CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 784|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan negeri pelawa korporat, NGO bantu lengkapkan PKRC

[Copy link]
Post time 19-8-2021 06:33 AM | Show all posts |Read mode


Kerajaan negeri pelawa korporat, NGO bantu lengkapkan PKRC
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 18 Ogos 2021



Kon Yeow (dua dari kanan) ketika membuat lawatan di PKRC Kompleks Masyarakat Penyayang di Georgetown pada Rabu.



GEORGETOWN - Badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipelawa untuk membantu kerajaan negeri melengkapkan kemudahan di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini yang dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Risiko Rendah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, PKRC terbabit yang menempatkan sebanyak 97 katil pesakit khususnya mereka yang memerlukan bantuan oksigen dijadualkan dibuka pada Jumaat.

Beliau berkata, kedudukan Kompleks berkenaan yang terletak berhampiran Hospital Pulau Pinang (HPP) memudahkan proses pemindahan pesakit sekiranya memerlukan rawatan lebih kritikal.


"Sejak kebelakangan ini, pesakit yang memerlukan rawatan dalam ketegori tiga hingga lima sudah melebihi 40 peratus jumlah kemasukan di hospital. Ini memerlukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang mencari tempat tambahan.

"Atas cadangan JKN Pulau Pinang ialah kerajaan negeri bersetuju membuka satu lagi PKRC iaitu di Kompleks Masyarakat Penyayang. Tambahan pula Pulau Pinang mencatatkan 1,867 kes positif pada Rabu yang pastinya memerlukan tempat bersesuaian untuk kuarantin dan rawatan untuk mereka," katanya ketika ditemui semasa membuat lawatan tapak di PKRC berkenaan pada Rabu.


Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Asmayani Khalib.

Kon Yeow berkata, usaha untuk membuka lebih banyak wad dan pusat rawatan Covid-19 telah dibuat termasuk di Hospital Pulau Pinang, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Seberang Jaya.

Bagaimanapun, katanya, ia masih lagi diperlukan berikutan berlakunya pertambahan kes sejak kebelakangan ini.


"PKRC Kompleks Masyarakat Penyayang masih memerlukan pelbagai peralatan perubatan dan bukan perubatan untuk melancarkan operasi.


"Antara yang diperlukan seperti katil resusitasi untuk pesakit yang kritikal, vital sign monitor, electrocardiogram (ECG), set diagnostic oftalmoscope otoscope, troli kecemasan, water dispenser, portable suction, X-ray viewing box dan banyak lagi.

"Barangan bukan perubatan yang diperlukan ialah seperti khemah yang dilengkapi dengan kipas dan soket, swab booth, kipas industri, kerusi roda, kabinet penyimpanan kinen, papan putih beroda saiz besar, komputer dan mesin pencetak serta penyambung wayar," katanya.


Bagi sebarang urusan berhubung sumbangan peralatan boleh menghubungi Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan) JKNPP, Dr A Lingeshwaran di talian 012–594 4347 atau Ketua Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan) JKNPP, Abdul Halim Abdul Hamid di talian 012 – 407 3200.

Bagi sumbangan berbentuk wang tunai pula boleh disalurkan ke Tabung Covid-19 Pulau Pinang menerusi akaun 5570-5462-0930 (Maybank).


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ntu-lengkapkan-PKRC
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.040806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list