CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36203|Reply: 1

Banyak kali terlanjur, wanita nak nikah enggan lagi buat dosa... Tunang ugut langgan pelacur jika tolak permintaan

[Copy link]
Post time 3-1-2025 11:26 PM | Show all posts |Read mode



IMPIAN perkahwinan seorang wanita untuk mengecapi kebahagiaan rumah tangga bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita yang menjadi mangsa kekerasan bakal suami.

Menurut wanita berkenaan, tunangnya bukan sahaja bersikap panas baran, malah kerap mengasari dirinya secara emosi dan fizikal.

Menerusi satu luahan di grup Facebook 'Masalah Rumah Tangga', wanita itu mendedahkan dirinya bersama tunang sudah beberapa kali terlanjur.

"Saya dan tunang sudah selalu terlanjur. Tapi ada satu hari, saya penat sangat sebab buat kerja rumah seharian.

"Dia cakap nak datang rumah dan suruh saya bersedia untuk 'bersama'," katanya.

Menurut wanita itu, dia memberikan alasan dirinya terlalu penat dan tidak mampu memenuhi permintaan tunangnya.

Namun, respons yang diterimanya amat mengecewakan apabila tunangnya membuat ugutan terhadapnya.

Keadaan itu juga membuatkan wanita berkenaan tawar hati meneruskan rancangan perlahwinan.

"Bila saya cakap tak boleh, saya penat. Dia terus memberontak, marah-marah dan ugut saya.

"Dia kata kalau dia langgan pelacur nanti, jangan salahkan dia. Saya pun tak tahu nasib ke depan nanti.

Masih belum terlambat untuk bertaubat. Angkat kaki dan tinggalkan jantan macam tu. - NETIZEN

"Kalau nak batalkan pernikahan, saya rasa terlalu 'jauh' sebab kami dah buat macam-macam. Orang jumpa pasangan rasa gembira tapi saya rasa takut," jelasnya lagi.

Lebih membimbangkan apabila bakal suaminya itu juga didakwa pernah 'naik tangan' disebabkan sikap baran yang tidak terkawal.

Pengakuannya mengundang kemarahan ramai terutama kaum wanita yang tidak bersetuju sekiranya perkahwinan dengan si tunang diteruskan.



Rata-rata warga maya turut mengingatkan pengadu serta orang ramai yang sedang menjalinkan hubungan supaya berhati-hati dengan pasangan bermasalah.

"Tinggalkan dia. Bertaubat, cari lelaki lain.

"Jangan tergadai masa depan. Hancur segalanya. Ramai lagi boleh terima seadanya.

"Masih belum terlambat untuk bertaubat. Kalau saya, angkat kaki dan tinggalkan jantan macam tu. Belum apa-apa sudah baran. Esok kalau sudah sah, kaki tangan tu 'lauk harian' awak la sis," komen beberapa netizen.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Even dh kwen pon..lelaki ni akan cr lubang lain.
Tuhan dah tunjuk tu..angkat kki la dekkk.Dia stay bkn sebab syg..dah la x respek ko..dia stay sebab nafsu je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.149694 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list