CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 0

[Kelantan] 8 kematian sehari akibat varian Delta di Kelantan

[Copy link]
Post time 23-8-2021 04:51 PM | Show all posts |Read mode
8 kematian sehari akibat varian Delta di Kelantan[size=0.8]Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Ogos 23, 2021 @ 4:23pm[email protected]


Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (kanan) mengurniakan sumbangan RM10,000 kepada Dr Zaini untuk diserahkan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV). - Foto NSTP/ Nik Abdullah Nik Omar




KOTA BHARU: Kelantan mencatatkan hingga lapan kematian sehari akibat COVID-19 dalam tempoh sebulan susulan kemunculan varian Delta dalam komuniti.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata jumlah kematian meningkat berkemungkinan disebabkan aktiviti kunjung mengunjung ketika sambutan Aidiladha.
Katanya, sebelum Aidilfitri kadar kematian yang dicatatkan adalah antara dua hingga tiga sehari dan kini ia meningkat sekali ganda.

"Saya menjangkakan kes harian COVID-19 di Kelantan akan reda apabila imuniti kelompok sudah mencapai 80 peratus dan sekiranya tidak ada varian baharu.
"Sekarang kita mengesan 28 varian daripada sampel yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) namun mengikut kepada trend yang kita ada, perebakan yang banyak adalah daripada varian Delta yang dominan di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Bagi Januari hingga Jun 2021 yang disempurnakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Dr Zaini Hussin. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Dr Zaini berkata, kes harian COVID-19 di Kelantan meningkat selepas Aidiladha dan kini mencatat empat angkat selain kadar kebolehjangkitan (Rt) juga melebihi 1.0 dalam tempoh dua minggu.
"Hingga kini, 35 peratus rakyat di negeri ini sudah mendapatkan suntikan dos pertama dan lebih 23 peratus sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata bulan ini Kelantan akan menerima bekalan vaksin sebanyak 800,000 dos daripada yang dijanjikan sekali gus dengan peningkatan bekalan vaksin itu diharap dapat menyuntik lebih ramai rakyat dan mempercepatkan proses vaksinasi.
"Kita menyasarkan Oktober ini dapat menyuntik hingga 80 peratus daripada rakyat Kelantan," katanya.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.462042 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list