View: 1778|Reply: 2
|
Pekerjaan-Pekerjaan Yang Paling membawa maut
[Copy link]
|
|
Pekerjaan-Pekerjaan Yang Paling Berbahaya Di Dunia
Biasanya, orang pasti menyangka pekerjaan yang paling berbahaya di dunia hanyalah seperti anggota bomba, tentera dan polis sahaja. Sebenarnya, pekerjaan ini agak jauh dalam senarai pekerjaan yang berbahaya sehingga mampu menyebabkan kemalangan atau membahayakan nyawa pekerja.
Sebenarnya, pekerjaan yang berbahaya ini jarang diberi pengiktirafan mungkin kerana perkhidmatan mereka tidak sehebat pekerjaan yang dianggap sebagai hero. Namun, mereka melakukan pekerjaan yang sukar sehingga cedera dan terbunuh.
Melakukan pekerjaan paling berbahaya seperti di bawah sebagai sumber mencari rezeki dalam kehidupan anda boleh menyebabkan nyawa dalam risiko.
1. Pelombong
Keperluan dan peraturan keselamatan dapat mengurangkan bahaya yang dihadapi oleh pelombong, tetapi ia masih berisiko kerana pekerjaan ini memerlukan anda untuk menggali jauh di bawah permukaan tanah yang terdapat letupan gas, kebocoran kimia, kerosakan mekanikal, asap toksik dan mengangkut peralatan yang berat. China adalah negara yang mempunyai industri perlombongan terbesar di dunia.
2. Pelantar Minyak
Bekerja di pelantar minyak merupakan pekerjaan yang sangat membahayakan kerana mereka terdedah dengan salah satu bahan yang paling mudah terbakar di dunia. Tempoh pekerjaan ini mengambil masa sebanyak 16 jam tanpa berehat atau perlu bersambung sehingga sehari atau dua hari tanpa sebarang tidur.
Ketinggian dan peralatan berat juga merupakan beberapa elemen lain yang menyebabkan perkerjaan ini berbahaya. Namun, punca utama kematian yang dihadapi oleh buruh ini adalah kemalangan kenderaan. Kemalangan ini kerap berlaku disebabkan keletihan berpanjangan dan perjalanan yang tidak selamat ke pelantar.
3. Juruelektrik
Salah satu pekerjaan yang paling berbahaya dan mengancam nyawa adalah kerja juruelektrik. Pendedahan kepada wayar elektrik boleh menjadi sangat berbahaya kerana juruelektrik perlu berhadapan dengan pelbagai kabel voltan tinggi. Antara punca kematian yang boleh berlaku adalah kejutan elektrik, keracunan karbon monoksida, ketinggian, kebakaran dan letupan.
Ini adalah pekerjaan yang mendapat permintaan yang tinggi kerana juruelektrik perlu memasang sistem pendawaian di rumah, bangunan dan jalan raya.
4. Nelayan
Jangan sangkakan memancing sebagai sesuatu yang aman dan tenang. Hakikatnya, nelayan adalah salah satu pekerjaan yang paling berbahaya kerana perlu menghadapi keadaan cuaca yang tidak dijangka, gear yang rosak dan insiden yang berkaitan dengan pengangkutan sehingga tenggelam dan lemas dalam laut.
Bidang ini mempunyai salah satu daripada kadar kematian tertinggi di mana mereka memperjudikan nyawa dengan harapan dapat menangkap pelbagai hidupan laut.
5. Pelagak Ngeri
Pekerjaan ini sememangnya terdedah dengan pelbagai bahaya kerana pelaku ngeri ini perlu melakukan aksi yang terlalu berisiko untuk pelakon melaksanakan sendiri. Antara aksi hebat dan ngeri yang perlu dilakukan adalah melompat dari ketinggian yang luar biasa, menghempas kenderaan atau menggunakan senjata sebenar dalam pergaduhan. Namun aksi yang dianggap sebagai pertunjukkan boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.
6. Pembalak
Pembalakan adalah salah satu daripada industri yang paling berbahaya kerana kadar kematiannya lebih 20 kali ganda daripada bidang pekerjaan lain. Pembalak perlu berurusan dengan jentera berat untuk memotong dan mencincang pokok tersebut. Namun banyak kematian yang berlaku kerana kegagalan mengawal peralatan dan pokok yang jatuh pada pekerja.
Sumber:https://plus.wiser.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada insuran
|
|
|
|
|
|
|
| |
|