View: 1122|Reply: 0
|
Zidane nafi mahu tinggalkan Real Madrid
[Copy link]
|
|
Zidane nafi mahu tinggalkan Real

Madrid: Zinedine Zidane menafikan dia memberitahu pemainnya akan meletak jawatan sebagai jurulatih Real Madrid pada penghujung musim ini.
Zidane ditanya sekali lagi mengenai masa depannya selepas Real menewaskan Athletic Bilbao 1-0 semalam, kemenangan yang membolehkan mereka kekal kekal dua mata di belakang pendahulu Atletico Madrid menjelang aksi terakhir minggu ini.
Menurut laporan radio Onda Cero dan akhbar dalam talian, Goal semalam, Zidane yang kontraknya tamat 2022 memberitahu pemainnya minggu lalu dia akan meninggalkan pasukan selepas tamat perlawanan terakhir Ahad ini.
Tetapi Zidane dalam sidang media menafikan laporan itu.
"Bagaimana saya boleh beritahu pemain bahawa saya akan tinggalkan mereka sekarang? Itu semua tak betul, tipu," katanya.
"Saya fokus musim ini. Ada satu lagi perlawanan dan kami akan memberikan segalanya. Selainnya kita tunggu penghujung musim ini."
Bekas jurulatih Juventus Massimiliano Allegri, bekas penyerang Madrid Raul Gonzalez dan Joachim Loew yang akan meninggalkan skuad Jerman selepas tamat Kejohanan Eropah antara calon pilihan menggantikan Zidane.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|