View: 4007|Reply: 16
|
RAMLI SARIP - PAPA ROCK ( and Sweet Charity)
[Copy link]
|
|
Papa Rock gegar MKL
Oleh Mohd Nasif Badruddin
TERASING daripada kesibukan kota metropolitan, Menara Kuala Lumpur (MKL) di puncak Bukit Nanas bakal digegarkan dengan Konsert Grand Prix Bersama Ramli Sarip sempena Moto GP 2006 bermula jam 9 malam esok.
Jika sebelum ini, menara keempat tertinggi di dunia itu hanya berteman suara alam yang dikelilingi hutan, kali ini ia bakal diisi dengan suntikan semangat dan kelainan daripada Papa Rock tanah air.
Ramli Sarip berkata, konsert anjuran MKL dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ini adalah pengisian penting dalam kalendar tahunan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2007 dan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-50 tahun depan.
Peminat motosikal GP mempunyai kaitan dan tarikan dengan muzik sebenarnya. Pacuan motosikal yang laju sinonim dengan muzik yang keras. Gandingan serasi antara kedua-duanya pasti menghangatkan lagi suasana yang dirasai.
Dalam persembahan selama lebih sejam ini, saya tidak menetapkan sebarang sasaran untuk menyanyikan berapa lagu. Ia bergantung kepada ?ood? dan situasi ketika persembahan. Saya akan menampilkan rangkaian lagu popular sejak bersama Sweet Charity hingga kini dengan diiringi pemuzik dari Soul Journey.
Saya berharap persembahan ini dapat memberi suntikan kelainan dengan konsepnya yang tersendiri lari daripada kesibukan kota bertemankan alam semula jadi. Apa yang penting, konsert terbuka di Tower Terrace MKL ini mampu membuatkan penonton terhibur dan merasai gegaran muzik lain daripada yang lain, katanya pada sidang media di Thai Club, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur kelmarin.
Tambahnya lagi, persembahan ini juga akan diiringi dua kumpulan Rock Unite iaitu Duke dan Bimasakti. Selain itu, gandingan Ramli Sarip bersama motosikal berkuasa tinggi bukanlah perkara baru. Dalam sambutan bulan kemerdekaan lalu, Ramli Sarip dipilih sebagai duta konvoi kemerdekaan bersama M Nasir.
Konsert ini juga dilihat sebagai usaha mempromosikan sukan bermotor yang mula mendapat tempat di kalangan warga muda dan satu daripada aktiviti Merdeka Millenium Endurance 2006. Tiket berharga RM30 boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan MKL, manakala bagi pemegang tiket Moto GP bernilai RM50 pula mereka akan mendapat laluan percuma ke konsert ini.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad, menasihatkan orang ramai datang awal ke konsert bagi mengelakkan masalah meletak kenderaan. Pihak MKL turut menyediakan perkhidmatan bas shuttle bagi mereka yang meletak kenderaan di luar kawasan MKL.
Apa yang menarik, selain menyaksikan persembahan Ramli Sarip, orang ramai juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti di MKL. Mereka dapat bersiar ke kawasan hutan sekitar MKL, mengikuti aktiviti Flying Fox Park, G-Force X dan menikmati hidangan istimewa di restoran.
Ramli dipilih kerana beliau adalah Papa Rock Malaysia yang tidak asing lagi dan dikenali semua lapisan masyarakat. Beliau juga seorang artis yang aktif dalam sukan permotoran dan masih mengekalkan konsep tertib ketimuran dalam lagunya, katanya.
Pengurus Besar SIC, Datuk Ahmad Mustafa, pula berkata kerjasama antara MKL dengan SIC sudah lama terjalin dan ia sebahagian daripada promosi Moto GP dengan pengisian hiburan.
Selain konsert bersama Ramli Sarip di MKL, kita juga berkerjasama mengadakan Suria FM Concert bertemakan ?ebih Panas Lagi Beb? bermula jam 12 tengah hari Ahad ini serta konvoi bermotosikal dari Dataran Merdeka ke SIC.
Sebagai penghargaan kepada penonton, kita juga menyediakan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM250,000 dengan motosikal Aprilia Tuono 1,000cc sebagai hadiah utama. Ia ditawarkan khas buat pembeli tiket Granstand SIC menerusi Buy & Win Contest , katanya.
[ Last edited by dexa at 21-4-2008 11:08 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramli Sarip mahu cetuskan keinsafan penonton
BIARPUN sinonim dengan lagu-lagu rock, Ramli Sarip juga tidak mahu ketinggalan mengembangkan konsep-konsep muzik lain menerusi lagu-lagu nyanyiannya.
Perkembangan itu dapat dilihat apabila penyanyi berusia 50-an itu turut menyelitkan pelbagai elemen muzik Melayu termasuk pop dalam karya-karyanya.
Justeru, apabila digandingkan bersama kumpulan nasyid Raihan menerusi sesi fotografi mahupun di pentas nyanyian, Ramli tidak berasa janggal.
Malah, gelaran Papa Rock yang diberikan kepadanya sedikit pun tidak menghalang beliau untuk mengembangkan lagi mesej-mesej positif menerusi karya-karya seninya.
揝aya akan menyanyikan lagu-lagu yang sesuai dengan tema dan konsep Konsert Nur nanti seperti lagu Tangan Amal yang dipetik daripada album Syair Timur, |
|
|
|
|
|
|
|
Aura Papa Rock tiada tandingan
Oleh Mohd Nasif Badruddin
[email protected]
KELUNAKAN suara 慾antan |
|
|
|
|
|
|
|
Ramli Sarip terus mantap
Oleh: WANDA IDRIS
MASALAH teknikal bukan penghalang kepada Ramli Sarip untuk
memberikan persembahan terbaiknya pada Konsert Rockprix di
Menara Kuala Lumpur baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramli Sarip, Rabbani rai Bazar Ramadan di Melaka
RAMLI SARIP dan kumpulan Rabbani akan meraikan pelancaran Majlis Pelancaran Rasmi Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan di Melaka Sentral, Melaka pukul 4.30 petang esok.
Penyanyi rock dan kumpulan nasyid popular itu akan bermarhaban bersama. Selain itu, Rabbani akan turut mempersembahkan lagu popularnya, Intifada dan Pergi Tak Kembali. Ramli pula akan memperdengarkan lagu Doa dan Iqra.
Majlis anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia bersama Kerajaan Negeri Melaka itu akan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur.
揝elain menyaksikan persembahan artis, kita juga menyediakan majlis berbuka puasa secara percuma yang kami namakan Ramadan Bersama Rakyat.
揟api sebelum itu satu majlis bacaan al-Quran dan berzanji akan diadakan di Masjid Al-Azim di sebelah tapak bazar Ramadan itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Ramli Sarip muncul dengan album baru
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
AGAK lama juga bekas pengetua Akademi Fantasia 4 ini tidak muncul dengan album studio terbarunya. Kali terakhir beliau muncul dengan album studionya adalah pada tahun 2002 yang berjudul Kalam Kesturi. Malah album ini juga dicalonkan bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003.
Selepas itu, dia hanya muncul dengan album kompilasi berkembar, Ruh Zaman tahun lalu. Adakah beliau merajuk untuk melahirkan album lagi?
揝aya tidak merajuk tetapi sibuk memenuhi undangan yang tidak putus-putus. Malah, kesibukan saya sebagai pengetua Akademi Fantasia 4 juga menyebabkan saya lambat mengeluarkan album baru, |
|
|
|
|
|
|
|
Ramli Sarip puas dengan Melayar Jiwa dan Rocktimur
Oleh ABD. AZIZ ITAR
PAPA rock ini sudah terbabit dalam
bidang seni sejak 35 tahun lalu.
SEPANJANG 35 tahun bergelar anak seni, Ramli Sarip telah mencipta puluhan lagu, menerbitkan berbelas-belas album serta mengadakan pelbagai jenis konsert.
Tetapi Konsert Melayar Jiwa dan Rocktimur yang diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Julai lalu merupakan konsert yang paling bermakna buatnya.
Konsert dua malam berturut-turut itu turut dirakamkan dalam bentuk cakera padat video (VCD) berjudul Melayar Jiwa dan Rocktimur yang diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music (Malaysia).
Menurut Ramli, dia rasa bertuah kerana diberi peluang mengadakan dua konsert itu yang ternyata menguji karismanya sebagai penghibur.
揔onsert itu menguji tahap kemampuan fizikal, mental dan spiritual saya. Apatah lagi ketika itu ada yang bertanya, bolehkah muzik rock dipersembahkan di Istana Budaya?
揟etapi bagi saya, muzik tidak ada batas sempadan. Malah, saya bersyukur kerana konsert itu mendapat sambutan hebat daripada para peminat, |
|
|
|
|
|
|
|
Ramli Sarip ni dah jadi malaysian jugak ke? atau PR jek? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi seorang permata dunia hiburan yang besttt |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet Charity rai bapa
Oleh Mohd Nasif Badruddin
Dua belas tahun berlalu, kini kumpulan yang ditubuhkan pada 1969 itu sekali lagi bergabung tenaga menjayakan Konsert Hari Bapa Bersama Sweet Charity khusus untuk peminat di Malaysia. Persembahan yang dianggap reunion itu akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 14 Jun ini, jam 8.30 malam dan 15 Jun, jam 3 petang.
Biarpun rata-rata anggotanya sudah berusia lebih 50 tahun dan ada yang bergelar 慸atuk |
|
|
|
|
|
|
|
camno nak dapat contact nmber manager abg ramli sarip? company nak offer utk dinner... tolong bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
Magis Sweet Charity
Oleh WANDA IDRIS
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH
Ramli Sarip
MUNGKIN benar kata pelontar vokal Sweet Charity, Ramli Sarip ketika mengadakan persembahan sempena Hari Bapa, malam Sabtu lalu, sehingga kini mungkin sudah sejuta orang yang menyaksikan dan mendengarkan lagu-lagu dendangan mereka.
Masakan tidak, lagu-lagu mereka terus diputar sehingga kini dan hari ini, mereka mengumpul lagi jumlah peminat daripada generasi muda yang ibu bapa mereka mungkin merupakan peminat setia Sweet Charity.
Kerana walaupun sudah empat dekad dan mereka pun sudah berpecah pada 1985, nama Sweet Charity masih gah dan mempunyai pengaruhnya sendiri. Lalu apabila Sweet Charity menyuarakan hasrat bersatu semula di pentas untuk menjayakan Hari Bapa pada 14 Jun itu, tentunya memberikan satu keterujaan buat para penggemar setia mereka.
Baik peminat muda dan sudah pasti pengikut setia Sweet Charity yang telah bergelar bapa, peluang menyaksikan semula gabungan itu tidak dilepaskan begitu sahaja. Kerana bukan selalu mereka bergabung atas nama Sweet Charity walaupun ada antara mereka yang masing-masing masih bekerjasama di atas satu pentas.
Malah gabungan semula ini merupakan kali kedua diadakan selepas 12 tahun apabila mereka buat pertama kali bersatu di pentas menjayakan konsert Sejuta Wajah di Stadium Merdeka pada 1996, iaitu selepas sedekad berpecah dan membawa haluan masing-masing.
Dan nyata, walaupun persembahan minum petang yang dijadualkan diadakan pada keesokan harinya terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, selain pelontar vokalnya yang mengalami sakit tekak, momentum persembahan Sweet Charity malam itu terus lancar dengan beberapa gangguan teknikal yang minimum.
Malah dengan pilihan lagu-lagu yang menepati cita rasa dan keinginan penonton, gabungan semula untuk menjayakan majlis makan malam anjuran Rasamusic Sdn. Bhd. itu nyata memberikan kepuasan paling maksimum buat penggemar setia Ramli, Rosli Mohalim (gitar), Rahman Sarbani (deram), Masrom Abdul Hamid (keyboard), Ahmad Jaafar Jawahir atau AJ (vokal kedua dan keyboard) serta Wan Ahmad (gitar).
Biar rata-rata penonton yang hadir bukan sahaja mungkin kelihatan sudah berusia dan ada bergelar profesional dengan kesesuaian majlis makan malam yang agak formal namun tiada siapa dapat menidakkan keinginan para penggemar mereka untuk berseronok bersama persembahan mantap Sweet Charity serta vokal garau Ramli.
Apalagi kala mereka menyampaikan lagu-lagu malar segar yang terus menjadi pujaan hingga kini, misalnya Teratai yang membuatkan bukan sahaja penonton meluru ke pentas tetapi juga berkumandang bersama iringan vokal penggemarnya.
Juga apabila AJ membuat penampilan ketika mendendangkan lagu Bagaikan Bermimpi dan Terharu, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra juga sarat dengan teriakan peminat.
Dan melihatkan setiap anggota Sweet Charity yang masing-masing sudah berusia malah ada yang sudahpun bergelar datuk tetapi aksi di pentas tetap mantap dan penuh skil dan sudah tentu, masing-masing juga melepaskan geram dan berseronok bersama peminat setia yang terus menyokong walaupun kita mereka sudah tidak bersama.
Hadir menyaksikan persembahan itu termasuklah M. Nasir dan isterinya, Marlia Musa, Datuk Aziz Bakar dan Ali Bakar.
Dengan interaksi yang minimum, Ramli dan Sweet Charity menghangatkan pentas dengan memulakan persembahan lagu-lagu Hilang Gelap Terbitlah Terang, Apa Khabar Sayang?, Dekatlah Padaku, Pelarian dan Dunia Perlumbaan.
Meminta adanya magis untuk meneruskan persembahan gara-gara sakit tekak yang dialami, Ramli terus melontarkan Sejuta Wajah, Batu, Ribut 10.59 dan Perjalanan dengan penuh bertenaga.
Kemudian Rosli menyemarakkan pentas dengan gorengan penuh skil sebelum AJ mengambil alih dengan lagu Bagaikan Bermimpi dan Terharu yang membuatkan dewan terus bergema dengan iringan vokal penonton sebelum Ramli menyanyikan lagu Zakiah dan Jangan Tunggu Lama-Lama yang menjadi kesukaan ramai.
Teratai menjadi lagu set penutup persembahan selain lagu-lagu Di Tahun 2000, Musibah dan diakhiri dengan lagu Kamelia. Pun begitu, peminat mereka tidak mahu berganjak dan meneruskan persembahan, Ramli dan Sweet Charity menghadiahkan lagu Inggeris rock n roll kegemaran mereka berjudul Lazy selain menyanyikan lagu popular mereka, Berjalan Malam.
Memang bagi penggemar kumpulan ini, pasti tidak puas menyaksikan kolaborasi mereka di pentas setelah sekian lama tidak muncul bersama.
Namun wajah-wajah kepuasan tetap terpancar pada persembahan malam itu dan pasti sahaja walaupun telah bergerak berasingan sejak berpecah hampir 23 tahun, mereka tetap saling melengkapi antara satu sama lain.
Pasti sahaja, seperti keinginan dan harapan kumpulan itu sendiri, ramai kini menantikan pula kemunculan konsert meraikan ulang tahun ke-40 Sweet Charity yang memulakan kerjaya dunia rakaman pada 1969, pada tahun hadapan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
mesti pergi nanti... concert dia.. sebab best!.. lagu2 depa
memang classic.. dan evergreen.. sampai sekarang masih
suka dengan camelia, zakiah.. teratai.. etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 29-11-2006 06:55 AM
Ramli Sarip puas dengan Melayar Jiwa dan Rocktimur
Oleh ABD. AZIZ ITAR
http://www.utusan.com.my/pix/2006/1129/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01_big.jpg
PAPA rock ini sudah terbabit dalam
bid ...
gambar yg ini teringat aku pada pakcik guard yg jadi guard tempat kerja lama..padan la muka sama rupanya pakcik tu abang kepada ramli sarip.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet Charity masih ampuh, berbisa
Oleh Farihad Shalla Mahmud
DEMI PEMINAT: Ramli tetap berusaha menampilkan
persembahan hebat walaupun sedang sakit.
KALAULAH hendak dibandingkan dari segi usia, mereka mungkin sudah layak untuk dipanggil 'datuk'. Tetapi kalau mahu diukur dari segi kudrat dan tenaga, yang nyata kumpulan rock 'otai', Sweet Charity masih ampuh dan berbisa kala beraksi di atas pentas.
Bukan bercakap kosong tetapi buktinya selama dua jam melayari konsert yang diadakan bersempena Hari Bapa kumpulan Sweet Charity di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, baru-baru ini, Ramli Sarip bersama rakannya, Rosli Mohalim, Rahman Sarbani, Masrom Abdul Hamid, AJ dan Wan Ahmad berjaya mengubah atmosfera dewan yang dingin pada awalnya itu menjadi hangat dengan alunan muzik mereka.
Kali terakhir situasi yang serupa berlaku adalah ketika mengadakan sebuah konsert berskala besar lebih sedekad lalu menerusi Konsert Sejuta Wajah. Selepas itu, masing-masing membawa haluan sendiri. Si vokalis terus memperjuangkan lagu berunsur ketuhanan dan kemanusiaan secara solo manakala pemuzik yang lain lebih selesa bekerja di belakang tabir.
Namun, demi mengubati kerinduan peminat, kumpulan rock dari Kota Singa ini tampil menerusi persembahan yang disifatkan sebagai konsert mengukuhkan tali silaturahim. Bertepatan dengan status yang dipegang mereka ketika ini iaitu sebagai bapa, konsert itu juga dianjurkan untuk meraikan golongan itu yang mungkin pernah membesar dengan lagu nyanyian mereka.
Sebelum tirai persembahan dibuka, tetamu dihiburkan dengan jenaka dari pengacara majlis iaitu Bob Lokman. Sambil menyatakan objektif konsert ini diadakan, Bob tidak lupa mengimbas kembali detik manis sewaktu di awal kemunculan Sweet Charity di persada seni tempatan.
Dan sebaik tayangan klip video yang memaparkan satu demi satu kumpulan ini tamat, muncullah Sweet Charity bersama vokalis mereka yang mendapat jolokan sebagai Papa Rock untuk mengambil alih pentas dari Bob.
Jika pada awal kemunculan mereka, seisi dewan agak pasif kerana barangkali baru lepas menjamah hidangan makan malam, namun selepas persembahan memasuki fasa kedua, penonton mula naik semangat dengan mara ke depan pentas untuk bersama-sama berhibur bersama Ramli dan teman.
Ramli bijak mencuri jiwa dan cita rasa penonton apabila kebanyakan lagu yang dipilih berselang seli antara irama perlahan dan rancak. Dan Ramli akan tetap menjadi Ramli kerana dalam berlagu, sempat juga dia menaburkan nasihat kepada penonton supaya terus setia menyokong penggiat seni tanah air yang lain.
"Kalau kita benar-benar minat, kita haruslah menyokong industri muzik tanah air dengan cara berbayar. Jangan harapkan persembahan secara percuma saja," ujarnya penuh tersirat sambil disahut dengan laungan sokongan penonton di bawah pentas.
Seperkara yang menarik mengenai kumpulan ini adalah kebanyakan lagu nyanyian mereka masih mampu diminati sehingga kini biarpun usia lagu itu hampir mencecah tiga abad lamanya. Dan tidak dinafikan, walaupun ada di antara lagu mereka itu adalah saduran namun mereka berjaya menjadikan lagu itu seumpama lagu ciptaan mereka sendiri.
Itulah penangan Sweet Charity yang kini sudah memasuki angka 39 tahun penubuhannya. Selama dua jam beraksi di atas pentas, graf persembahan mereka tidak pernah mendatar. Malah semakin memuncak terutama apabila irama keras dan rancak mula berkumandang.
Sebaik saja Ramli berhenti rehat, pentas itu diambil alih oleh vokalis kedua mereka, AJ yang menyumbangkan dua buah lagu iaitu Bagaikan Bermimpi dan Terharu. Yang pasti, suara lelaki ini sedikit pun tidak berubah, malah masih sama dengan apa yang pernah didengar hampir 30 tahun lalu.
Lagu lain yang turut dinyanyikan adalah Zakiah, Jangan Tunggu Lama-Lama, Teratai, Di Tahun 2000, Musibah dan Kamelia.
Cuma seperkara yang mungkin peminat kumpulan ini tidak perasan, selama berdiri di atas pentas untuk menghiburkan mereka, Ramli sebenarnya sedang bertarung dengan kesakitan yang dialami sehari sebelum persembahan ini berlangsung.
Kecederaan tekak yang dialaminya itu bagaimanapun tidak menjadi penghalang untuk Ramli terus menyanyi. Malah dia berusaha mengotakan janjinya untuk memuaskan hati peminat walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan.
Itulah Ramli yang dikenali. Sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri asalkan peminat pulang dalam keadaan gembira dan puas hati. Dan ternyata, apa yang diharapkan Ramli menjadi kenyataan apabila senyuman menghiasi setiap wajah yang melangkah keluar dari dewan itu seolah-olah mengharapkan konsert yang sama dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
INFO: Konsert sempena Hari Bapa Sweet Charity
* HAMPIR 1,500 penonton menyaksikan konsert sempena Hari Bapa Sweet Charity
* AHLI keluarga Ramli Sarip termasuk isterinya turut hadir memberikan sokongan pada konsert itu
* SEBELUM persembahan bermula, penonton disajikan dengan hidangan makan malam
* RAMLI turut mendedikasikan lagu Dunia Perlumbaan nyanyiannya khusus untuk rakan seperjuangannya, M Nasir
* SETIAP persembahan turut disertakan dengan tayangan klip video
* ANTARA rakan artis yang turut menyaksikan konsert ini adalah M Nasir dan Marlia Musa, Ali Bakar, Datuk Aziz Bakar, Ali Mamak, Imuda dan Kudin.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
papa rock memang rock...
best lagu kamelia dan terharu dan sejuta wajah
dan teratai dan zakiah.. dan ohhhh banyak lagi...
semua lagu2 yang evergreen..
|
|
|
|
|
|
|
|
lor... diorang ditubuhkan 1969?
selama ni aku ingatkan 1979
kumpulan rock kapak pertama di M'sia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|