View: 4023|Reply: 5
|
Jangan asyik ke Oslo, Tromso dan Lofoten bila datang Norway. Stryn juga tempat m
[Copy link]
|
|
Ramai yang bila travel ke Norway, memang skip tempat ini. Orang Malaysia, Brunei & Singapore yang datang Norway, selalu terjah:
- Oslo
- Tromso
- Lofoten
- Flam
- Bergen
- Trondheim
- Stavanger
Tapi….miss satu spot yang paling awesome ni. Memang cukup rugi!
Pernah dengar wilayah Stryn di Norway?
Stryn terletak di bahagian paling dalam Nordfjord. Di sini hidden gems yang best sangat bila datang ke Norway! Sinilah segala-galanya ada. Glasier biru, tasik turquoise, fjord yang sungguh menggiurkan dan pelbagai aktiviti nature yang best dapat dilakukan di sini.
Saya yakin 100% memang tak ramai Malaysia yang datang ke sini kan?
Kalau dari Oslo nak ke Stryn dengan memandu kereta lebih kurang 6 Jam 20 minit perjalanan. Jika dah sampai ke Stryn, anda boleh try terjah kampung-kampung berikut. Sungguh ianya cukup menenangkan:
- Innvik
- Utvik
- Olden
- Loen
- Randabygda
- Flo
Saya pun kadang-kadang bila explain kepada peserta travel ke sini, tersalah sebut nama-nama kampung ini. Berbelit-belit lidah.
Ekonomi utama penduduk Stryn ialah antaranya perhutanan, perladangan, penternakan dan pelancongan.
Apa yang best anda boleh buat di Stryn?
- Hiking Terus ke Mount Skala di Loen bagi sesiapa yang kuat. View dari atas memang stunning
- Mengopi di Lake Lonvatn, Loen Norway & Lake Oppstrynsvatn
- Singgah Briksdal Glacier (Briksdalbreen) melihat glasier
- Melihat view di Jostedalsbreen National Park Centre
- Singgah ke kampung di Olden dan try naik bot laju melihat fjord di sini. Jangan lupa singgah 2 gereja lama yang terdapat di sini kerana sejarahnya.
Spend di wilayah ini selama 2 hari pun dah cukup. Memang cukup puas hati.
Kredit : https://www.facebook.com/Cikguloh/posts/4492022334141398
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya
Misi iols nak ke geiranger pung tak.lepas lg |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss ada follow satu ig mamat arab yg duduk kat Norway ni. Mmg cantik dia ounya rumah tu sebelah dgn sungai. Dia selalu buat video menghadap sungai tu. Tengok pon rasa tenang h segar je. Paling iolss teringin kalau dpt ke Norway nak tengok northen light, mmg impian sgt |
|
|
|
|
|
|
|
teringinnye nak sampai saneee
iols mampu tgi gambar2 dgn tgk utube jonna jinton je |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik. Kena dgn iols yg minat alam semulajadi ni. Tapi dalam Malaysia pun iols tak terjah lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|