CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2631|Reply: 7

[Kelantan] Ada 52 varian Delta, Beta di Kelantan

[Copy link]
Post time 7-10-2021 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Ada 52 varian Delta, Beta di Kelantan[size=0.8]Oleh Hidayatidayu Razali - Oktober 7, 2021 @ 4:17pm[email protected]


Ada tujuh kes jangkitan COVID-19 varian Delta di Kota Bharu. - Foto hiasan NSTP



KOTA BHARU: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan 52 jangkitan COVID-19 membabitkan varian Delta dan Beta di Kelantan, sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata sampel varian Delta ialah 26 kes termasuk 12 jangkitan yang direkodkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu ini.

Katanya, jumlah kes bagi varian Beta sebanyak 26 kes.

"Pertambahan varian delta ini merisaukan kerana jangkitan ini sudah ada dalam komuniti menyebabkan kes harian COVID-19 di Kelantan masih lagi tinggi iaitu melebihi 1,000 kes sehari.

"Kes varian Delta dan Beta itu membabitkan sembilan daerah iaitu Tumpat sebanyak 14 kes (tiga Delta, 11 Beta); Kota Bharu sembilan kes (tujuh Delta, dua Beta); Tanah Merah lapan kes (satu Delta, tujuh Beta); Pasir Mas tujuh kes (tiga Delta, empat Beta); Pasir Puteh mencatatkan tiga kes Delta.

"Machang dan Gua Musang masing-masing dua kes Delta dan Jeli satu varian Delta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Zaini berkata, walaupun tiada sampel yang menunjukkan varian Delta di Kuala Krai dan Lojing tetapi kemungkinan varian yang sama juga turut merebak ke jajahan berkenaan.

"Kita menasihatkan masyarakat supaya terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) memandangkan varian Delta dan Beta semakin menular.

"Walaupun sudah mengambil vaksin, namun kita semua perlu menjaga diri dan kesihatan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
alah mcmana nk balik ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 7-10-2021 07:52 PM
alah mcmana nk balik ni

Kerajaan menasihatkan warga negeri Kelantan untuk tidak pulang ke kampung dalam tempoh sebulan dua akan datang walaupun sudah berjanji untuk menumpang kereta adik.ini bertujuan untuk mengelakkan varian baharu dari dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagar rapat je lah Kelantan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:17 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 7-10-2021 08:09 PM
Kerajaan menasihatkan warga negeri Kelantan untuk tidak pulang ke kampung dalam tempoh sebulan dua ...

tak logik varian delta tetiba menganut di kelantan.

ikut logik pintu border semua dah katup. so main pintu ialah airport. kalau masuk airport pasti kl selangor dah kena dulu kan? ..teori kedua logik sbb border thailand sama kes border serawak variant delta dapat dari border.

bagi kaka ni petanda petanda salam perantau sayonara
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-10-2021 08:17 PM
tak logik varian delta tetiba menganut di kelantan.

ikut logik pintu border semua dah ka ...

Kau jgn x tau kat sempadan siam tu lembu pun blh lps nikan plk kuman kobid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 7-10-2021 08:09 PM
Kerajaan menasihatkan warga negeri Kelantan untuk tidak pulang ke kampung dalam tempoh sebulan dua ...


bam johny jgnn memacam nnti semua sskjp bangkit beramai2 boleh gempa bumi malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:32 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 7-10-2021 08:22 PM
Kau jgn x tau kat sempadan siam tu lembu pun blh lps nikan plk kuman kobid

abg jat? lembu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.119133 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list