View: 12350|Reply: 30
|
Keasyikan `memburu' buku terpakai
[Copy link]
|
|
Petikan dari Utusan oleh SHAHAROM TM SULAIMAN pada 7hb November lepas, tapi baru baca semalam. Maklumlah ada kat kampung nak dapatkan surat khabar punyalah susah. Bila baca petikan ni teringat kepada anda semua.
Kepada sesiapa yang tak berpeluang membaca inilah dia petikannya.
Nama panggilannya Kamal. Bila suatu ketika dia tergopoh-gopoh dengan wajah ceria, itu bermakna dia baru saja `berburu' atau mendapatkan buku baru yang ingin ditunjukkan kepada penulis. Buku baru itu bukanlah baru dalam pengertian sebenar, sebaliknya buku baru yang terpakai yang dibelinya di toko buku terpakai Skoob Books, Petaling Jaya atau di toko buku Payless.
Tidak jarang juga Kamal selalu mendapatkan buku terpakai di toko buku Popular atau mana-mana toko buku terpakai kecil mamak yang berselerakan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Umumnya, buku-buku yang dibeli Kamal sudah berwarna agak kecoklatan, dengan beberapa coretan di sana sini. Namun, ia bangga menunjukkan kepada penulis bahkan ghairah bercerita dengan hanya RM50, dia berjaya membeli empat buah buku terpakai, yang menurutnya, isinya masih relevan dengan situasi sekarang.
Dan ia menyebut sudah menghabiskan ratusan ringgit dalam tiga bulan terakhir untuk `memburu' buku-buku terpakai. Ia juga bangga mengatakan bahawa itulah yang kelak dapat ia wariskan pada anak-anaknya. Kamal memang tidak punya harta bertimbun tetapi di rumahnya penuh dengan `harta' ilmu berbentuk koleksi buku sehingga tiada ruang yang selesa untuk mengisi bukunya.
Seringkali terdengar juga leteran isterinya supaya mengawal nafsunya terhadap buku kerana ketiadaan ruang.
Seringkali juga Kamal mengungkapkan kekecewaannya, kerana ada sebuah buku yang ia ingin beli, tetapi koceknya ``menjerit''. Ia terpaksa rela buku yang ia minati itu diambil orang lain. Sebagai gantinya, di kesempatan lain ia memperoleh buku bagus yang sebenarnya pesanan orang lain. ``Pemesannya tidak datang berhari-hari. Jadi, saya jual dengan anda saja,'' ujar Kamal meniru cara penjual buku terpakai.
`Memburu' buku atau book hunting merupakan sejenis kegiatan unik yang disukai oleh para pencinta buku dan pengumpul buku (book collector). Kegiatan ini menawarkan keasyikan dan pesonanya yang tersendiri. Ia memerlukan ketekunan, kepintaran menawar, kesabaran, dan tenaga untuk mencari. Tanpa semua itu, nescaya buku yang diharapkan tidak akan datang dengan sendiri, kecuali nasib menyebelahinya. Sebaliknya, jika buku yang diinginkan berjaya diperoleh, sungguh itu suatu kenikmatan yang sukar dilafazkan dengan kata-kata.
Sekiranya dia ingin membeli buku-buku lama atau buku yang tiada lagi dalam cetakan, Kamal akan berkunjung ke Pulau Pinang yang masih lagi banyak terdapat toko-toko kecil buku terpakai atau pergi saja ke pasar Chowrasta, dan di situ Kamal akan `tenggelam' dalam keasyikan dunia buku. Bukan Kamal saja, tetapi sesiapa saja pencinta buku akan mengalami apa yang Kamal rasai.
Kalau nasibnya baik, dia mungkin mendapatkan buku-buku nadir (rare books). Buku terpakai dan buku nadir memang berbeza. Buku yang habis dibaca untuk kemudiannya dijual ke penjual buku, itulah yang disebut buku terpakai.
Jumlah buku jenis ini masih lagi banyak di pasaran. Buku nadir jelas memang buku lama, lazimnya tidak lagi diulang cetak, bahkan ada yang mendefinisikannya buku cetak sebelum 1900.
Jumlah buku jenis ini memang sedikit sekali dan sukar ditemui di pasaran dan harganya mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit. Selalunya untuk buku jenis nadir ini, para pembeli dan peminat perlu mempunyai rangkaian atau jaringan kontak yang luas.
Lantaran itu, mengumpul buku terpakai atau nadir boleh menjadi hobi yang murah sekali gus mahal. Jika bernasib baik, sebuah buku yang mungkin bernilai tinggi, mungkin saja dapat dibeli dengan puluhan atau belasan ringgit saja, lantaran si penjual tidak mengerti atau memahami nilai sebenar buku tersebut. Misalnya, pengalaman penulis sendiri ketika membeli buku History of Java karya Thomas Stanford Raffles dengan harga RM10 sedangkan sebuah syarikat pembekal buku nadir yang berpangkalan di Australia menjualnya dengan harga RM500. Memang menyimpan buku-buku nadir mempunyai `kelasnya' yang tersendiri
Namun begitu jika dibandingkan pasaran buku nadir dan terpakai di Indonesia, Malaysia masih jauh ketinggalan dan hampir sebahagian besar buku terpakai adalah novel-novel moden dan jarang sekali terdapat buku-buku umum atau buku-buku besar yang menggugah pemikiran.
Di Indonesia, khususnya di Jakarta, Bandung dan Yogyakarta, buku-buku nadir dan terpakai masih banyak pilihan. Berkunjunglah ke Pasar Senen atau Kwitang Raya di Jakarta, Jalan Palasari di Bandung atau Jalan Maliboro di Yogyakarta, kita akan menemukan bermacam ragam buku sehingga tidak tahu yang mana satu menjadi pilihan. Sekiranya bernasib baik, buku-buku lama cetakan di Malaysia pun boleh didapati. Kalau kocek tidak menjerit, mahu saja diborong kesemua buku-buku itu.
Begitulah, rupa-rupa wujud kecintaan para pemburu buku dan pengumpul buku. Mereka akan merasa gundah dan kecewa bila mana buku-buku nadir `terbang' ke luar negara dan menjadi koleksi bangsa lain yang lebih menghargai sejarah dan kebudayaan manusia. Sementara kaum berduit pula lebih suka mengumpul koleksi kereta mewah dan rumah serta memperbanyakkan ``teman-teman''.
Pada hemat penulis, langkah Perpustakaan Negara mengesan dan memperoleh buku-buku nadir di serata tempat dan belahan dunia merupakan langkah yang terpuji untuk memelihara khazanah intelektual negara. Kita tidak mahu lagi terjadi `kehilangan' warisan manuskrip Melayu yang banyak tersimpan di luar negara seperti di British Library, Bodlean Library atau di mana saja. Khazanah itu tidak mungkin lagi kita dapati dalam bentuk asal kerana mereka mengetahui manuskrip mahupun buku-buku nadir merupakan khazanah intelektual yang cukup berharga. Bukankah ada kata-kata yang mengatakan, `jika ingin menguasai minda sesuatu bangsa, kuasailah bahan-bahan penulisan mereka'. Dan, inilah yang dilakukan oleh Perpustakaan Kongres Amerika (Library Of Congress) yang membeli dan memperoleh seluruh bahan tulisan asli sesuatu bangsa dan negara di seluruh pelosok benua. Tidak hairanlah kalau Amerika `menguasai' dunia, namun begitu kita masih lagi boleh mengharapkan para pencinta buku untuk `menguasai' ilmu! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ahh..thanks for this superb article. this reminds me to hunt for used book when I visited Medan end of this year.
Baru2 nie sherrina gi Payless di Ampang Point, sempat memborong 4 buku2 John Grisham untuk dilengkapkan dalam koleksi buku JG yang sangat sherrina minati. kalau buku baru, hardcover harganya RM 70 dan paperback pula RM35. Tapi di Payless, dengan RM60 dah bleh beli 3 hardcover buku2 JG dan 1 paperback JG. mengisi masa lapang di cuti hari raya :bgrin: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hamyhaireen...
Terimakasih kerana memaparkan artikel menarik ini... sayang sekali saya jajarang ternampak artikel2 sebegini dalam s kabar kita yang membolehkan menarik minat lebih ramai orang kita jadi penagih buku...
pasal pasar chowrasta di p pinang... dulu kedai2 buku ini berderet deret terletak di tepi jalan mc alister...saya setiap kali pergi p pinang lewat 1980s mesti melawat toko2 buku ni....malang sekali kerajaan p pinang buat keputusan yang bodoh memindahkan toko2 buku ni ke pasar chowrastra....saya fikir deretan toko buku di mc alister road dulu satu perkara yang unik di malaysia...tak ada tempat lain begini di malaysia... waktu dulu buku2 nya pun amat banyak kerana di buterrworth waktu tu ada australian air base... askar2 australia banyak baca buku dan bila habis mereka pass kat mc alister road... nak dapat playboy pun senang!!... sebelum awak kata apa2... short stories dalam play boy amat bermutu ... banyak karangan dari literary figures yang famous dari US...
dari mc alister road lah banyak saya kenal literary figures dari usa... misal nya f scott fitzgerald, norman mailer, gore vidal, peter de vries, john updike, phillip roth, william styron, faulkner, hemingway , saul bellow dsb nya...
dan sekarang... setahu saya lah tiada kedai buku terpakai yang lebih baik dari payless (dan skoob) di malaysia...
dari sini terutama nya payless saya boleh kenali 'small litmags' seperti GRANTA, "Story", "ploughshares", "Paris Review", "glimmer train", dan buat koleksi banyak buku2 fiction dengan harga yang sangat murah....antara penulis2 di segani yang susah nak dapat di toko2 biasa...yang boleh di dapati dengan murah termasuk jonathan frantzen, J M coatzee, Don Delillo , salman rushdie dll...
i'm sure some of our book forrumers may have met me there sometimes...i go there almost once a week...all branches...
and skoobs!!!...the most eclectic bookstore in Malaysia! ( mr raman of silverfish may disagree!) ...and an interesting owner...mr thor is part time film actor, playright, lecturer.. book reviewer in the star... he had a small role in 'sepet'...but i've not yet seen the movie.. so donno if he's any good... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the article dan saya juga dapat identify myself dgn Kamal...dan penulis ini...Chow Rasta baru saja saya kenali dan saya rasa macam at home bila berada di situ sebab "the amazing maze" of books yg ada di sana membuatkan poket saya menjerit setiap kali berada di sana...dan di sini juga bakat saya untuk menawar dgn uncle kedai menyerlah...walaupun kekadang tue terlepas gak...found lots of books that i bought but yet to read sebab i guess, saya pun jenis yg suka ada banyak buku di rumah dan bercita-cita tinggi untuk membacanya tetapi selalunya buku2 inilah yg terakhir akan saya baca...and some of these books i sorok sebab kalau kawan2 or relatives datang ramai yg ingin meminjam dan akhirnya hilang begitu saja...saya ada sebuah buku tahun 1929 yang saya beli pada harga RM3 di Penang dan di dalam buku itu terdapat sepucuk surat bertandatangan dari seorang anak utk parentsnya...I treasure this book and has hidden it somewhere sampai i dah tak jumpa sekarang..heheh...but will surely find it again one day....
Bila pergi ke kedai buku saya lebih suka pergi seorang tanpa suami atau sesiapa yg menunggu kerana tidak adil bagi mereka menunggu saya yang in awe surrounded by all these books....
my favorite spots will still be those 2nd hand bookstores, kino, chow rasta and those unventured kedai buku ala mcalister street... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
interesting article...
i noticed people tend to go to famed bookstores like MPH and Times..
tapi kedai buku terpakai ni, jarang ada kat kawasan perumahan saya.. mungkin sebab minat membaca tak tinggi lagi kat rumah tu? ada satu kedai tu, boleh sewa buku masa saya sek men.. skrg dah ditutup.. i am so frustrated, kalau nak cari buku terpakai kena ke ampang point for payless |
|
|
|
|
|
|
|
yg saya perhatikan,
kedai sewa buku mmg ada kat sini ngan kat Indonesia.
bezanya, buku buku sewa lagi terpakai kat sana
mempunyai lebih banyak pilihan
dan jika bernasib baik,
siap dpt buku yg agak recent jugak (dan lebih murah).
i always put aside my money kalau travelling,
in case terjumpa kedai buku yg best.
terpakai atau baru...
yang penting, contentnya sama
dan sebagai pembaca...
kepuasan tetap ada. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmm dok Kl tapi terujanya dengar Chowrasta korunk!
Skoob tu kat mana yerk?(penah dengar, tak silap PJ kan) camner nak pegi dengan bas (or taxi or LRT for that matter)
ade sesetengah kedai buku terpakai cam hampeh betul. mahal nak mampos. Cth Junk kat HS Lee tu. ntah ape2 jual buku novel (etc) kengkadang sama ngan kedai biasa. pastu sales(old kerepot)girl plak kalau kita masuk asyik ikut blakang cam kita nak mencuri.menci aku! |
|
|
|
|
|
|
|
ade sesetengah kedai buku terpakai cam hampeh betul. mahal nak mampos. Cth Junk kat HS Lee tu. ntah ape2 jual buku novel (etc) kengkadang sama ngan kedai biasa. pastu sales(old kerepot)girl plak kalau kita masuk asyik ikut blakang cam kita nak mencuri.menci aku!
Memang pernah terkena, menyesah sungguh! Harga dia lebih mahal dari buku baru. Sekali je beli lepas tu tak pergi2 dah walaupun selalu lalu dekat situ. nf: |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm, once again... jeles betoi aku ngan u all ni... kat tmpt aku buku baru pon payah nak dapat, inikan pulak buku 2nd hand... sedih betoi laa. My father dulu every month abihkn quarter of his gaji beli buku, mcm2 jenis bacaan.., buku agama, magazines, akademik, motivasi.. itu dulu, time dok jb, abt 20 yrs ago...
now, hampeh.... lebih byk buku kat umah mak aku drpd umah aku sndiri...
regards,
aNNa_KaReNiNa |
|
|
|
|
|
|
|
Memburu buku?
Burjuis sungguh... |
|
|
|
|
|
|
|
MENARIK NYA..TP SEDIH COZ KAT MY PLACE NI JGN KAN KEDAI BUKU TERPAKAI..KEDAI BUKU BARU PUN PAYAH! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lily_Savage at 26-12-2005 04:09 PM
MENARIK NYA..TP SEDIH COZ KAT MY PLACE NI JGN KAN KEDAI BUKU TERPAKAI..KEDAI BUKU BARU PUN PAYAH!
hi lily,
u kat maner.. senasib ler kiter... jeles betoi ngan diaorg ni lah..
regards,
aNNa_KaReNiNa |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini pon takder kedai buku terpakai..tempat sewa buku tu ader.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana eh skoob tue...ada map tak? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm
tumpang senyum... dan tabik kat korang... yg dpt sentiasa berkunjung ke kedai2 buku sebegini...
namun dlm hati ada ... rasa jaki kat korang.... |
|
|
|
|
|
|
|
how very true.it really implies to me-sangat seronok memburu buku2 terpakai (tapi mestilah buku2 yang kita minat) |
|
|
|
|
|
|
|
me antara salah sorang yang gemar beli kat kedai terpakai,
masa kat Kl, kedai buku terpakai yang tak jauh dari .... me lupa, dekat dekat CM, kedai india...
selalu pergi, tapi nak kata murah pun tak jugak sebab buku lonely planet edition lama pun dorang jual mahal...
sini kedai buku terpakai, juling mata dibuatnya nak pilih buku, john grisham me beli 3 dulu 4.50 aje,
dan brown, buku first dia, 2 dollar aje... dan bestnya buku buku dia semua elok, kemas, cantik dan bersih... |
|
|
|
|
|
|
|
korg betul ke minat nak cari /buru buku terpakai? aku mmg byk stok buku terpakai...aku buat sewa...nak jual tu...so far aku x jual...tp x tau la...tgk buku apa yg korg nak...kalo aku rasa patut jual..aku jual la...harga reasonable jer. kat bawah ni senarai yg ada dlm stok aku...ada lagi sbnrnya,tp tgh dok trace.
ps: cik mod,ini bukan promo atau iklan..cuma nak tolong menolong antara sesama 'ulat buku'. kalo x sesuai..pm saya k,jgn terus moved..
---------------------------------------------+++++++++++++++++++++++++++++++++++----------------------------------------------
BUSINESS&FINANCE
1- Jutawan dari planet Jupiter,azizi ali, 2003
2- Secrets of internet millionaires revealed, irfan khairi, 2006
3- Memulakan bisnes sendiri, ainon mohd,2005
4- Jutawan yang anda belum kenali, muhd amin al-farabi,2005
5- Corporate life to MLM, lee poh eng, 2004
6- Permata hartanah, renesial leong, 2004
7- Learn from successful entrepreneurs,vanakkam Malaysia,2005
8- The ten day MBA(revised edition), steven silbiger, 1999
9- Drinking coffee,telling stories&making money,q.s sim&Stephanie sta maria,2004
10- Selling for dummies, tom Hopkins, 2001
11- Menjejaki jutawan senyap,dr rusly Abdullah, 2004
12- Rahsia bisnes orang jepun, ann wan seng, 2006
13- Retire young retire rich, Robert t.kiyosaki, 2005
14- How to get rich, Donald j. trump,2004
NOVEL
John Grisham
15- The summons; john grisham,2002
16- The partner, john grisham, 1997
17- The testament, john grisham, 2000
18- The last juror, john grisham, 2004
19- The king of tort, john grisham, 2003
20- The street lawyer, john grisham, 1999
21- The broker, john grisham,2005
22- The firm&the pelican brief,john grisham,1999
Dan Brown
23- Digital fortress, dan brown,2004
24- Angels and demons, dan brown, 2001
25- The da vinci code, dan brown,2004
Others author
26- The senator抯 daughter, Victoria gotti, 1997
27- The godfather, Mario puzo, 1998
28- Executive orders, tom Clancy, 1998
29- The pilgrimage,paulo Coelho, 2004
30- The chronicle of narnia, c.s lewis,2005
MOTIVATION&SELF HELP
31- Awaken the giant within, Anthony robbins, 1992
32- 100 ways to motivate yourself, steve chandler, 2005(2nd printing)
33- Menjadi kaya dengan kedamaian fikiran,napoleon hill,2002
34- Anda berkarisma apabila..?, dr mohd fadzillah kamsah&a.naim jaafar, 2005
35- Peribadi&anda, amina haji noor,1994
36- Cara belajar di pusat pengajian tinggi, mohd shariff mat saad, 1992
37- Unlimited power,365 daily lessons,Anthony robbins,1998
38- Buat duit dengan menulis , jeniri amir, 2005
39- How to pass exam, fred orr, 1994
40- Berani gagal, billi p.s lim,1997
41- The everything creative book,carol whiteley, 2002
42- 365: pelan tindakan positif, napoleon hill,2002
43- Stress management for you,V.mohan, 1995
AUTOBIOGRAPHY
44- The private life of chairman mao, zhisui li, 1996
45- Cerita saya,lim goh tong, 2004
MEDICAL
46- Baka&zuriat, prof dr abd hamid arshad,1996
DICTIONARY
47- Kamus dwibahasa bahasa inggeris-bahasa Malaysia, DBP,1993
48- Pocket scrabble dictionary, Collins,2004
49- Kamus arab-indonesia, prof h.mahmud junus, 1973
50- Thesaurus melayu moden UTUSAN, Abdullah hassan&ainon mohd,1994
51- Ensiklopedia nama-nama muslim,abu 慽zzah,2002
POLITICS&POWER
52- Warkah anwar(surat-surat dari penjara 1998-2004,anwar ibrahim, 2005
53- The 48 laws of power (concise edition),Robert greene,1999
54- Anwar kembali berkuasa,azizan ahmad, 2004
LAWS
55- Akta penjara 1995,P.U. (A) 325
56- Public law in contemporary Malaysia, ,ed wu min aun, 1999
57- Rules of high court, as at 10th may 1999
58- National land code, as at 14th may 1998
LANGUAGES
59- Essential Arabic phrase book,fethi mansouri, 2004
TRAVEL
60- The rough guide to Europe 2006,rough guides,October 2005
LEADERSHIP&ADMINISTRATION
61- Wawasan dan kepemimpinan,michael yeoh, 2003
62- Pengantar pentadbiran awam,ahmad atory hussain,2001
63- Research methodology in islamic perspective, mohammed muqim, 1997
64- Keanehan dan keunggulan buku, shaharom tm sulaiman&salasiah abd wahab,2002
65- Belajar berfikir,Edward de bono, 2003( 3rd printing)
AGAMA
66- Kewajipan menguasai enam jenis fiqh bagi pendakwah islam di alaf baru, Mustafa malaikah,2002
67- Bagaimana berinteraksi dengan al-sunnah,yusuf al-qaradawi,1996
68- Apa ertinya saya menganut islam?, fathi yakan,2000
69- Fatwa masakini jilid 7&8, dr yusuf al-qardawi, 1998
70- Tafsir pimpinan ar-rahman,JAKIM, 2000
71- Amalan sepanjang hayat, muafakat enterprise, 1993
72- Memasuki gerbang perkahwinan, JAKIM, 1997
73- Aqidah islam, sayid sabiq, 1998
74- Darah-darah haidh,nifas&istihadhah,muhd nuruddin al-makki,1998
75- Summarized sahih al-bukhari, dr mud muhsin khan, 1996
76- Membangun ummah, dr yusuf al qardhawi, 1996
77- Panduan umrah,hafiz ridhuan md daud che ngah, 2000
78- Taqarrub, as sheikh ahmad ridha hasbullah, 1996
79- Fiqhus sirah, Muhammad al-ghazaliy, 1996
80- Kisah-kisah haiwan dalam al-quran, wholesale mart, --
81- Tajwid al-quran,abu mardhiyah, 2004
82- The holy quran:text and translation, Abdullah yusuf ali,---
MAGAZINES
83- Personal money,September 2005
84- Off the edge, july 2005
85- Majalah PC, September 2005
86- Off the edge, February 2005
87- Majalah I, mei 2006
88- Personal money, march 2006
89- Piala dunia:cabaran jerman 2006,---
90- Bijak urus wang:kunci bebas hutang,mingguan wanita,---
91- PC.com,upgraded issue,January 2006
GENERAL
92- Hakikat orang-orang yahudi, fuad syed abdul rahman ar rifaie,2003
93- The talkative mynah, arowana publications, --- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
limau nipis,
ada kedai buku terpakai kat ampang point? wah.. mcm menarik la.....nnt nk gi jengok la.......... |
|
|
|
|
|
|
|
A gud article. Dulu I beli new books, sakit jugaklah..simpan scholar utk beli books...but then my friend recommended novel hut and used book store kat CM tuh, I started to buy/rent book. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|