CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16381|Reply: 55

Bab Mati

[Copy link]
Post time 3-10-2004 03:01 AM | Show all posts |Read mode
   Jom sembang hal mati pula. Asyik berseronok,je, glemer-glemor ,makan,balik kampung,jom fikir hal mati sama.
      Kalau korang ajal di perantau, gimana?,Jenazah nak simpan di tempat di mana meninggal atau bawa balik negara sendiri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2004 04:03 AM | Show all posts
Orang kata terseksa roh kalau kebumikan lambat sangat jadi kalau cheqlah, kebumi kat sini ajelah ... talking about that, balik KL kena update penamaan kwsp ler... kena masuk nama adam
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2004 09:02 AM | Show all posts
doa supaya tanam kat mana i mati...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2004 02:04 AM | Show all posts
Originally posted by Sarah_Radzi at 3-10-2004 09:02 AM:
doa supaya tanam kat mana i mati...


salam

me pon ..kesian jenazah..

pastikan ada life insurans utk pencari rezeki..takde lah yg tinggal nanti jenuh nak bayar hutang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2004 02:10 AM | Show all posts
aku, kalau dorang lontar kat paya pun tak kisah, sebab masa tu aku sibuk menjawab soalan nukar dan nakir
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2004 04:23 AM | Show all posts
Ko ni kelakarlah remy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2004 06:36 AM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 4-10-2004 02:10 AM:
aku, kalau dorang lontar kat paya pun tak kisah, sebab masa tu aku sibuk menjawab soalan nukar dan nakir



salan

belum lagilahhhhhhh..depa mai lepas 7 tapak org meninggalkan kita dlm liang lahat...:stp:..eii..takutnyer
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2004 01:17 PM | Show all posts
di mana bumi dipijak, si situ langit dijunjung....

sory na, cek bukan kat obersea, kat m'sia ja...
kalau mati pun insaallah kat sini.......................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2004 10:54 PM | Show all posts
Originally posted by mentollica at Mon 04th Oct 04 13:17:
di mana bumi dipijak, si situ langit dijunjung....

sory na, cek bukan kat obersea, kat m'sia ja...
kalau mati pun insaallah kat sini.......................

Sapa ingat kisah Malaikat Izrael yang nak cabut nyawa pemuda di India sedangkan masa tu pemuda tu berada ditempat yang jauh dari sana? Aku ingat ingat lupa....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2004 02:04 AM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 4-10-2004 10:54 PM:

Sapa ingat kisah Malaikat Izrael yang nak cabut nyawa pemuda di India sedangkan masa tu pemuda tu berada ditempat yang jauh dari sana? Aku ingat ingat lupa....



kisah nabi daud ke nabi sulaiman...tak berapa nak ingat la....
dia minta nabi daud or sulaiman terbangkan dia ke india....
sebab semasa dia bersama2 dgn. nabi daud/ sulaiman itu...
malaikat izrael ada bersama2 mereka disitu jugak....
kemudian pemuda tu bertanya kepada nabi daud/sulaiman siapakah lelaki yang asyik memandang kearahnya....
jawab nabi daud / sulaiman...itulah malaikat Izrael...
dan malaikat izrael pulak asyik terpandang pemuda tersebut sebab...
dia diminta oleh Allah SWT..untuk mengambil nyawa pemuda tersebut di India....bukan di tanah Arab itu...


remy...aku pun ingat2 lupalah kisah ni..

[ Last edited by alahai on 5-10-2004 at 02:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2004 02:47 AM | Show all posts
Tak silap aku Malaikat Izrael datang jumpa Nabi Sulaiman bagitahu dia diperintahkan oleh Allah untuk mencabut nyawa seorang pemuda kat India sedangkan pemuda tu masa tu berada kat ?. Tetiba ada seorang pemuda jumpa Nabi Sulaiman, minta supaya memerintahkan angin menghantar dia ke India, lebih kurang mcm tu lah citer dia kan?
Reply

Use magic Report

mje This user has been deleted
Post time 5-10-2004 02:48 AM | Show all posts
kebetulan mje terbaca satu artikal yang pasal mati ..elok la kita sama2 mafaatkan...

Tazkirah menarik utk. dikongsi

===============================

Assalamualaikum

Ikhwan dan ikhwah Dikasihi,

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat

itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang ana nak utarakan ini pasal

musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada

juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang

untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka

meninggal di Amerika dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah

pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat

lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat

diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan

berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat.

Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut

untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si

mayat.



Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak

ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya.

Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di

tempat dia meninggal (US lah!). Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu

kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia

pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah

semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat

itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah

perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah

Allah.



Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah

mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik

Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah

dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan

kesihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.



Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum

dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat

itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat

itu akan disedut segala cecair dalamannya. Peraturan penerbangan Amerika

(dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat,

maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya

memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground). Lepas itu

dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat.



Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam

tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu

dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan.

Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu

mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu

difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu

dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat,

malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia

tidak perlu disedut apa2. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah

jadinya dan akibatnya.



Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah

dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!". Kita kena faham,

kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu

terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung

kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun

kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung.

Hatta Abu Jahal pun dikebumikan di Mekah! Apa bezanya?



Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2

mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah

mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah,

bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau

mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2

Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung,

insaya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah

Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja

sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia

boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang

soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah.


iklas dari mje...kongsi- kongsilah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2004 03:33 PM | Show all posts
................kalau ada kematian tu elok2lah ditanamkan segera di tempat mana dia mati..........ini yg paling baik.......tapi aku kalau jumpa org mesia yg duk kerja sini semua kata 'kalau aku nak mati aku nak balik mati kat mesialahhhhh'....kuakuakuakuakuakuakuakuakuakuakuakuakuakuauakua
Reply

Use magic Report

mje This user has been deleted
Post time 5-10-2004 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 5-10-2004 03:59:
terima kasih mje. Kekadang kalau naik kereta terutama perjalanan jauh,terfikir kalaulah, kemalangan,habis semua kami anak-beranak mati tak de siapa saudara mara Islam di sini. Tu pasal,bebaru ni sa ...

emm..good idea...:hug:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2004 09:30 PM | Show all posts
tapi macam student kat US ni ( cam my hubby) kena bayar insuran mati...hehehehe..
10 dollar sorang setiap tahun....sebabnya semua student oversea kalau meninggal di US ni mesti dihantar pulang ke negara memasing....

habis tu camna pulak ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2004 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by J_Sky at 5-10-2004 03:33 PM:
................kalau ada kematian tu elok2lah ditanamkan segera di tempat mana dia mati..........ini yg paling baik.......tapi aku kalau jumpa org mesia yg duk kerja sini semua kata 'kalau aku nak ...



yang tu kisah kalau nak mati....
ni kisah kalau termati....hehehehehe......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2004 05:29 AM | Show all posts
Originally posted by belanga at 6-10-2004 04:39 AM:

  Kenapa ha? Yg. kata mesti ni,kerajaan US atau kerajaan M'sia?



Kerajaan US rasanya...hanya utk. foreigner je..(macam hang dah kawin org. sini lain cerita la)...
sebab semasa my hubby diminta untuk bayar yuran sebanyak 10 dollar sorang tu ...my hubby pun tanya la utk. apa...?
depa cakap untuk penghantaran pulang jenazah jika berlaku kematian semasa di US ni...
kallau tidak kami pun tak tau, sebab insuran ni sebenarnya di bayar oleh my hubby's employeer, tapi tak cukup 10 dollar sorang, jadi kami kena cukupkan la...tu yang boleh tau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2004 08:29 AM | Show all posts
tanam kat mana2 pun sama juga..semua ngadap Allah.tak usah dirisau dimana nak ketanam tetapi risau apa bekalan dibawa:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2004 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by belanga at 4-10-2004 02:59 PM:
terima kasih mje. Kekadang kalau naik kereta terutama perjalanan jauh,terfikir kalaulah, kemalangan,habis semua kami anak-beranak mati tak de siapa saudara mara Islam di sini. Tu pasal,bebaru ni sa ...


sama ler kita belanga..dalam kereta siapa tulis no telepon yg boleh dihubungi jika berlaku apa2
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2004 06:54 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 2004-10-3 03:01:
   Jom sembang hal mati pula. Asyik berseronok,je, glemer-glemor ,makan,balik kampung,jom fikir hal mati sama.
      Kalau korang ajal di perantau, gimana?,Jenazah nak simpan di tempat di mana m ...




Tanggungjawab nak uruskan tu bukan tanggungjawab orang yang mati, tapi tanggungjawab orang yang hidup.  Tak kisah le kalau dia orang nak uruskan kat mana.  

Bagi yang meninggal, kena makan singa ke, jatuh bungee jumping ke, kena colek rebel ke tu semua sama aje.

[ Last edited by ibnur on 6-10-2004 at 06:59 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.072648 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list