CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 0

[Pulau Pinang] HSJ, HBM jadi hospital rawat pesakit Covid-19

[Copy link]
Post time 30-8-2021 07:09 PM | Show all posts |Read mode
HSJ, HBM jadi hospital rawat pesakit Covid-19[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


Hospital Seberang Jaya.





Georgetown: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menjadikan Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan Hospital Bukit Mertajam (HBM), dekat sini sebagai hospital merawat pesakit Covid-19.

Pengarah JKNPP, Dr Ma'arof Sudin berkata, ia adalah langkah jabatan itu bagi menghadapi pertambahan kes dengan memastikan bilangan katil merawat pesakit kategori tiga, empat dan lima mencukupi.

Beliau berkata, sebelum ini Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Kepala Batas (HKB) menyediakan rawatan bagi pesakit Covid-19.

"Usaha menambah kapasiti rawatan ini jumlah katil hospital tidak kritikal sebanyak 876 dan jumlah katil Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi Pulau Pinang sebanyak 70 katil untuk kegunaan rawatan pesakit Covid-19.

"Pada masa sama, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Mara Excellent Center di Jawi kini dijadikan pusat rawatan bagi kes kategori satu dan dua yang mempunyai risiko kesihatan seperti komorbid.

"Manakala Kompleks Masyarakat Penyayang dijadikan PKRC tambahan bagi memberi rawatan pesakit memerlukan oksigen," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pesakit kategori satu dan dua dengan risiko kesihatan rendah perlu menjalani isolasi di rumah.

Menurutnya, pesakit dan semua kontak rapat yang dikenalpasti akan diberikan perintah pengawasan di rumah (HSO) di bawah Akta 342 manakala kontak rapat yang bergejala atau daripada kumpulan berisiko tinggi akan disaring.

Katanya, bagi menangani peningkatan kes Covid-19 di negeri ini, keperluan tambahan sumber manusia dan peralatan tambahan sedang diusahakan secara kolaborasi antara hospital swasta dan sumber luar.

"Pada masa sama, penduduk dinasihatkan supaya mendapat vaksinasi lengkap bagi mengelak penularan jangkitan dalam komuniti terus berleluasa.

"Sehingga semalam, statistik menunjukkan 82 peratus rakyat negeri ini berusia 18 tahun ke atas menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan daripada jumlah itu 54 peratus sudah lengkap menerima dua dos.

"Kami mengunjurkan pada hujung Oktober nanti, 80 peratus rakyat negeri ini akan lengkap divaksinasi, sekali gus mencapai imuniti kelompok," katanya.





Disiarkan pada: Ogos 30, 2021 @ 6:50pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.764063 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list