CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 0

[Kedah] Raja Muda Kedah tinjau lokasi terjejas kepala air

[Copy link]
Post time 21-8-2021 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Raja Muda Kedah tinjau lokasi terjejas kepala airOgos 21, 2021 @ 5:13pm



Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (lima, kiri) berkenan menyampaikan sumbangan Baitumal kepada mangsa tragedi kepala air ketika mengadakan tinjauan di Pusat Rekreasi Titi Hayun hari ini. - fotoBERNAMA




YAN: Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan meninjau lokasi kejadian banjir berikutan fenomena kepala air di Pusat Rekreasi Titi Hayun dan Seri Perigi, hari ini.
Baginda yang tiba di lokasi itu jam 9.45 pagi, terlebih dahulu diberikan taklimat mengenai kejadian itu oleh Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah di dewan D'Yan Chalet, Titi Hayun.

Baginda turut diberikan taklimat berkenaan operasi mencari dan menyelamat yang sedang dilaksanakan pelbagai agensi, bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang sejak kejadian itu pada Rabu.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (dua, kanan) berkenan melihat kesan kerosakan dalam tragedi kepala air yang berlaku petang Rabu lepas ketika tinjauan di Pusat Rekreasi Titi Hayun, hari ini. - Foto BERNAMA

Tengku Sarafudin kemudian meninjau beberapa kawasan terjejas di sekitar pusat rekreasi itu, termasuk kawasan rumah inap Alang Kenari Chalet.
Baginda juga meninjau kawasan rekreasi di Seri Perigi yang terletak berhampiran dengan Titi Hayun, sebelum singgah di Kampung Manggis di situ bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas.

Setakat ini, tragedi banjir yang disebabkan fenomena kepala air dari Gunung Jerai telah meragut empat nyawa, manakala dua lagi masih hilang. Bencana itu turut menjejaskan kawasan sekitar gunung itu di daerah ini selain daerah Kuala Muda. – BERNAMA




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119346 Replies : 3084
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 8141 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 3133 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 8434 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054589 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list