CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1540|Reply: 1

[Sarawak] Kes Positif COVID-19, Terminal Bas Bintulu Diarah Tutup

[Copy link]
Post time 6-6-2021 06:49 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Terminal Bas Bintulu diarah tutup pada Jumaat selepas satu kes positif COVID-19 dikesan di kalangan warga kerja terminal itu.

Dalam satu notis yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu pada Jumaat, terminal Bas Bintulu ditutup selama 14 hari berkuatkuasa 3 Jun hingga 16 Jun ini.

Sementara pengurusan Terminal Bas Bintulu dalam kenyataan berkata, sepanjang tempoh penutupan itu segala urusan dalam bangunan tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, kaunter sementara termasuk urusan pengambilan dan penurunan kargo barang disediakan di parkir bas yang terletak di bahagian belakang bangunan terminal.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk Eva Express Bus (014-6999605), Lanang Bus and Rejang Transports (017-8063581), Borne Bus (019-8790522), Freesia Bus (019-8145358), MTC Transport (019-8754424), Sungai Merah (012-8744319/ 017-8099722), Bintang Jaya (013-5776727/ 013-8155178) dan Biaramas /Bus Asia (012-8866201). -EDISI UKAS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2021 07:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.185737 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list