CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3099|Reply: 22

GIFA 7-9 Dec 2006 ct tarik diri

[Copy link]
Post time 13-11-2006 08:11 PM | Show all posts |Read mode
aku x jumpa lah thread lama psl benda ni.so kan dulu kata CT akan perform kat event ni kan.adakah CT masih akan
perform?



GIFA 06 bersama artis Bollywood di M'sia

13-11-2006 03:12:05 PM  
KUALA LUMPUR- Walaupun tanpa publisiti meluas, GIFA 2006 (Global Indian Filem Awards) akan diadakan secara meriah selama tiga hari dari 7 Disember sehingga 9 Disember di Kuala Lumpur.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dibawa khas oleh One Big Option dan Popcorn Entertainment .  

Isteri kepada Timbalan Menteri Malaysia, YA Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menjadi penaung kepada acara yang bakal dihadiri beberapa nama hebat dan sensasi dari Bollywood.

GIFA 05 pertama kali diadakan di Dubai tahun lepas dan inilah kali pertama ianya diadakan di sini.

GIFA bakal menjanjikan kemeriahan yang dipenuhi dengan unsur Bollywood selama tiga hari berturut-turut di Malaysia.

Acara ini juga akan menjadi acara pembuka tirainya tayangan filem perdana terbitan B R Films dan Ravi Chopra iaitu 'Baabul' di Tanjung Golden Village KLCC pada 7 Disember.

Tayangan perdana itu akan dihadiri oleh selebriti dan bintang filem 'Baabul' seperti Amitabh Bachchan, Hema Malini, Salman Khan, Rani Mukherjee dan John Abraham.


Pelakon-pelakon utama Baabul seperti Amitabh Bachchan, Salman Khan, Rani Mukherjee, Hema Malini dan John Abraham akan menghadiri tayangan perdana di TGV KLCC kelak
(Fail Foto AP)

Di antara acara menarik yang telah disediakan sepanjang acara GIFA itu nantu adalah sebuah pertandingan bola sepak di antara Menteri-Menteri Malaysia dengan bintang Bollywood akan di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Disember.

Semua tiket berharga RM10 boleh didapati di Stadium Bukit Jalil. Difahamkan pihak Bollywood akan menampilkan pelakon hebat Bollywood Shah Rukh Khan dan Salman Khan bagi acara bola sepak itu nanti.

Sejurus selepas tamatnya pertandingan tersebut, bintang-bintang Bollywood tersebut akan menghadiri sebuah gala Malam Amal bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses. Semua meja berharga RM10K, RM20K dan RM30K.

Kehadiran pelakon-pelakon Bollywood dengan aura glamour mereka akan membuat acara GIFA ini satu acara yang gilang gemilang.


Priyanka Chopra turut akan menghadiri GIFA 2006 yang bakal berlangsung selama tiga hari di Malaysia
(Fail Foto The Star)


Sebagai penutup tirai kepada GIFA 06, bintang-bintang Bollywood akan menghadiri GIFA '06 Awards Function pada 9 Disember nanti.

Acara permaidani merah akan diadakan untuk menyambut ketibaan selebriti Bollywood yang menjadi kegilaan ramai orang di seluruh dunia.


Shahrukh Khan bakal membuat persembahan pada malam anugerah GIFA 06 nanti
( Fail Foto AP)

Nama-nama seperti Shahrukh Khan, Salman Khan, Abhishek Bachchan, Priyanka Chopra, Katrina Kaif dan Ameesha Patel akan membuat persembahan istimewa di acara kemuncak anugerah tersebut.

Pelakon sensasi Arshad Warsi dan Amrite Arora juga bakal mengemudi acara tersebut sebagai pengacara.

Ramai personaliti filem, sukan dan korporat dari India akan menghadiri acara gilang gemilang ini yang bakal berlansung selama tiga hari.

Sony Entertainment Television merupakan penyiar utama kepada kesemua acara yang bakal diadakan dan Pricewaterhouse Coopers (PwC) adalah juruaudit kepada majlis anugerah anjuran GIFA 2006.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket berharga RM88, RM188, RM288, RM488 dan RM888, sila hubungi Axcess Hotline di 03-77115000.

Sebarang pertanyaan berkenaan GIFA 06 boleh berhubung One Big Option Sdn Bhd di talian 03-2070 7808 / 2072 7808 atau fax kepada 03-2031 7808

[ Last edited by  JAY-Z at 4-12-2006 08:07 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 08:49 PM | Show all posts
harap betul siti akan ada nanti :setuju:     
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 12:07 AM | Show all posts
YUP.........HOPE SO...CT WILL BE THERE!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 10:36 AM | Show all posts
klu x silap.. mawi pung perform kn?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 14-11-2006 10:36 AM
klu x silap.. mawi pung perform kn?



are you sure mr SRK :hmm: .......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:59 AM | Show all posts
A'ah.. tbace dlm surat kabo ari tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2006 12:03 PM | Show all posts

Reply #4 AyieBoyZ's post

:geram:
buat malu nama mesia jer nanti...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 14-11-2006 11:59 AM
A'ah.. tbace dlm surat kabo ari tuh..



SHAH RUKH KHAN ada gak ker :cak: hehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2006 06:10 PM | Show all posts
Originally posted by mekjena at 14-11-2006 11:00 AM



are you sure mr SRK :hmm: .......


salah tu.
mawi dan CT dilantik sbg Duta event ni.
tapi hanya CT yg akan perform...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 06:39 PM | Show all posts
Bintang Bollywood siap banjiri KL
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


Global Indian Film Awards 2006 diadakan mulai 7 Disember di ibu negara




PENGGEMAR artis dan filem Bollywood pasti tersenyum lebar apabila One Big Option dan Popcorn Entertainment mengumumkan penganjuran sebuah lagi festival membabitkan selebriti popular India, di negara ini.

Global Indian Film Awards (Gifa 2006) yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Disember ini dianjurkan dengan kerjasama Pelancongan Malaysia di bawah naungan Datin Seri Rosmah Mansor.

Gifa 2006 menjanjikan tiga hari penuh pertunjukan serta persembahan mengasyikkan daripada superstar Bollywood, yang akan memukau peminat mereka di sini.

Acara pertama daripada tiga hari penuh ekstravaganza itu ialah majlis tayangan perdana dunia filem Baabul arahan Ravi Chopra, daripada BR Films. Ia diadakan pada 7 Disember, bertempat di Panggung TGV KLCC. Tayangannya dijangka dihadiri pelakon filem berkenaan yang terdiri daripada Amitabh Bachchan, Hema Malini, Salman Khan, Rani Mukherjee dan John Abraham.

Baabul sebuah filem yang mengisahkan seorang ahli perniagaan yang kaya, Balraj Kapoor (Amitabh Bachchan) yang gembira dan berpuas hati dengan pencapaiannya. Dia dan isteri, Shobhana (Hema Malini) mempunyai seorang anak lelaki, Avinash (Salman Khan). Selepas bertahun menuntut di luar negara, Avinash mengumumkan kepulangannya ke India.

Kemudian, seorang wanita jelita, Malvika 慚illi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 06:57 PM | Show all posts
harap2 Siti akan perform...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by ruffly_sya at 14-11-2006 06:57 PM
harap2 Siti akan perform...


aku pun harap2 begitu gak. harap Siti nyanyi lagu-lagu daripada Transkripsi yang belum pernah Siti nyanyikan live seperti Rupanya Kita Serupa. klu nak lagu rancak aku tak kisah Siti Situ Sana Sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 07:07 PM | Show all posts
tak dgr berita pun CT akan perform.x jd ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 08:05 PM | Show all posts
Siti hampakan Shah Rukh Khan
04-12-2006 12:01:14 PM
Radin Sri Ghazali



Datuk Siti Nurhaliza terpaksa menarik diri daripada GIFA 2006 atas urusan peribadi

Impian untuk menyatukan pelakon Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan dengan penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya tidak kesampaian.

"Saya telahpun menarik diri daripada acara Anugerah Filem India Sedunia (GIFA 2006) dan sudahpun memaklumkan perkara ini kepada pihak penganjur ," ujar Siti ketika ditemui di acara 'Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene' bertempat di One Utama baru-baru ini.

"Pada mulanya saya tidak mempunyai masalah untuk membuat persembahan namun penukaran tarikh ke bulan Disember membuatkan saya terpaksa menarik diri atas urusan peribadi," ujarnya yang telah dilantik sebagai Duta bersama-sama penyanyi Mawi pada bulan Mei yang lalu.

Siti mengakui bahawa tiada rezeki untuknya melakukan persembahan namun berharap dia akan dapat berkerjasama dengan artis Bollywood pada suatu hari nanti.

Walaupun menarik diri dari GIFA 2006, tugas Siti selaku duta sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 masih tetap berjalan seperti biasa.

"Saya akan melakukan sebuah persembahan Titian Budaya di Jakarta pada 16 Disember nanti di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA). Ini merupakan satu kerjasama di antara kedua-dua kerajaan untuk merapatkan silaturrahim menerusi budaya," ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhamad Jiiwa turut akan menyetainya ke Jakarta, Siti hanya mampu tergelak.

"Siapa yang kata? Iskh... Saya sendiri pun tidak pasti lagi. Kemungkinan besar saya akan pergi seorang sahaja," ujarnya lagi.

"Siti sudah lali. Inilah kehidupan Siti sebagai public figure dan Siti harus menerimanya,"


Tahun 2006 turut menyaksikan Siti mengharungi pelbagai pengalaman pahit dan manis.

Daripada tercetusnya spekulasi perkahwinannya kepada suami tercinta sehinggalah dirinya menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Sultan Pahang baru-baru ini.

Hampir setiap pergerakannya menjadi tumpuan pihak media.

"Siti sudah lali. Inilah kehidupan Siti sebagai public figure dan Siti harus menerimanya," ujarnya lagi.

Namun, sokongan serta dorongan keluarga terutamanya suami tercinta mendorong Siti untuk cekal mengharunginya.

"Dia amat memahami kehendak kerjaya ini. Jika dulu Siti hanya ada keluarga sebagai tempat mengadu, kini Siti mempunyai seorang suami untuk memberi dorongan kepada Siti terutamanya ketika Siti menghadapi masalah," ujar peyanyi yang berusia 28 tahun itu mengenai suaminya.

Komitmen kepada Mencari Bintang Pantene

Selaku duta produk penjagaan rambut Pantene serta pengasas kepada idea 'Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene', pasti ramai yang akan mempersoalkan kewibawaan serta komitmen penyanyi yang berasal dari Pahang ini.

Siti telah dikriitik dengan hebatnya menerusi rancangan 'Mentor' apabila dia dikatakan tidak memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada protegenya, Kat.

"Konsep 'Mentor' dan 'Mencari Bintang Pantene' ini sememangnya lain. Ketika Siti ditawarkan 'Mentor', Siti sudahpun memaklumkan kepada pihak penerbitan bahawa Siti sibuk terutamanya untuk persiapan perkahwinan.


Siti akan menjadi hos dan juri kepada rancangan realiti terbaru 'Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene'  

"Namun, rancangan tersebut terus dijalankan kerana terdapat artis-artis yang lain yang boleh memberi komitmen sepenuhnya pada jangkamasa itu," ujar Mentor kepada Kat ini.

Kat merupakan adik ipar kepada penyanyi rock popular Amy Search.

"Rancangan baru "Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene" ini juga terpaksa dibuat mengikut kesesuaian waktu serta jadual kerja Siti. Siti tiada masalah untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada rancangan ini," tegasnya lagi mengenai rancangan yang akan disiarkan pada 17 Disember nanti menerusi TV3.

Sebelum ini, sebuah rancangan realiti khas untuk tatapan kaum wanita pernah diterbitkan dengan kerjasama sebuah syarikat produk kecantikan, Dove iaitu 'Malaysia's Most Beautiful Women'.

Ramai yang beranggapan program 'Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene' menggunakan format yang sama dengan rancangan tersebut?

"Rancangan Pantene ini lebih disasarkan kepada golongan remaja jika dibandingkan dengan 'Malaysia's Most Beautiful'.

"Rancangan ini juga turut meyelitkan penyediaan ataupun sesi grooming bagi penyediaan mereka sebelum dinobatkan sebagai wajah baru Pantene," tegas Siti yang akan bertindak sebagai hos serta juri untuk rancangan tersebut.

"Di Indonesia, rancangan ini sudahpun bermula. Sepuluh orang gadis sudah dipilih dan kini duduk sebumbung di sana. Namun, keunikkan rancangan ini di Malaysia adalah remaja-remaja yang bertudung turut dipilih untuk menyertai rancangan ini kerana mereka turut merupakan pengguna produk kecantikkan seperti Pantene sedangkan di Indonesia, wanita bertudung tidak digalakkan untuk menyertai," ujar Siti yang bakal menyertai program Mencari Bintang Pantene di Indonesia pada 17 dan 18 Disember ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 08:10 PM | Show all posts
Ala.. xbesh la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 08:15 PM | Show all posts
ala Siti tarik diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 08:24 PM | Show all posts
sabo jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 08:30 PM | Show all posts
alaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:26 AM | Show all posts
alaaaa.. ct tak dok ker... .
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 08:58 AM | Show all posts
Apa agaknya urusan peribadi tue yerkkk??? emmmm!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.603345 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list