CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25249|Reply: 73

Pengalaman Menjadi Bidan Pada Dua Ibu Kucing!

[Copy link]
Lamia This user has been deleted
Post time 5-10-2006 11:41 PM | Show all posts |Read mode
Hai semua lama jugak Lamia tak jengukke DB ni. Oleh keranan dah lama tak jengah ni Lamia nak share dgn u all kat sini tentang pengalaman menjadi bidan kepada dua ekor kucing dalam bulan yg sama, iaitu perbezaan hari beranaknya hanya selang seminggu:love:

Pengalaman yg pertama ialah dgn ibu kucing yg bernama koko (jenis persian-brown) yg berusia 6 tahun. Koko dah byk kali beranak dan selalunya dia cari tempat yg tersembunyi tapi kelahiran kali ni spt dia meminta tolong pula pada kita utk menolongnya melahirkan anaknya. Mungkin disebabkan usianya yg dah mencapai pangkat nenek maka tenaganya dah byk berkurangan... Sehari sblm dia melahirkan dia kurang makan dan sentiasa mengikut kemana kita pergi. Spt biasa lamia dah sediakan tempat khas utk dia beranak seminggu lebih awal dan dia sendiri seolah faham dan kerap mesuk ke bekas yg disediakan. Pada hari esoknya koko yg jarang bersuara tetiba asyik mengiau lembut dan menarik perhatian kami ke tempat yg telah kami sediakan. Dia mahu kami duduk disisinya sambil mengurut perutnya setelah dia baring diposisi mengereng. Terpaksalah kami lakukan urutan utk membantu kerana koko dah nampak seperti mahu meneran... dan tak sampai 30min koko berjaya melahirkan anaknya seekor demi seekor hingga jumlahnya menjadi 5ekor semuanya:clap: Dgn beberapa pengalaman menjadi ibu, koko spt tahu apa yg perlu dilakukan sebaik saja anaknya keluar iaitu memakan semua uri disamping menjilat selaput yg menyelubungi anaknya agar mereka boleh bernafas..:pompom:

Pengalaman yg kedua pula ialah dari ibu kucing yg bernama daisy (jenis persian mix) yg berusia 8 bulan dan ini pula merupakan pengalamannya pertama di usia yg sgt muda. Daisy merupakan cucu kpd koko dan masih spt anak kucing lain yg suka bermain dan dia sendiri tak tahu yg dia akan menjadi ibu spt neneknya kelak. Pada mulanya daisy tak berapa suka dgn kehadiran anak koko tapi sikapnya berubah sehari sblm dia beranak. Antaranya ialah secara tetiba dia pergi menjilat anak koko dan membelai seolah dia adalah ibu mereka. Daisy akan marah jika kita alihkannya dari tempat anak-anak koko. Koko pula jadi cemburu dan kerap cuba melarikan anak beliau. Kami terpaksa mengasingkan daisy dan memberinya bekas baru utk jadi tempat beranaknya dan dia faham. Spt neneknya dia juga akan mengekori kemana kami pergi sambil mengiau tanpa henti:ketuk: Bila tiba waktu melahirkan dia mengerang dan tak pasti apa yg akan berlaku. Dia tiada pengalaman kerana cara dia neneran ialah spt dlm posisi menyangkung iaitu spt cara mereka buang air. Yg paniknya ialah kelahiran anaknya mengambil masa lebih dari sejam kerana tempat peranakannya belum terbuka:Sebelum ni Lamia  sebenarnya risau dan terfikir apa akan berlaku sekiranya anak yg dilahirkan songsang? Rupanya apa yg Lamia takuti benar terjadi hampir dua jam daisy mengerang sakit dan puas kami urut dia masik tak tahu macamana nak keluarkan anaknya.:stp: Kami nampak ekor anaknya keluar tapi kemudian masuk  semula. Lamia takut nyawa daisy dalam bahaya, maka Lamia telefon klinik vet yg berdekat utk dapatkan nasihat. Dr vet tu suruh lamia segera bawanya keklinik kerana dikhuatiri nyawa daisy dlm bahaya kerana masa yg diambil utk mengeluarkan anaknya terlalu lama. Bergegas kami ke kereta dan tak sampai 500 meter Lamia memandu dan kebetulan terpaksa lalu 2-3 bumps tetiba maid lamia menjerit gembira mengatakan anak daisy dah keuar. Kami pun pusing balik ke rumah. Rupanya daisy langsung tak tahu nak buat apa dia bukan saja tak memakan uri anaknya malah tidak membantu mengeluarkan anaknya dari kelongsong agar mereka bernafas. Kami terpaksa bersusah payah memotong uri dan membuka selaput yg menutupi muka dan badan anak daisy. Anak daisy lahir selang 30min setiap seekor dan yg paling kesihan ialah semasa daisy cuba meneran anaknya yg kedua dimana saiznya agak besar hingga kuat teriakannya sampai kami berdua panik hingga menitiskan airmata...:cryterbayang macamana susahnya ibu yg melahirkan seorg anak!) Akhirnya daisy berjaya melahirkan 4 ekor anak kucing yg sungguh comel.:clap: Kini mereka semua berusia 6 minggu dan anak koko pula berusia 7 minggu.:pompom:Yg seronoknya kesemua 9 ekor anak kucing ni berkongsi menyusu dgn kedua ibu kucing secara bergilir:music:

Lamia sempat mengambil gambar dan video kedua-dua proses diatas, esok kalau lapang lamia akan pastekan kat sini ok!


[ Last edited by  ati1402 at 19-12-2007 03:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 09:01 AM | Show all posts
belum ada pengalaman... masa sinchan beranak aritu, naz ada kat opis... balik2 dah keluar baby dia... rugi tul...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 04:50 PM | Show all posts
wahhh lamia awak sunggoh passionate dgn kuceng kuceng awak...hehehe...bagus la tu macam..:clap:

p/s daisy jadi emak, koko jadi moyang...waduh waduh!
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 08:49 AM | Show all posts

Kejap lagi Lamia pastekan gambar yg sempat Lamia rakamkan!

Firebird909, terpaksa buat macam tu sbb tak larat nak biarkan mereka kesakitan. Sekarang dah 20 ekor semua kucing saya:pompom:

[ Last edited by  Lamia at 9-10-2006 06:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 12:17 PM | Show all posts

Pengalaman Menjadi Bidan pada 2 Ibu Kucing-PT2 (PHOTO KOKO EXCLUSIVE!)

Hi semua di PT 1 saya dah ceritakan pengalaman saya serba sedikit dan spt yg saya janjikan, selepas berhempas pulas copy n paste ni saya nak share dgn u all yg tak pernah lihat secara dekat bagaimana kucing beranak:bodek:


1-Koko semasa tengah sarat!!


2-Anak pertama dah nak keluar!


3-Koko sedang memakan uri anaknya.


4-Koko sedang membuka selaput yg membaluti anaknya.


5-Tu dia anaknya dah bersih dan cuba bertarung utk hidup!


6-Koko kepenatan selepas melahirkan 3 dari lima ekor anaknya..


7-Keluar yg ke 4, koko dah pengsan!!!:geram:


8-Yang kelima dan yg terakhir....sedang keluar!!


9-Finally koko boleh relax dan bulu anaknya pun dah kering....:hatdown::pompom:

[ Last edited by  Lamia at 9-10-2006 05:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 12:40 PM | Show all posts

Pengalaman Menjadi Bidan pada 2 Ibu Kucing-PT3 (PHOTO DAISY EXCLUSIVE!)

Disini saya pastekan gambar Daisy melalui saat getir melahirkan anaknya buat pertama kali dan yg paling kesiahan kesemuanya keluar secara menyongsang!


1- Daisy semasa berusia 7bulan dan masih sunti!


2-Semasa menahan sakit dan siap sedia masuk dalam bekas yg disediakan....


3-Kami cuba membantu dgn cara mengurut perutnya...:nerd:


4- Masih tak mahu keluar! Daisy dah tak daya...


5-Sudah nampak nampak mcm nak keluar:hmm:


6-Masuk balik pulak!!:geram:


7-Akhirnya keluar jugak kau!!:ketuk:


8-Dan menyusul no 2....:pompom:


9-Daisy baru mahu menjilat anaknya...


10- Finally kesemua 4 ekor anaknya berjaya dilahirkan dgn cara menyongsang:pray:

Tunggu PT-4 akan keluar photo anak-anak Koko n Daisy!!!:music:

Mod- Pic dah dikecilkan....

[ Last edited by  finnie at 13-10-2006 09:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 01:11 PM | Show all posts

Pengalaman Menjadi Bidan Pada 2 Ekor Ibu Kucing. PT-4 (THE KITTENS)

Sekarang anak-anak koko dan daisy dah berusia 8 & 7 minggu! Ni gambar terbaru mereka yg sedang nakal dan lasak.... bermain!:music:

Anak-anak Koko:pompom:


1-Prunella


1-Prunella


2-Pruvett


3-Orangina


4-Tigerr


5-Juniper

Anak-anak Daisy:pompom:


1-Tabby


1-Tabby


1-Tabby


2-Rozette


3-Rossie/Rockie


3-Rossie/Rockie


4-Woofy


4-Woofy


4-Woofy


1&3-Tabby & Rossie/Rockie


Tabby & Woofy

[ Last edited by  Lamia at 12-10-2006 05:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 02:30 PM | Show all posts
lamia ...kalo nak yang kale oren tu buleh???... kitty suka kucing yang full kaler oren...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 03:17 PM | Show all posts

Reply #2 kitty_c@t's post

Which one pls quote me the name....
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 03:19 PM | Show all posts
One thing for sure, all these kittens are from a good breed. Mom dia very obedient n faham bhs. Tak kiralah bulu panjang or pendek or yg sederhana.... semuanya tak liar malah manja lagi! Cehhh... cepat-cepat M going on first come first serve basis....:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:52 PM | Show all posts
kitty dah pm  dah.. peh tu ada kawan kitty pun minat gak dia nak 2 eko kalo boleh .. pun kaler orange.. dia tak kisah as long as orange dia nak..
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 03:56 PM | Show all posts

Reply #5 kitty_c@t's post

Sabar-sabar, Lamia nak download gambar kucing lain pulak....:pompom:
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 04:23 PM | Show all posts

Ni gambar kucing yg lain...


1- Juniper


2-Blacky


3-Tommy


4-Ginger


5-Kiko


6-Fluffy
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:43 PM | Show all posts
PESAL NK BG KT ORG KUCEN2 YG COMMMEY TU LAMIA?...SAMPAI ATI NK BERPISAH NGAN DIORG?...:geram:

GINGER TU KALU DPT KAT AKU MMG AKU GIGIT2 IDUNG DIER..!!:geram: <- GERAM!:nerd:
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 05:10 PM | Show all posts
Byk sgt dah takut tak terjaga... tu yg plan nak give away n make cheap sale pada yg betul-betul minat je. Kalau setakat buat main Lamia tak akan beri or jual. Memang sayang tapi rumah Lamia sekarang dah jadi mcm mini zoo. Each time holiday naik kopak hantar mereka gi boarding:ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 05:37 PM | Show all posts
comelnya pruneela ni...geram...montok dan gebussss....
sayangnya kalo le aku ada kat2 umah ko lamia....
aku pun nak sekor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 10:04 PM | Show all posts


samsengnyer muka..heheheh..
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 9-10-2006 11:55 PM | Show all posts

Reply #11 nizam_syah82's post

Bukan samseng tapi macho... hehehe
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2006 01:48 AM | Show all posts
Sesape yg nak bela kucing silalah PM lamia, ada yg FOC n ade yg lelong
Reply

Use magic Report

Lamia This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2006 01:49 AM | Show all posts
Terbesar pulak gambar ni, tak reti camna nak kecilkan dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 1.067330 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list