CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 2

[Pulau Pinang] Duit simpanan lesap angkara sindiket TAC

[Copy link]
Post time 30-8-2021 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Duit simpanan lesap angkara sindiket TAC
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 30 Ogos 2021



Gambar kecil: Noorzainy

KEPALA BATAS - Seorang pekerja swasta berputih mata selepas kerugian RM13,579 akibat diperdaya sindiket penipuan nombor pengesahan transaksi (TAC) melalui panggilan telefon.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang berusia 40 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai khidmat pelanggan syarikat Bigpay.


Menurutnya, lelaki itu dimaklumkan kad bank miliknya mempunyai pautan dengan sistem Bigpay dan perlu ditukar kepada kad yang baharu bagi membolehkan dia menggunakan perkhidmatan kredit tanpa had.


"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa berkongsi maklumat bank serta memberikan nombor TAC kepada suspek.


"Tidak lama kemudian pihak bank memaklumkan kepada mangsa terdapat transaksi pindahan wang sebanyak RM13,579 ke akaun pihak lain sedangkan dia tidak membuat sebarang pindahan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.


Dalam kes berasingan Noorzainy berkata, seorang pesara turut mengalami kerugian RM59,000 akibat diperdaya sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan polis.


Noorzainy berkata, lelaki berkenaan dimaklumkan mempunyai tunggakan bayaran cukai syarikat sebelum dimaklumkan dia terlibat dengan pengubahan wang haram.


"Mangsa telah diminta menyerahkan nombor TAC kononnya untuk tujuan siasatan sebelum dihubungi bank yang memaklumkan wang simpanannya telah dipindahkan ke dua akaun lain.


"Kesal dengan kejadian itu, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di sini pada Ahad," katanya.


Noorzainy berkata, polis kini sedang mengesan pemilik akaun yang terlibat dengan sindiket terbabit dan menyiasat kedua-dua kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ngkara-sindiket-TAC
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kes 1:Teknologi canggih tu...amat membantu.
kes 2:baca artikel kat atas
kes 3:apa citer???
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Carcosa at 31-8-2021 01:10 AM

Tgh mengesan pemilik akaun, sehingga laporan baru utk case lain pula diterima. Gitu?
Berleluasa lah scammer2 ni. Diorang tau, authority can't do shit. Aman2 jah kelepet duit org bilamana mangsa pun sgtlah gullible.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.048595 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list