View: 2163|Reply: 0
|
[SEJARAH]
Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta diraja Austria-Hungary
[Copy link]
|
|
Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta diraja Austria-Hungary
Gambar berwarna Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta diraja Austria-Hungary, hanya dengan pembunuhan orang dalam gambar ini pada tahun 1914 telah menyebabkan Austria melancarkan perang terhadap Serbia yang kemudiannya berlarutan dan disertai pelbagai kerajaan hingga mencetuskan Perang Dunia Pertama (The Great War / World War I)
Tahukah anda? beliau merupakan salah seorang penerima (domestik) anugerah Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia di Istana Besar, Johor.
Putera diraja Austria ini pernah tiba ke Tanah Melayu, ia dianggap sebagai lawatan Austria yang paling terkenal dalam sejarah Malaysia, antara perjalanannya yang tercatat dalam sejarah adalah melakukan kunjungan ke Johor pada 7 April 1893 dengan menaiki kapal HMS 'Elisabeth'.
Franz Ferdinand adalah seorang pemburu yang berpengalaman dan berharap dapat pergi berburu dengan Sultan Johor tetapi malangnya Sultan berada di Bohemia pada waktu itu.
Hubungan diplomatik antara Austria dan wilayah Malaysia hari ini (semasa Tanah Melayu dijadikan koloni British) mencapai sejauh abad ke-19 juga. Pada bulan September 1866, Maharaja Franz Joseph dari Austria berkenan menubuhkan Konsulat Kehormat Austria di Pulau Pinang. Selepas kesepakatan dengan Hungary, pada tahun 1868 ia dijadikan Konsulat Kerajaan Austro-Hungary .
Apabila United Kingdom mengisytiharkan perang terhadap Austro-Hungary pada bulan Ogos 1914, Konsul Kehormat yang terakhir telah di-deportasi oleh pihak berkuasa ke kem konsentrasi di Australia. Republik Austria tidak mengekalkan satu pun konsulat di wilayah Tanah Melayu antara 1918 dan 1938. Segala tinggalan aset dan kepentingan Austria di Tanah Melayu dikawal dan dijaga oleh konsulat Jerman di Singapura.
Selepas kemerdekaan Austria dan selepas Kemerdekaan Malaysia, Austria dan Malaysia menubuhkan hubungan diplomatik pada 6 Ogos 1962.
Rujukan : Austrian Perspective on Key Foreign and Security Challenges Affecting EU and Southeast Asia and Austrian-Malaysia Bilateral Relations
AEI Occasional Paper 20(H.E. Ambassador Christophe Cesk
Sumber:https://www.facebook.com/KISAHNYADUNIA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|