CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3377|Reply: 3

[Terengganu] Tragedi api dapur, tiga beranak hilang tempat tinggal

[Copy link]
Post time 9-10-2021 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi api dapur, tiga beranak hilang tempat tinggal[size=0.8][size=0.9]Zaid Salim
[email protected]


ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kubu.



Marang: Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Kampung Kubu, di sini, musnah dalam kebakaran yang dikatakan berpunca daripada api dapur.

Kejadian jam 1.15 petang itu juga menyebabkan mereka kerugian hampir RM100,000.

Mangsa, Fatimah Jusoh, 61, berkata, ketika kejadian, dia sedang menggoreng ikan di dapur manakala anak perempuannya, Habibah Hassan, 20, berada di tangga rumah.

Menurutnya, ketika menggoreng, minyak di dalam kuali disambar api dan menjulang sebelum menyambar kabinet kayu berhampiran dapur.

"Melihat api membakar kabinet kayu, saya dan anak panik sebelum mengambil keputusan keluar daripada rumah untuk meminta tolong," katanya.

Katanya, ketika itu api semakin marak sebelum jiran menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, ketika kejadian, suami, Hassan Yaakob, 64, sedang berniaga ubatan tradisional di Pasar Manir.

"Selain kediaman yang dibina 40 tahun lalu, saya dan anak turut kehilangan beberapa utas barang kemas yang hangus dan beberapa bungkusan toto terpakai milik anak lelaki yang kini bekerja di Singapura," katanya hari ini.

Katanya, kini, mereka ditempatkan sementara di rumah mesra rakyat di kampung berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai, Zulikifli Md Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 1.15 petang.

Katanya, sebanyak dua jentera bomba masing-masing dari BBP Wakaf Tapai dan Marang bersama 16 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Api berjaya dipadam sepenuhnya jam 3.50 petang. Anggaran kerugian sebenar dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 9, 2021 @ 10:32pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2021 10:45 PM | Show all posts
Allahu akbar. moga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
100k banyak barang kemas rasa ni.. takziah semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Kesiannya
Nak masak tetiba dapur yang terbakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.252964 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list