CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2550|Reply: 1

[Kelantan] APMM Kelantan lupus 245 bot nelayan asing sejak 2007

[Copy link]
Post time 7-10-2021 10:47 PM | Show all posts |Read mode
APMM Kelantan lupus 245 bot nelayan asing sejak 2007 [size=0.8][size=0.9]Hazira Ahmad Zaidi
[email protected]


Bot nelayan Vietnam yang dilucutkan hak oleh mahkamah ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di Pantai Sabak Pengkalan Chepa. FOTO HAZIRA AHMAD ZAID



Kota Bharu: Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Kelantan sudah melupuskan 245 bot nelayan Vietnam dianggarkan bernilai RM367 juta sejak 2007 sehingga kini.

Pengarahnya Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, sebanyak 183 daripada bot itu dilupuskan secara penenggelaman untuk dijadikan tukun tiruan di sekitar perairan Kelantan.

"Pada tahun ini, APMM Kelantan menahan sebanyak 22 bot nelayan asing dan kami menjangkakan kesemua bot ini akan dilupuskan tahun ini atau selewat-lewatnya, tahun hadapan selepas mendapatkan perintah lucut hak daripada mahkamah.

"Proses penenggelaman bot untuk dijadikan tukun tiruan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)," katanya dalam sidang media selepas pelupusan empat bot nelayan Vietnam di perairan Pantai Sabak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Nazri Ishak.

Proses penenggelaman kesemua bot sedalam 21 meter itu mengambil masa selama dua jam berikutan keadaan laut yang bergelora dengan ketinggian ombak 1.5 hingga dua meter.

Syed Nor Adli berkata, kesemua bot yang dilupuskan bernilai RM5.5 juta selepas ditahan dalam Op Naga Barat dan Op Kuda Laut bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara.

Menurutnya, salah satu bot yang dilucut hak membabitkan kru bertindak ganas membaling bom diesel serta objek keras dan tajam ke arah anggota ketika ditahan untuk pemeriksaan pada Ogos tahun lalu.

"Kesemua bot yang ditahan ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan dalam perairan perikanan Malaysia," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 7, 2021 @ 8:04pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2021 10:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.046222 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list