CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3213|Reply: 4

8 Tips Untuk Kekalkan Khasiat Sayur!

[Copy link]
Post time 22-6-2021 06:15 PM | Show all posts |Read mode
8 Tips Untuk Kekalkan Khasiat Sayur!


Sayur kaya nutrisi dan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser. Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Jadi, cara penyimpanan dan pengendalian ketika memasak sayur yang betul mampu mengekalkan nutrisi dan khasiat sayur.

1. Makan sayur segar

Kandungan nutrisi pada sayur akan mula berkurang apabila dipetik. Jangan simpan sayur terlalu lama dalam peti sejuk. Jika boleh, masak terus selepas dibeli. Jika ingin menyimpan sayur dalam peti sejuk jangan dibasuh atau dipotong. Jika sudah dipotong, simpan dalam bekas yang tertutup rapat dalam peti sejuk. Boleh juga guna plastik wraping untuk simpan sayur dalam peti sejuk.

2. Potong dan basuh sayur dengan betul

Vitamin B dan C mudah larut dalam air. Jadi, jangan merendam atau membasuh sayur terlalu lama, sebab nanti lagi banyak vitamin akan hilang. Sayur yang ada kulit seperti timun, petola dan peria tidak akan hilang vitaminnya apabila dibasuh sebelum dipotong kerana kulit melindungi bahagian dalam sayur yang kaya dengan khasiatnya. Jadi, digalakkan membasuh sayur sebelum memotong kecil. Sayur yang dipotong kecil akan menyebabkan bahagian dalamnya terdedah. Apabila dibasuh dalam keadaan sudah dipotong kecil, vitamin pada bahagian dalam sayur akan terkena air dan larut serta hilang.

3. Jangan merebus sayur terlalu lama

Merebus sayur terlalu lama akan menyebabkan vitamin di dalam sayur hilang. Cara paling sesuai adalah dengan mencelur sayur dalam air mendidih selama beberapa saat dan angkat secepat mungkin. Tapi tak semua sayur sesuai untuk dicelur. Sawi batang hijau tu pahit kalau celur je kan. Kena masak betul juga, baru rasa.

4. Kukus sayur

Cara terbaik masak sayur adalah dengan mengukus, tetapi jangan terlalu lama. Dengan mengukus, vitamin yang ada dalam sayuran tidak larut dalam air. Selain itu, ia juga tidak merosakkan rasa asli dan nutrisi sayuran itu. Untuk menumis, masukkan sayur apabila minyak sudah panas dan angkat sebaik sayur nampak layu. Jangan tunggu hingga sayur terlebih masak (lembik).

5. Kenali cara memasak sayuran dengan baik

Kena tahu cara memasak setiap sayur dengan baik sebab setiap jenis sayur memiliki cara memasak tersendiri untuk mengaktifkan nutrisinya. Contohnya tomato apabila dipanaskan atau direbus akan mengaktifkan aktioksidan. Tapi, brokoli dan bunga kobis akan hilang antioksidan jika direbus. Sedangkan apabila tomato dijadikan jus, akan dapat merosakkan nutrisinya.

6. Jangan panaskan sayur yang sudah dimasak

Jangan panaskan sayur yang sudah masak. Apabila terpaksa, panaskan sekali saja. Ini dilakukan untuk mencegah kandungan nutrisinya supaya tidak hilang. Tapi, sayur memang tak sedap kalau dipanaskan semula. Masak makan habis, tak habis ratah je la sampai habis. Memang tak sedap kalau simpan pastu nak panaskan semula kan.

7. Makan salad

Sayuran mentah yang sesuai juga boleh dijadikan salad dan dimakan bersama buah-buahan segar. Khasiatnya terutama vitamin akan terus diserap tubuh tanpa kehilangan seperti mana proses memasak. Salad antara ulaman moden yang sedap dimakan mentah. Tapi, biasanya salad yang dibuat lapik ketika menghidang lauk sebagai hiasan hidangan itu sebenarnya  pun boleh mengurangkan nutrisinya.

8. Sayur yang kaya vitamin A perlu dimasak

Menurut kajian, karotenoid (vitamin A) lebih mudah diserap dalam badan apabila dimakan bersama sedikit lemak seperti minyak serta dimasak berbanding makan segar. Sayur seperti lobak, labu, ubi kayu, tomato atau apa saja sayur yang berwarna terang (oren, kuning, merah) lebih sesuai dimasak tumis bersama sedikit minyak jika ingin mendapatkan serapan karotenoid (Vitamin A) yang lebih berkesan.


Sebagai fakta tambahan, kandungan serat pada sayur tidak akan terjejas walaupun kita masak sayur hingga lembik. Kementerian Kesihatan menyarankan kita mengambil empat hingga lima hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Bukan saja untuk kekal sihat dengan sistem imun yang lebih kuat, memakan lebih banyak sayur juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.


Sumber : http://www.mariafirdz.com/2015/0 ... -khasiat-sayur.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2021 11:44 AM | Show all posts
Thanks TT for sharing....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai penggemar sayur byk info yang iolls dapat.Millon thanks TT
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya sayur...xlengkap makan tanpa sayur
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun makan sayur sgt baik tp cabaran skrg sebab sayur yg dibeli ada kesan pesticides yg bahayakn kesihatan.

Seelok-eloknya semasa proses cuci sayur rendam dalam air garam dalam 10minit. Menurut kajian, kalau buat macam ni boleh kurangkn kesan pesticides dan bunuh kuman...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056453 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list