CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 4

[Sarawak] Curi kipas bapa, anak dipenjara empat bulan

[Copy link]
Post time 7-10-2021 04:17 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 7 OKTOBER: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahmakah Majistret di sini selepas didapati bersalah mencuri kipas bapanya.

Tertuduh, Zairiman Zada Shelsada, 29, didakwa mencuri sebuah kipas meja milik bapanya, Shelsada Lalzada, 59, pada 22 Jun lalu, jam lebih kurang 6.30 petang bertempat di kediaman mereka di Taman Riverview, Jalan Daya Bintawa, di sini.

Zairiman mengaku bersalah di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi, sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan,  bapa Zairiman melihat anaknya mengambill dan membawa sebuah kipas meja dengan meletakkannya di dalam sebuah beg hitam, sebelum keluar menaiki motosikal miliknya namun tidak membawa pulang kipas tersebut selepas pulang ke rumah.

Bapa Zairiman (pengadu) kemudian mengesyaki anaknya itu (tertuduh) telah menjual kipas tersebut yang dianggarkan bernilai RM50 lalu membuat laporan polis.

Zairiman dikatakan mempunyai kecenderungan mencuri barang-barang milik pengadu dan ahli keluarga lain untuk membeli barang terlarang dan bermain judi atas talian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

TvS


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Uniknya nama anak beranak ni.. pertama kali la dgr..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 04:39 PM | Show all posts
upper_case replied at 7-10-2021 04:35 PM
Uniknya nama anak beranak ni.. pertama kali la dgr..
dan tiga2 ... termasuk majistret nya ada huruf Z

walaupun sekadar kipas meja ... dah geram sangat la bapak tu ... abis barang nak d jual untuk dadah dan judi ...



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 04:39 PM
dan tiga2 ... termasuk majistret nya ada huruf Z

walaupun sekadar kipas meja ... dah geram sa ...

Ya... Baru perasan.. haha
Bapak tu dah tak mampu ler tuh nak buat apa2 dgn anak yg mcm tu.. dah jadi tebiat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2021 04:52 PM | Show all posts
upper_case replied at 7-10-2021 04:45 PM
Ya... Baru perasan.. haha
Bapak tu dah tak mampu ler tuh nak buat apa2 dgn anak yg mcm tu.. dah j ...
nama atok nya skit jer lagi nak jadi .. buang "L'

kata orang ...
dadah dan judi ni ... bila dah jadi ketagih ... payah tu nak buang perangai tu ...

umur dah 29 .. moga dapat berubah la bila keluar tu nanti ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.340240 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list