CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1918|Reply: 2

[Kelantan] Mudah percaya kt org kan dah rugi lebih RM50,000 ditipu bakal menantu

[Copy link]
Post time 3-10-2021 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Mudah percaya kt org kan dah rugi lebih RM50,000 ditipu bakal menantu

[size=0.8][size=0.9]Hidayatidayu Razali
[email protected]



Kota Bharu: Imam masjid rugi lebih RM50,000 selepas ditipu seorang lelaki yang juga bakal menantunya sejak Jun hingga pertengahan September lalu.

Berikutan itu, imam berusia 65 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok pada 14 September lalu untuk tindakan lanjut.

Imam berkenaan dikatakan mengenali lelaki berusia 36 tahun itu pada Jun lalu menerusi anak perempuannya yang berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, bakal menantunya itu mendakwa mempunyai perniagaan emas dan kambing perap serta beberapa kali meminta wang untuk dijadikan modal daripada imam terbabit.

"Imam berkenaan kemudiannya memberi lebih RM38,000 daripada awal Jun hingga September secara berperingkat di Bandar Baru Kubang Kerian.

"Imam berkenaan juga memberikan barang kemas bernilai RM6,000 dan sebuah kereta Proton Gen2 bagi memudahkan urusan perniagaan bakal menantunya itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, imam itu hanya menyedari dirinya ditipu oleh bakal menantu sebelum tampil membuat laporan polis berikutan wang yang dipinjamkan tidak dipulangkan kembali pada 14 September lalu.

Menurutnya, imam berkenaan dikatakan cuba menghubungi bakal menantunya itu untuk menuntut wangnya, namun pelbagai alasan diberikan lelaki terbabit.

"Susulan laporan mangsa, lelaki berkenaan kemudiannya ditahan pada 11 malam tadi di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa bagi membantu siasatan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dalam proses untuk tahanan reman," katanya.

Kejadian itu tular di Facebook apabila seorang mangsa yang dikenali sebagai Nurul Afifah membuat hantaran dengan mendakwa bahawa mereka seperti 'dipukau'.

Dakwanya, mereka kerugian RM55,800 apabila wang simpanan ibu, ayah dan abangnya serta duit yang dipinjam daripada saudara terdekat serta barang kemas diserahkan kepada lelaki berkenaan.
Tamat.


Disiarkan pada: Oktober 3, 2021 @ 12:16pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2021 01:04 PM | Show all posts
Dan2 kena pukau  pukau2 ni ibarat one time event. Xdak la in trance sampai bbulan2. Baik p pukau pak muntri. Leh mintak jota2. Asal marhaen ja dok  pukau  Naya marhaen.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pukau paksa ke pukau rela?
Haihhhhhh habislahhhh anak tuuuu jenuh nak menjawab nape pilih laki gituuu
Sebab ko lerrrrr family ni hilang duit yada3 padahal sendiri senang serah duit.
55k hilang gitu jee.... That's a lot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.076877 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list