|
Mungkin ini salah satu dari pic misteri itu
ahaks!!!
Edisi Nasional: Misteri album Mawi
Oleh Saipul Adli Mohamad
[email protected]
KOTA TINGGI: Album memuatkan gambar kenangan Mawi yang disimpan tunangnya, Noordiana Mohd Naim atau Ina, 22, menjadi satu-satunya barang yang dituntut dipulangkan semula selepas ikatan pertunangan mereka terlerai mengikut adat, malam tadi.
Rombongan memutuskan pertunangan yang diketuai kakak Mawi, Rashidah Ani, 35, yang bertandang ke rumah Ina di Felcra Sungai Ara, dekat sini, meminta keluarga Ina memulangkan semula album gambar koleksi ketika percintaan mereka.
Tuntutan keluarga Juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3) itu menjadi tanda tanya kerana mereka mengizinkan semua hantaran ketika pertunangan dahulu, termasuk cincin tidak dipulangkan semula.
Ina yang melucutkan cincin tunangnya sejak 4 Julai lalu, berhak menyimpan cincin itu sebagai hadiah daripada Mawi.
Keluarga Ina juga tidak menuntut barang balasan hantaran ketika pertunangan mereka dipulangkan semula sesuai dengan persetujuan kedua-dua pihak untuk menerima barangan itu sebagai hadiah jika mereka tidak jadi disatukan.
Rashidah yang ditemani suami serta empat saudaranya menaiki dua kereta dan tiba di rumah Ina, jam 10.05 malam.
Sebaik tiba, rombongan keluarga Mawi disambut bapa Ina, Mohd Naim Samijan dan isterinya, Noraini Mansor, 46, wakil keluarga Ina, Ariffin Kusnin serta beberapa saudara mereka.
Ikatan pertunangan Mawi dengan Ina terlerai secara rasmi kira-kira jam 10.20 malam apabila Mawi sendiri menyuarakan hasrat itu kepada Mohd Naim menerusi telefon.
Ina yang berada di Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru turut mendengar keputusan Mawi daripada Rashidah.
Terdahulu, Rashidah meminta maaf kepada keluarga Ina kerana Mawi tidak dapat datang serta berkirim salam dan menyatakan hajat untuk memutuskan pertunangan yang diikat selama kira-kira 18 bulan.
Bagaimanapun, Ariffin mahukan Mawi bercakap sendiri dengan bapa Ina dan permintaan itu ditunaikan apabila Rashidah menghubungi adiknya menerusi telefon bimbit.
Mawi bercakap dengan bapa Ina dan hasrat penyanyi popular itu diterima dengan baik.
Untuk memuaskan hati Ina, Noraini kemudian menghubungi anaknya untuk mendengar sendiri keputusan Mawi yang disampaikan Rashidah.
Arifin berkata, bagi pihak keluarga Ina, beliau meminta tempoh untuk memulangkan semula album yang dituntut Mawi kerana ia kini dalam simpanan anaknya itu.
揌antaran serta cincin dianggap hadiah ketika pertunangan dahulu dan tidak perlu dipulangkan semula.
揃egitu juga dengan album gambar itu tidak perlu dipulangkan.
揝aya rasa tidak sesuai kerana masing-masing ikhlas ketika pemberian dahulu. Tapi kalau Mawi mendesak juga mahu album itu dipulangkan, kami akan pulangkan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|