata.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|