CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3242|Reply: 2

Sejarah dari sudut Timur

[Copy link]
Post time 12-10-2006 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah dari sudut Timur
Oleh DR. A. MURAD MERICAN


Sejarah mempengaruhi kesedaran kolektif kita. Apakah tahap kesedaran sejarah di kalangan para elit intelektual dan politik, serta rakyat di negara ini? Setiap warganegara adalah pengguna sejarah, sama ada kita inginkannya atau tidak.

Sejarah bukan hanya apa yang telah terjadi, tetapi apa yang sedang dan apa yang akan terjadi.

Tahun 2007 merupakan 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Setengah abad bukanlah singkat. Akan tetapi di mana kita sekarang? Siapa kita? Tahap kesedaran sejarah yang rendah akan hanya seterusnya meminggirkan kita dari arus kemajuan dan pemodenan. Tanpa satu perspektif sejarah, kita akan hanya lemah ketahanan diri, hilang arah dan identiti. Sejarah hendaklah digunakan dengan seadil-adilnya. Sejarah merupakan senjata dan kuasa. Akan tetapi, siapakah pemilik sejarah kita?

Sejarah tidak boleh diubah. Apa yang dapat dinilai dan dirombak ialah penceritaan dan pengkisahan persejarahan. Kita tahu Francis Light mendarat di Tanjung Penaga (di mana terletaknya Esplanade dan Fort Corwallis) pada Ogos 1786. Dan kita tidak menafikan bahawa seorang ketua masyarakat Melayu di Tanjung Penaga pada masa itu ialah Nakhoda Kechil atau Ismail, yang berasal dari Payakumbuh, alam Minangkabau, telah menyambut pedagang Inggeris itu.

Nama-nama mereka yang terawal dari Nakhoda Light dan bila mereka bermastautin di Pulau Pinang (perlu dilihat sebagai Kedah), seperti Nakhoda nan Intan, Datuk Jannaton dan Datuk Setia, serta Datuk Kramat memang telah tercatat dalam pelbagai sumber yang diketahui umum - jurnal, buku, majalah dan akhbar yang diterbitkan sejak kira-kira tahun 1800-an lagi.

Persoalan

Dan cerita-cerita tentang kewujudan Melayu di Pulau Pinang sebelum Nakhoda Francis Light mendarat memang telah tersiar dalam media massa di Malaysia sejak dua dekad kebelakangan ini. Maklumat-maklumat itu bukanlah sesuatu yang baru dan menggemparkan.

Apa yang menjadi persoalan ialah pengiktirafan kewujudan penempatan Melayu awal di Pulau Pinang dalam persejarahan negara sebelum Francis Light. Secara logik yang amat asas sekali, jika sejarah telah memberi identiti dan pengiktirafan kepada pedagang Inggeris itu, mengapa sejarah tidak boleh melakukan yang sama kepada orang Melayu-Islam di Pulau Pinang yang wujud sebelum Light?

Mereka pun mempunyai identiti, mempunyai waris, serta juga mempunyai sejarah, sama seperti Light. Jika Light disebut sebagai berasal daripada Suffolk, England; Datuk Jannaton, Nakhoda nan Intan, dan Datuk Setia pun mempunyai tempat asal mereka, iaitu, Payakumbuh, Sumatera. Sebenarnya, apa yang kita ketahui sebagai fakta sejarah Pulau Pinang, Kedah dan negara kini ditentukan dan ditakrif oleh mereka yang berkuasa.

Namun demikian, persejarahan Malaysia hanya menyebut pedagang Inggeris itu sebagai menemui dan mengasas Pulau Pinang. Ia tidak menyebut Nakhoda Kechil, dan 30 orang penduduk Melayu lain di kawasan tersebut yang juga wujud pada masa yang sama dan di tempat yang sama. Kedua-dua Nakhoda Kechil, dan Nakhoda Light mempunyai roh dan jasad. Kedua-dua mempunyai nama dan identiti. Kedua-dua mempunyai pengikut. Tetapi, mengapa seorang dipinggirkan, dan dipadamkan dari sejarah; walhal seorang lagi diagung-agungkan, sekurang-kurangnya diiktiraf dalam sejarah Pulau Pinang, Kedah dan negara?

Adakah kerana Kapten Light seorang yang berasal dari Eropah, sedangkan Nakhoda Kechil berasal dari Dunia Melayu yang bernama Minangkabau yang dianggap terpinggir, lemah dan mundur itu? Sebenarnya, sejarah yang kita tahu ditulis dan disalurkan melalui institusi-institusi kolonial, termasuk sekolah, universiti, dan birokrasi. Dan institusi-institusi tersebut telah menanamkan ideologi kolonial ke atas hampir segala kehidupan kita - termasuk kesedaran tentang sejarah.

Apa yang kritikal di sini ialah penulisan, pengkajian dan sejarah sebagai satu institusi pada tahap akademik, dasar dan popular seperti yang wujud dan perlu wujud di Malaysia. Idea-idea tentang konsep pengasas (founder), penemuan (discovery) dan penciptaan (invention) ditentukan oleh penguasaan dan takrif dunia Oksiden (Eropah) ke atas wilayah bukan Oksiden.

Misalnya sejarah penciptaan mesin cetak dikaitkan dengan seorang tukang emas Jerman bernama Johannes Gutenberg pada kira-kira tahun 1456. Kaitan penciptaan mesin cetak dengan Eropah, dan bukannya dengan China adalah usaha menyusuri keistimewaan Eropah yang kononnya muncul bermula abad ke-15.

Buku saya, Media History (Penerbit Universiti Malaya, 2005) telah menceritakan bahawa sejarah lebih murah hati kepada Gutenberg sebagai orang yang mencipta mesin cetak. Penciptaan mesin cetak oleh Eropah yang dianggap sebagai fakta sejarah dalam persejarahan ketamadunan dan sains sealiran dengan pemikiran zaman penemuan Eropah yang tidak mempedulikan penjelajahan bangsa bukan Eropah. Dalam hal ini, usaha persejarahan dalam mengaitkan penjelajahan Eropah atau penciptaan mesin cetak dengan ketamadunan Eropah menjurus kepada satu mitos.

Bagaimanapun, sejarawan seperti Norman Davies dalam bukunya Europe: A History (1997) dan terdapat ramai sejarahwan dan sarjana seperti itu, memberi pandangan Eurosentrik yang menyambut penciptaan Gutenberg itu sebagai melancarkan satu revolusi dalam teknologi maklumat, dan dengan itu mengiktiraf keunggulan Eropah dalam semua bidang dan bentuk pemikiran manusia.

Dengan itu, berasaskan kepada logik Eurosentrisme dan ilmu kolonial, tercatatlah dalam persejarahan negara bahawa Stamford Raffles pengasas Singapura dan Francis Light pengasas Pulau Pinang, seolah-olah kedua-dua pulau di kepulauan Melayu itu tidak pernah diduduki dan dengan itu tidak ada sejarah. Sejarah negara hanya bermula dengan kedatangan orang-orang Eropah, yang dianggap unggul dalam sains dan tamadun.

Seperti yang lumrah diperhatikan, banyak bahan dalam bentuk halaman web, risalah pelancongan, penceritaan dalam bahan-bahan yang dipamerkan di institusi-institusi awam, serta dalam banyak buku tentang Pulau Pinang, disebut lebih kurang bahawa 揟he history of Penang began from 1786 after Captain Francis Light founded the island

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2006 04:08 PM | Show all posts
:: berpinar2 aku baca artikel ni, cam kejap paham kejap tak paham.
tapi betul dia cakap...
"Sebenarnya, sejarah yang kita tahu ditulis dan disalurkan melalui institusi-institusi kolonial, termasuk sekolah, universiti, dan birokrasi."
Tak semestinye bahan sejarah tu semua betul, cuma kena ikut cakap sapa yang berkuasa masa sejarah tu ditulis je la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 07:12 PM | Show all posts
erkSsss ... artikel ni dr mane ek? utusan ke? dr murad mmg salu berbelit2 .... anyway what he said dlm artikel ni sume points2 yg penah dia ckp dlm kelas ... he wants to put islamic civilisation into world history ... especially kalo dlm bidang mass comm ... gutenberg tu mmg glamer lah ... and academician yg tulis buku2 mass comm tak sebut pun ketamadunan islam yg byk contribute ilmu2 jugak ... but these ppl were only slightly or never mentioned pon in history books unless they focussing on specialised subject matters.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.045047 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list