View: 73686|Reply: 134
|
Balai Polis/Penjara/Tukang Gantung / banduan etc
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 31-5-2010 11:40
Tukang gantung mesti kuat mental, fizikal |
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju bab "nasib mereka lebih baik daripada saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati" .. walaupun pada zahirnya mereka ini pernah berbuat dosa dan dihukum sebegitu, tetapi ada hikmahnya - mereka ada kesempatan untuk bertaubat and insaf sementara menunggu saat saat akhir mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
baca mastika keluaran terbaru
ada satu makcik ni called
dia persoalkan
kenapa orang yang bunuh orang dgn kejam
dpt layanan baik dlm penjara
diberi peluang utk bertobat
tak payah sakit2 kena sepak, tendang, cekik, liwat, rogol
sampai berdarah2
tak sama spt mangsa
yang tak sempat mengucap, bertaubat
tapi terus mati dlm keadaan aib dan seksa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 8/9/06 03:56 PM
baca mastika keluaran terbaru
ada satu makcik ni called
dia persoalkan
kenapa orang yang bunuh orang dgn kejam
dpt layanan baik dlm penjara
diberi peluang utk bertobat
tak payah sakit2 ken ...
sebab dalam semua agama, kita diajar untuk saling maaf memaafkan.
kalau tak bagi peluang, macammana dia hendak menginsafi perbuatannya yang lalu..
lagipun dalam islam, bila sebut kalimah "Bismillahhirahmannirrahim"... translate ke "Dengan nama Allah yang MAHA Pemurah dan MAHA Penyayang"
zaman seorang hamba Allah mengembara dulu, kan ada kisah seorang perompak yang telah melakukan 99 pembunuhan, tetapi dia tak jadi membunuh hamba Allah ini.. lalu dia minta hamba Allah ni bertanya kepada nabi (saya tak ingat, rasanya Nabi Musa), adakah dia akan masuk neraka kerana dosanya itu? Tapi Nabi tu memberi jawapan, dia akan berbahgai dengan masuk syurga sebab dia sudah bertaubat nasuha.
zaman Rasullullah perang dulu pun sama, mana ada tentera Islam membunuh sesuka hati kalau ada orang kafir yang menyerah diri? Malah dapat pula dibebaskan tetapi dengan syarat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Syd's post
betul2...
mcm x adil jer..
die sesenang bunuh org, org tu x sempat pun nak b'taubat aper sumer..
tp die ade lak can...
x aci la...heh.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tambah sikit, pernah baca dalam utusan...
tukang gantung sendiri kata, lepas gantung, banyak banduan Islam ni badannya sangat wangi, harum semerbak. ketika dimandikan pun sungguh mudah, muka bersih.. berkat keinsafannya di dunia dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
aku kagum ngan org yg keje cam ni...hari2 berdepan dengan situasi yg tegang,sedih, suspen semuanya ada...
mujur x der pegawai gantung wanita...kalo x mesti ikut menangis skali bila tgk situasi sedih perjumpaan kuarga, masa2 nak digantungkan...
eiii x sanggup aku |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolen at 8-9-2006 04:05 PM
aku kagum ngan org yg keje cam ni...hari2 berdepan dengan situasi yg tegang,sedih, suspen semuanya ada...
mujur x der pegawai gantung wanita...kalo x mesti ikut menangis skali bila tgk situasi sed ...
jadi tukang gantung ni dapat allowance kan kalo tiap2 kali gantung? kalo gitu best la..
tapi cuba bayangkan, dorang gantung orang tak bersalah, orang yang difitnah ke apa ke?
memang la bukan dorang yang jatuhkan hukuman, tapi dorang yang ambik nyawa. Mesti fikiran jiwa kaco. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu, kita semua ingat hukuman gantung tu best la untuk hukuman mati,
tapi kata la hukuman tu berjalan lancar pun, nanti azab jugak yang mati tu...
lidah terjelir panjang2, mata terkeluar dan apa2 la..
tu kalo lancar..
kalo tak lancar, ada kes kepala tercabut pun ada.
Paling tak bleh accept, kalo orang tu tak mati2, tercekik2 berminit2 dalam keadaan gitu
dah tu ada kes, tali terputus, orang tu jatuh bawah kan?
dah tu tunggu satu dua jam repair tali, then gantung lagi sekali...
tak bleh imejin. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Hidup Seorang Tukang Gantung
Tarikh: Friday, June 03 @ 12:46:20 EDT
Tajuk: Kisah Benar
HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini. Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'. Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spiritual. "Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?" katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. "Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini.Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung." katanya.
Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.
Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya. "Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini." katanya.
Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, "卨idah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar." katanya sambil ketawa kecil.
Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.
Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. "...Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku." katanya.
Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya pulang' dan dia pun terus menghilang kan diri.
"Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata..." katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara.
Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. "Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara." ujarnya.
Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit. Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah. Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama.Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?
"Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya." ujar beliau.
Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis:
"Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!"
Marilah kita muasabah diri.renung-renungkan semoga kita mendapat petunjuk... |
|
|
|
|
|
|
|
apsal aku rasa sedih gila bace thread ni
rasa nak nanges plak |
|
|
|
|
|
|
fms This user has been deleted
|
Originally posted by ichiru^neko at 8-9-2006 04:02 PM
betul2...
mcm x adil jer..
die sesenang bunuh org, org tu x sempat pun nak b'taubat aper sumer..
tp die ade lak can...
x aci la...heh..
xpe laa..
kan tu urusan Allah..
yg pasti mangsa tetap akan mencari si pembunuh pada akhirat nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih.. :-(
______________________
The Sound Of Silence |
|
|
|
|
|
|
|
SEMOGA KISAH INI BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN PADA KITA SEMUA :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
cfu biasa memegang tali gantung yg pernah digunakan ...memang meremang bulu roma dan membangkitkan satu perasaan syahdu...rakan cfu yg menunjukkan tali gantungtu berkata tali gantung hanya digunakan untuk sekali gantung aje walaupun keadaannya masih elok.....betul atau tak entahlah....ada sapa2 dapat memberi kepastiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, cekal betul si tukang gantung..... aku seram baca dan insaf....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cfu at 9-9-2006 12:15 PM
cfu biasa memegang tali gantung yg pernah digunakan ...memang meremang bulu roma dan membangkitkan satu perasaan syahdu...rakan cfu yg menunjukkan tali gantungtu berkata tali gantung hanya digunak ...
betul.
saya baca dalam kosmo
mcam tu lah dorang ckp |
|
|
|
|
|
|
|
adakah mati d tali gantung nie umpama bunuh diri ker??..
sbb kalo dolu2 if x slah lah masa zmn2 khalifah ker..sumer pakai sebat ngan rejam jer..
tali gantung nie..mcm sedih jer denga..
cuba bayangkan..bkn sumer yg kene hukuman tali gantung tue akan terus ke tali gantung dgn masa terdekat..
kadang2 ada yg tunggu sampai bertaun2 ataupon mati dolu b4 kene gantung pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya saya baca cerita ni..insaf... |
|
|
|
|
|
|
| |
|