View: 1295|Reply: 0
|
[Sarawak]
"Seed ball' menerusi dron perkasa penanaman semula pokok
[Copy link]
|
|
Sarawak guna pendekatan 'seed ball' menerusi dron perkasa penanaman semula pokok
KUCHING: Sarawak akan menggunakan pendekatan 'seed ball' bagi memperkasakan lagi aktiviti penanaman semula pokok atau restorasi di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif berkenaan oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) akan menggunakan teknologi dron bagi menabur atau menjatuhkan benih anak pokok di kawasan yang disasarkan.
"Inisiatif Jabatan Hutan Sarawak yang telah mengetengahkan projek yang dikenali sebagai 'seed ball' dilihat amat bertepatan bagi memudahkan aktiviti penanaman pokok di kawasan-kawasan yang sukar dimasuki seperti kawasan berbukit.
"Kita mengucapkan tahniah kepada Jabatan Hutan dan ini adalah satu inovasi daripada perhutanan bagi memperkasakan program restorasi di Sarawak," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Le Tour de Restoration (Greening Sarawak Campaign) DUN di sini, hari ini.
Beliau berkata, setiap 'seed ball' disalutkan dengan biji benih pokok boleh mencapai kadar percambahan sehingga 90 peratus selepas 7 hingga 14 hari ditabur dan kos penyediaan lebih murah berbanding dengan kaedah yang lain.
Abang Johari berkata, selain itu JHS juga akan mengadakan satu kerjasama pintar bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu bagi mewujudkan hab penyelidikan perhutanan di Sarawak.
Katanya semua usaha berkenaan selaras dengan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang turut menekankan kelestarian perhutanan dengan menanam semula pokok di hutan yang degradasi.
Mengulas lanjut mengenai Program Restorasi Hutan, katanya kerajaan negeri telah mengangkat ia sebagai agenda utama untuk menghijaukan bumi Sarawak.
"Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM62 juta kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk melaksanakan program-program restorasi di seluruh negeri.
"Pada tahun ini sebanyak RM10 juta telahpun disalurkan kepada jabatan ini. Manakala kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM10.37 juta," katanya.
Beliau memberitahu, daripada itu RM4 juta bagi program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok dan RM6.37 juta bagi program tanaman bakau dan Program Restorasi Melalui Perhutanan Sosial (SOSIL) kepada JHS bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang tahun ini.
Bagi Kempen Program Penghijauan Malaysia, Abang Johari berkata kerajaan negeri menerusi JHS telah menyasarkan untuk menanam sebanyak 35 juta pokok bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2021 hingga 2025.
Katanya Sarawak yakin dapat mencapai sasaran penanaman berkenaan kerana pada tahun 2020, negeri ini berjaya menanam sebanyak lebih 10 juta pokok.
"Manakala untuk tahun 2021, sehingga 30 September sebanyak 6.78 juta pokok telah ditanam di seluruh Sarawak," katanya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|