View: 1571|Reply: 0
|
[Sabah]
ATM Dalam Projek PJM Baik Pulih 5 Buah Rumah Di Sabah
[Copy link]
|
|
![](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2021/10/atm-tdm-1-640x420.jpeg)
KOTA KINABALU, SABAH – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) telah membaik pulih LIMA (5) buah rumah di Sabah yang memerlukan dalam Projek Jiwa Murni (PJM).
PJM dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan bantuan kepakaran daripada Tentera Darat (TD) kepada awam.
Divisyen Kelima Infantri (5 Div) menerusi pasukan Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) dan pasukan naungan bawah 5 Div yang lain diatur gerak bersama aset TD terlibat dalam melaksanakan projek yang bermula sejak 30 Ogos 2021 dan dijangka tamat pada 8 Oktober ini.
Sel perhubungan raya 5 Div berkata initiatif itu telah diambuk Jawatankuasa Civil Military Cooperation KEMENTAH (JK CIMIC KEMENTAH).
“Projek baik pulih ini melibatkan dua (2) buah rumah di Kota Kinabalu dan dua (2) buah rumah di Kinabatangan serta sebuah rumah di Tuaran…
“Pasukan 5 Skn RAJD telah melaksanakan tinjauan ke beberapa lokasi seperti berikut untuk mengenalpasti kos dan skop kerja sebenar berdasarkan kepada peruntukan yang disediakan,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Salah sebuah Projek Khas PJM Kementah Baik Pulih Rumah adalah milik Haji Osman bin Abdullah yang merupakan veteran ATM di Kg Tambalang Laut Pantai Dalit Tuaran, Sabah
Jangka masa baik pulih bagi projek ini adalah dua minggu iaitu dari 09 Sep 21 sehingga 25 Sep 21.
Menurut 5 Div, antara baik pulih yang dilaksanakan adalah kepada beranda rumah, menukar kerangka bumbung yang reput dan bumbung yang bocor serta menukar papan dinding yang reput dan lantai rumah di samping menukar siling yang rosak dan kerja-kerja mengecat.
“Pelaksanaan PJM ini bertujuan untuk membentuk jalinan kerjasama antara TD bersama penduduk setempat sekali gus dapat memberi sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat setempat…
“Aktiviti seumpama ini juga dapat mengekalkan hubungan antara TD dengan awam seperti mana yang digariskan dalam Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam,” jelasnya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|